Terima kasih Kepada Semua
Assalamualaikum.w.b.h
Kehadapan semua saudara, sahabat dan teman-teman yang mengenali diri ini, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kelapangan anda semua untuk membaca blog saya ini serta memberikan komen dan ucapan kepada saya melalui blog ini mahu pun dengan e-mail.
Saya masih mengingati rakan-rakan setugas dahulu dari KTM Berhad, STAR LRT dan ERL & E-MAS Sdn Bhd.
Anda semua sentiasa berada didalam ingatan saya. Persahabatan yang terjalin akan sentiasa saya kenang serta ingat akan nasihat, pesan dan komen anda semua sepanjang kita bersama-sama bertugas dahulu.
Saya berharap, walau pun kita berjauhan namun kita masih lagi boleh berhubung demi mengekalkan silaturahim. Saya memohon kepada anda agar dapat memaklumkan kepada sahabat-sahabat lainnya yang saya kenali agar mengirimkan sedikit berita buat saya yang jauh di sini.
InsyaAllah saya tidak lupa juga untuk mengemas kini kan blog saya ini agar ia nampak lebih menarik dengan isi-isi cerita yang lebih padat. Berikanlah saya sedikit waktu untuk mengarang, mencari bahan berita menarik juga masa untuk membolehkan saya postingkan blog saya ini.
Semoga berjumpa lagi dilain siaran.....salam ikhlas dari saya.
Yang Benar,
Suhaizee Sarudin.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home