Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Saturday, July 22, 2006

Mengisi masa lapang dan menghilangkan kebosanan

Sekiranya ada bertanya saya....tak boring ke hadapi routine harian di Taiwan. jawapannya ialah mahu nya tidak.

Sememangnya kita akan rasa boring bilamana kita lakukan sesuatu routine itu agak lama. Tambahan pula bila berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan.

Kita akan rasa rindu dengan ahli keluarga terutamanya anak-anak dan isteri. Rindu dengan masakan yang biasa kita makan seperti nasi lemak dan roti canai misalnya.

Seperti kata omputih " Live has to go on " jadi kita kena pandai sesuaikan diri dengan suasana sekeliling.

Saya rasakan walaupun ini merupakan pertama kali assignment saya di luar negara, jika hendak dibandingkan dengan perantau-perantau yang keluar negara lebih kurang 15 tahun ke 20 tahun dahulu, saya kini lebih bernasib baik.

Disini saya amat appreciate kepada tecnology komunikasi yang amat pantas dalam perhubungan. Bayangkan dahulu sekiranya perantau itu menghantar surat ke Malaysia, mengambil masa lebih kurang 2 minggu. lepas tu sipenerima pula sibuk membalas dan poskan semula dan mengambil masa yang sama untuk sampai.

Kini dengan adanya teknologi kita boleh berhubung melalui e-mail, Chatting malah latest sekali siap teleconference lagi so tak lah rasa boring.

Sebelum datang ke taiwan lagi saya dah siap beli beberapa keping CD buat pengubat rindu. Well, lagu-lagu tersebut bukanlah dari latest artis macam Mawi, Siti Nurhaliza. Itu saya tak hairan. Tapi saya beli CD Black Dog Bone, Care Free, Ahmad jais kerana saya meminati lagu-lagu lama.

Selain itu saya juga selalu browse internet...ape lagi tengok perkembangan di Malaysia melalui, New Straits Times, Harian Metro, Utusan Online......jadi tak lah rasa sunyi.

Lagi satu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pencipta laman web http://www.geocities.com/hassnyb. Disini anda boleh dengar lagu-lagu MP3 (tapi tak leh download) dari tahun 50an hingga 90an.

Disitu juga terdapat lagu-lagu 60an, P.ramlee, lagu -lagu English Oldies. Nak tahu!! ada sekali tu saya lepas gian pasang lagu dendang perantau. Sebak juga rasa macam nak raya. Gelihati ia juga sebab tak kisah bukan orang sini tahu pun.

Chatting juga merupakan satu aktiviti yang boleh menghilangkan rasa bosan. Biasanya saya akan start chatting dengan wife pada jam 2100hrs hingga kadang tu sampai jam 2400hrs. Maklumlah melepaskan rindu.

Diwaktu pagidalam jam 0530 hrs saya biasanya naik ke tingkat 12 Hotel, ke Gym. Adalah buat workout sikit dalam 20 minit. Lagipun equipment kat sini tak lah complete. Sebelah petang biasanya jam 1930hrs.

kalau nak lebih advanture lagi boleh jalan-jalan pergi ke tempat-tempat menarik. Well saya baru je explore Muzium. Belum lagi teringin nak ke interesting places macam kat Keting....kira tempatnya macam genting Hingland kot suasana nya. terletak disebelah selatan.

Biasanya bagi Rakyat taiwan..lebih-lebih lagi yang mature...mereka biasanya habiskan waktu pagi dengan aktivity senam robik, Tai Chi. Yang syok nya disebelah petang taman-taman penuh dengna orang belajar atau menari. Biasanya mereka suka tarian Waltz dan tango.

Best juga tengok.........tapi saya tak sanggup...maklum lah dengan pinggang ku yang begini...sure muntah orang tengok.

Sebagai visitor biasanya saya akan bawa camera kemana-mana dan ambil beberapa shot disekitar bandar. saya suka merakamkan benda-benda yang pelik, lucu dan interesting kita nak tahu. Lagipun saya kena buat begini sebab nak pastikan anda semua terhibur dan dapat mendekati saya dengan lebih hampir lagi.

Jadi beginilah saya gunakan waktu lapang. masa semakin mecemburi saya lebih-lebih lagi bla saya enroll dalam kelas basic Chinese untuk selama 2 bulan. Kelas bermula setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis selepas waktu pejabat. Company THSRC sediakan perkhidmatan ini. Ramai juga rakan-rakan yang join. Well.....tergeliat juga lah lidah nak pronounse chinese words.

Sekian sahaja dahulu...temui saya dalam siaran yang akan datang...salam siaran dari saya........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home