Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Sunday, March 02, 2008

2 March 2008 Lawatan ke Xindian - Blue Line

Pic 1: Ini merupakan Spot pemancing ikan di sungai Xindian
Ianya agak hampir dengan Jambatan Bitan

Pic 2: Ini pula merupakan spotkami untuk membuka bekal.

Maklumlah penat tu lepas paddle gondola selama 30 minit.

Pic 3: Disini merupakan kawasan bazar harian sekitar

Xindian. Kebetulan disini kami membeli Ikan bilis dan udang kering

buat stok di rumah.

Pic 4: Ini merupakan entrance ke jambatan gantung "Bitan"

Disini merupakan tumpuan penjual makanan dan permainan

bagi menarik perhatian pengunjung.

Pic 5: Aina berposing di sclupture Gengaman tangan di Stesen National Taiwan Unversity Hospital Station

Pic 6: Kelihatan barisan gondola disediakan untuk pengunjung
kawasan Green Lake Scenic Area

Pic 7: Lihatlah panorama yang indah berlatar belakangkan

Xindian Forest

Pic 8: Kelihatan gondola "SWAN" kami sedang menuju daratan

dengan dikemudikan oleh Umie Pic 9: Barisan Gondola berbentuk "Whale" dan "Swan"

untuk tempahan pengunjung berekreasi

Pic 10: Kelihatan Umie dan Aina berposing
di jambatan gantung "Bitan"

Pic 11: Umie & Aina berposing
Pic 12: Kelihatan Jambatan Bitan, gambar diambil dari jambatan gantung Bitan. Dipesisir sungai Xindian ini kerja-kerja pengindahan tebing sungai masih lagi berjalan rancak.
Pic 13: Kelihatan Apartment mewah di kejauhan yg masih dalam pembinaan. Di bawahnya merupakan stesen Xindian. Ia seperti stesen LRT Plaza Rakyat di Kuala Lumpur.
Pic 14: Kelihatan Umie sebagai jurumudi agak tension akibat kerenah Aina yang nak paddle gondola "SWAN" kami. Aina menangis kerana tak dapat paddle kerana kaki pendek.


Pada 2 March 2008, bersamaan hari Ahad, kami sekeluarga membuat lawatan ke Xindian dengan menaiki Taipei Metro ke Stesen iaitu stesen terminal dalam laluan hijau.

Kami memulakan langkah dari rumah lebih kurang jam 10:45 pagi dari rumah. Alhamdulillah kebetulan cuaca cerah dan panas, namun demikian suhu berada didalam lingkungan 15 darjah Celsius.

Tujuan kami kesini ialah untuk melihat Green Lake Scenic view iaitu sebuah lokasi pemandangan dan rekreasi. Ianya merupakan kawasan pesisir sungai Xindian yang agak lebar. Merentanginya ialah Jambatan BITAN dan jambatan gantung Bitan. Jambatan gantung Bitan ini menjadi tumpuan utama bagi para pengunjung untuk melihat pemandangan pesisir sungai berlatar belakangkan Hutan Xindian. Sungai nya yang biru dan bersih menyerlahkan lagi daya tarikan Green Lake Scenic Area. Bagaimana ianya dinamakan saya tidak tahu kerana ianya bukanlah merupakan tasik tetapi sebuah sungai yang agak luas dan tenang.

Gondola-gondola berbentuk WHALE dan SWAN disediakan bagi pengunjung yang ingin menyelusuri sungai Xindian. Dengan bayaran NT400 sejam kami pun menaiki sebuah gondola berbentuk SWAN. Saya duduk disebelah depan manakala Umie dan Aina di belakang. Umie menjadi jurumudinya. Maklumlah anak orang jabatan laut mesti boleh kendalikan gondola ini.

Dalam ketika itu banyak juga gondola-gondola yang bergerak perlahan-lahan menghampiri tebing sungai Xindian di kiri dan kanan nya. SUasana disini agak tenang kerana tiada laluan bot dan kapal dibenarkan. Kawasan bagi gondola ini beroperasi telah dikepung dengan ponton-pontong plastik agar penyewa tidak tersesat jauh.

Dalam pada itu, kami juga lihat sebuah gondola yang telah terkandas di tebing pasir dan terpaksa ditolak oleh operator gondola.

Oleh kerana kami tidak biasa mengendali kan gondola dan juga kerana cepat letih, selepas berada kira-kira 30 minit mengayuh kami mula berpatah balik ke pengkalan. memang seronok kami rasakan, dengan cuaca cerah dan dingin kami menghayati keindahan alam ciptaan tuhan.

Selepas kami tiba di pengkalan dan menyerahkan Life Jacket masing-masing, kami menuju ke seuatu spot untuk membuka bekal kami. Sebelum itu umie telah pun menyiapkan bekal meehoon dan air sirap. (Buat pengetahuan sebungkus meehoon kering beharga RM6.00)

Selain itu kami juga melihat suatu spot untuk kaki pancing melabuhkan joran yang berada tidak jauh dari Jambatan Bitan.

Kami lihat awan mula berarak melitupi kawasan Green Lake ini dan kami pun mengambil keputusan bergerak balik. Dalam pada masa yang sama kami sempat mengambil beberapa shot-shot manarik dengan digital camera saya.

Selepas kami menyeberangi jambatan gantung BITAN, kami mula menyelusuri jalan sekitar Xindian. Disini terdapat banyak kedai-kedai menjual barangan mainan, pasar sayuran, makanan dan ikan. Kami sempat singgah di sebuah kedai barangan kering untuk membeli ikan bilis dan udang kering sebagai stok bekalan kami di rumah.

Kami berpuas hati atas lawatan kami kali ini dan InsyaALLAH pergi pula ke kawasan lain di hari cuti saya yang akan datang.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home