Assalamualaikum.
Seperti yang dijanjikan didalam keluaran yang lepas, saya ada menceritakan persoalan makan. Maklumlah sebagai seorang Muslim, makanan menjadi faktor penting terutamanya apabila berada di negara asing terutamanya dikawasan yang tiada majority Islam.
Sebenarnya sebelum saya bertolak ke Taiwan adalah juga sedikit persiapan yang dibuat terutamanya didalam penyediaan makanan.
Emak ada membekalkan sedikit Bahulu dan kuih gengang. Isteri pula tidak lupa menyediakan serunding daging. Namun ianya cuma sebagai bekalan utuk sehari dua sahaja.
Jadi sampai sahaja saya di Taiwan, keutamaan bagi saya ialah untuk mencari makanan halal kerana untuk pengetahuan semua penduduk Islam Taiwan dikatakan berjumlah 50,000 orang (anggaran tahun 2004).
Jadi untuk survive saya makanlah apa yag patut. Seperti biasa di Hotel sewaktu breakfast menyediakan roti. So saya makanlah roti dengan jem, Salad Sayuran dan buah-buahan seperti Pear, Tembikai, Honey Dew dan Peach.
Cuma kat Taiwan je saya mampu nak makan buah peach. Di Malaysia biasanya saya beli dalam tin. Boleh tahanlah rasanya.
Well, kalau nak makan ini selamanya mau juga muak dibuatnya. So saya mula buat survey di kedai-kedai dan Supermarket.
Alhamdulillah, saya menemui kedai runcit Thailand dan Filipina. So biasanya saya beli roti disini dan Tuna dalam tin.
Biasanya saya bawa bekal ke office.
Bila minggu kedua di Taiwan, saya mula jalan-jalan. Cadangnya nak ke Grand Mosque, di Taipei. Di Taiwan ni saya banyak berjalan kaki. naik teksi memang jarang. Saya suka gunakan Tren, Metro dan bas, lebih selamat dan murah.
Selepas turun di Taipei Metro di Stesen Guting, saya berjalan kaki menuju ke masjid. Saya cuba bertanya orang ramai, adalah satu local couple tunjuk lokasi, dia kata kalau nak jalan lebih kurang 30minit.
Whoss...jauh tu...tapi tak pe, jangan batalkan niat so saya menapak lah. Saya melalui ruang kaki lima kedai. dari jauh kelihatan satu logo Halal tertera. Alhamdulillah saya bertemu dengan kedai menjual daging halal.
Guest what!! rasa-rasa nak bagi salam ke? memang tak payah.....bila saya tanya.....budak yang jual kata....boss dia je yang islam....Haji apatah..lupa nama....
So budak tu yang tunjuk jalan ...dia kata kena menapak lagi 20 minit. Saya ucap terima kasih dan terus menuju ke masjid.
Jumpalah saya akhirnya masjid Grand Mosque Taiwan yang hanya sebesar Masjid kita di kampung-kampung, cuma lebih cantiklah dibuat dari konkrit.
Lepas saya tunai solat Zohor, sayapun bergerak dari masjid...dan teringat nak beli daging. Bukan daging mentah tapi daging salai.
Dalam perjalanan balik saya temui sebuah kedai makan Indonesia tertulis TOKO XXX. Saya pun singgah. Terdapat beberapa mamat arab kat dalam tu sedang berborak. Tempatnya kira boleh lah ..macam gerai makan. Tapi ada aircond. Adajuga dijual barangan dari indonesia seperti keperluan harian, syampoo, bedak dll.
Saya pun order mee kuah dengan kopi O. Tengok gambarnya macam mee sup. Harganya ialah NT110 ~ RM11.00. Wow terkejut monyet juga saya. Tak sangka mahal juga. Tapi kena ingat menjadi kewajipan kita mencari yag halal , so saya patut berterima kasih kerana mereka saya dapat makanan yang halal. Cuma muka mamat Indon tu rasanya bukan muka JAWA, Minang ke..tapi macam muka cina. Tengok tukang masak pun iras cina ...tapi cakap Indon lah....tak pula saya tanya awak ni islam ke tidak......
Well, tawakal je lah pasal kat situ tertulis Halal.
Lepas makan saya pergi semula ke kedai jual daging halal tu. Saya tanya berapa sekilo daging. Dia beritahu, di Taiwan tak jual pakai Kilo. mereka kira 600grm NT260~RM26.00. Mak datuk mahalnya. kalau kat malaysia boleh dapat 1 setengah kilo.
Daging halal kebanyakan nya diimpot. Sebab tu mahal. kalau nak murah...yang haram tu berlambaklah...nauzubillah.
Saya beli daging salai perisa 'black Pepper' NT200. Beratnya lebih kurang 300grm. Itulah kali pertama sejak 3 minggu saya dapat makan daging.
Pagi tu sebelum ke masjid, saya berjalan-jalan kat Taipei guna Metro. Saya beli pass harian berharga NT200 untuk unlimited access. So saya pergilah ke Muzium. Banyak juga muzium di Taiwan ni antara yang saya lawati ialah Taiwan Museum dan National Museum of history.
Lepas penat memanjat tangga museum dari tingkat ke tingkat, perut terasa lapar. Saya lupa pula nak bawa biskut. So saya singgahlah kat kafe dalam museum tu. Saya order cappucino, cheese cake dan tuna sandwich.
So masa nak makan tuna tu saya perasa sandwichnya ada dua lapis. satu inti tuna dan satu lagi inti 'Ham'. Astagfirullah......apa saya buat ialah saya asingkan yang sebelah ham tu dah saya makan yang tunanya saja.
Dalam hati saya niat ishtigfar...ya Allah aku lapar ni.....ampun kan dosa kalau termakan yang haram..........
So aku makan jelah tuna tu. Yang haram tu tolak ketepi.......... Semua sekali NT250.
So makan disini kena hati-hati.
Alternative lain yang ada kalau nak makan ialah dengan pergi ke Fast Food. Terdapat banyak restaurant Fast food di Taiwan. macam biasa ada KFC, Pizza Hut, Domino pizza, Moss Burger.
Sebagai muslim saya biasanya order, Fish burger, Onion Ring ,French Fries dan potato wedges.
Ini aje lah yang dikira boleh makan. jadi soal preparationnya saya serah pada allah.....moga allah ampun kan saya. Yang penting saya tak ambil yang haram directly.
Memang bagus kalau saya dapat tinggal di apartment. cuma sebab saya tak tahu mana nak posting menyebabkan tinggal di hotel lebih baik. tapi akhirnya fade up juga saya. Saya dah tanya 'company reps' untuk carikan saya apartment. sebab yang utama nak jimat kos (sebulan kena bayar NT45000 ~ RM4500), kedua nak masak sendiri. Kira dah lama saya tak makan nasi. Rindu dengan lauk kampung seperti gulai ikan/daging salai, sambal belacan, sambal ikan bulu ayam yang mak sediakan.
InsyaAllah saya kena tunggu ketibaan permaisuri dan puteri saya pada pertengahan bulan Ogos ni. Dapatlah saya menjamah nasi.....
Sebenarnya pada hemat saya banyak lagi pasaran barangan malaysia yang boleh diterokai di Taiwan. 'M' atau Ming Chia Mei www.mcm.com.tw merupakan pasaraya sederhana besar terletak berdekatan hotel penginapan saya. Ia hanya terletak diseberang jalan lebih kurang 100meter dari hotel. Saya biasa shopping kat sini.
Terkejut juga saya, bangga juga ada, barangan seperti kopi segera, biskut dari Malaysia keluaran Julies, Aik Cheong ada dijual disini.
Satu lagi saranan saya bagi syarikat bumiputera yang nak pasarkan produk keluar negara, anada kena pastikan packaging dan labeling mesti mengunakan bahasa destinasi negara pengguna produk anda. Adalah tidak memadai dengan bahasa Inggeris sahaja. Sedia maklum kebanyakan orang Taiwan tidak fasih berbahasa Inggeris.
Packaging yang menarik tidak mencukupi sekiranya penguna tak tahu keterangan mengenai produk yang dijual. Ini sudah pasti jadi pelajaran bagi saya sendiri sekiranya saya nak jadi businessman kelak. InsyaAllah......
Well, ada juga saya ke pasar sekitar Chung Li. Kebanyakannya jual buah-buahan. Malang juga bagi saya kat sini kalau nak diet buah sebab harga buah kat sini 1 setengah kali ganda lebih mahal dari Malaysia.
Kat sini tak jumpa lah Gong Pear yang biasa ada kat Giant atau Carrfour tu. Kat sini buahnya standard. Terkedu juga kalau saya nak teruskan diet buah yang saya praktis kan dulu di Malaysia.
Disini biasanya orang Taiwan makan buah pear besar, Jambu batu, nenas madu, cantaloupe, peach dan apple besar.
So buah-buahan ini menjadi menu breakfast harian saya di hotel.
Oh ye lagi satu, berhampiran Stesen keretapi Chung Li Station terdapat sebuah gerai makanan islam yang dimiliki oleh orang islam Taiwan. Ia dibuka sepanjang minggu cuma tutp pada hari jumaat. Disini disediakan menu mee dan mihun. Harga kira murah sedikit lebih kurang NT60 bagi semangkuk mee sup. Biasanya gerai makanan islam mesti ada kalimah "Lailahaillallah".
Well, saya rasa dah banyak berceloteh ni...lain kali kita jumpa lagi...sila lah nikmati ...gambar-gambar yang saya sediakan untuk tatapan anda semua....
wasalam.