Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Saturday, November 01, 2008

Kepulangan kami ke Malaysia 20 September 08

Assalamualaikum semua.
Agak lama kami tidak mengemas kinikan laman blog kami ini. Hakikatnya Kami cuma ada 60 hari sahaja untuk tinggal di Taiwan sebelum kembali ke Malaysia kerana tamat tempoh perkhidmatan saya bersama Taiwan High Speed Rail Corporation.
Raya tahun ini 1429 Hijrah kami rasakan disambut dengan amat sederhana. Ini kerana Masalah Kesihatan Isteri saya yang memyebabkan kami pulang ke Malaysia dengan lebih awal. Sedih dalam gembira. Gembira kerana dapat pulang beraya lebih awal di Malaysia. Sedih pula kerana isteri saya terpaksa menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Columbia Asia Puchong yang seterusnya membawa kepada pembedahan beliau.
Kami pulang ke Malaysia pada 20hb September 2008, hari sabtu menaiki pesawat China Airlines. Kami bertolak seawal pukul 5.00am dari Hotel GoodLife, Taipei.
Sebenarnya pada 8hb September 2008, Saya terpaksa mengambil cuti kecemasan menghantar isteri saya ke Mackay Memorial Hospital, ChungShan North Rd, Taipei kerana pendarahan berterusan. Dari pemeriksaan yang dilakukan doktor bahagian Sakit Puan mendapati terdapatnya Cyst di sebelah kiri Ovari beliau. Kami di minta untuk datang semula 2 bulan dari tarikh tersebut.
Kemudiannya pada 16hb September 2008 sekali lagi isteri saya dikejarkan ke Hospital kerana pendarahan masih lagi berlaku. Saya terpinga-pinga bila doktor melapurkan Cyst tersebut telah membesar kepada 10sm persegi. Saya meminta penjelasan doktor atas tindakan segera yang saya harus lakukan. Beliau berkata jalan terakhir ialah melalui pembedahan.
Saya terus menyatakan kepada doktor yang saya mahukan referal letter kerana pembedahan harus di lakukan di Malaysia. Tambahan pula kami akan pulang ke Malaysia untuk beraya. LAgipun sekiranya pembedahan dilakukan di Taiwan, pelbagai masalah timbul termasuk penjagaan Aina ketika isteri saya mendapat rawatan di Hospital.
Saya agak kelam kabut juga kerana, cuti telah pun habis dan saya terpaksa meminta cuti tanpa gaji selama 5 hari. Selepas mendapatkan keizinan Supervisor saya Harry Stuart dan berbincang dengan Noel Laliberte selaku TND Chief Director, saya menyerahkan borang permohonan cuti kecemasan tanpa gaji dan diluluskan serta-merta.
Sebaik sahaja memperolehi lapuran dari Doktor di Taiwan, saya terus mencari Hospital yang sesuai di Malaysia. Jawapannya ialah Hospital Columbia Asia cawangan Puchong. Kedudukannya yang hampir dengan rumah kami di Kampung Seri Puchong memudahkan urusan kami.
Saya terus sahaja menelefon Hospital Columbia Asia bertanyakan Pakar Obstetrician & Gynecologist serta membuat temu janji pada 20hb September 2008 jam 1630ptg. Kami dirujuk kepada Dr. Raja Juhaidah binti Raja Abdullah untuk mengendalikan kes isteri saya ini. Atas nasihat beliau, isteri saya akan menjalani pemeriksaan MRI scan pada hari Isnin, jam 8.30 pagi.
Selepas menjalani pemeriksaan MRI scan, Dr. Raja Juhaidah memaklumkan jenis ketumbuhan yang dimaksudkan itu masih tidak dapat dipastikan dengan lebih jelas lagi. Apa pun ketumbuhan tersebut perlu di buang.
Selesai appointment kami diminta datang pada hari Selasa 23hb September 2008 untuk pembedahan jam 8.30 pagi. Saya menghantar isteri saya awal pagi itu ke Hospital. Selepas melapur masuk kami, ke wad ditingkat satu. Kebetulan hanya 2 bedded room sahaja yang ada. Saya berpesan kepada staff Nurse supaya mencarikan single bedded kerana saya yang akan menjaga isteri saya. Mungkin pesakit wanita lain tidak rasa selesa dengan kehadiran saya di ward.
Selepas selesai urusan di Ward, isteri saya yang siap memakai pakaian bedah dibawa turun ke 'Operation Theather' di tingkat bawah. Selepas mengucup isteri saya, saya terus keluar untuk menyelesaikan tugas-tugas lainnya. Jangkaan pembedahan ialah lebih kurang 3 jam.
Tidak semena-mena hand phone saya berdering, saya diminta segera ke 'Operations Theather' dengan segera. Berderau darah saya memikirkan apa pula masalahnya kali ini. Dalam hati saya berdoa kepada ALLAH supaya melindungi isteri saya. Kebetulan emak dan ibu mertua saya bersama saya dalam perjalanan ke Hospital. Apa lagi saya memecut laju dan setibanya di Hospital, saya terus menuju 'Operations Theater' dan dimaklumkan saya perlu menanda tangani borang kebenaran pembedahan untuk membuang appendix yang kelihatan tidak normal pada pandangan Doktor.
Jam menunjukkan 13.00hrs, isteri saya masih belum lagi keluar dari wad pembedahan. Akhrnya troli katil beliau ditolak oleh Staff Nurse masuk ke ward. Isteri saya masih dalam keadaan lemah. Emak saya dan Ibu Mertua saya berada disis katil.
Di pendek kan cerita, saya lah yang menguruskan isteri saya di Wad. Aina di tinggalkan di rumah. Kesihan pula saya tengok Aina yang asyik kena tinggal. Keesokan hari selepas kami mendapat Wad Single Bedded, saya membawa Aina ke Ward dan Kami 3 beranak tidur di Ward.
Akhirnya Pada petang hari Khamis 25hb September 08, isteri saya keluar ward. Hakikatnya selepas menerima keputusan dari laporan Doktor, menyatakan bahawa isteri saya mengandung di luar Rahim semenjak dari Taiwan lagi. Rupanya dari pengamatan saya, isteri saya mula mengandung semenjak kami bercuti di Hualien pada bulan Ogos. Ohh...patutlah dalam gambar isteri saya nampak lebih cantik lagi. Rupanya beliau mengandung....So pada sang suami tu kalau tengok isteri tu lebih cantik dari biasa maknanya dia mengandunglah tu.
Bersambung....................

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home