Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, July 21, 2006

Pemandangan sekitar Chung Li





Lihatlah pemandangan sekitar bandar Chung Li. Bandar ini saiznya sebesar bandar Seremban. Di sini terdapat banyak kedai serbaneka seperti 7 Eleven, Family Mart dan sebagainya. Boleh dikatakan disetiap barisan kedai terdapat kedai sebegini. Ia amat memudahkan pengguna seperti saya.

Namun demikian barangan yang dijual terhad kepada minuman, roti dan bakeri, peralatan kosmetik dan majalah. Rasanya konsep 7 Eleven di malaysia lebih baik kerana kita boleh membeli sedikit barang keperluan dapur seperti telur, beras, makanan dalam tin dsbnya.

Namun demikian di 7 Eleven, pelanggan boleh membayar semua bil utility seperti bil gas, air,api dan telephone.

Kelihatan disebelah atas sekali ialah komplek NOVA (bewarna kuning)ianya adalah merupakan kompleks bagi pegguna membeli peralatan eletronik seperti komputer, camcoder, digital camera dsb. Ia lebih kurang seperti komleks Low Yatt di Bukit Bintang, Kuala Lumpur tetapi bersaiz kecil.

Apa yang menarik ialah walaupun sukar untuk kita melihat tong-tong sampah di kaki lima jalan , namun bandarnya bersih. Apa rahsianya......nak kata banyak kempen kebersihan dijalankan tidak juga......nak kata orang Taiwan pembersih tidak juga.....rahsianya ialah semua sampah dari premis perniagaan adalah tanggungjawab peniaga.

Tidak seperti di KL yang mana pekerja DBKL akan mengambil sampah dari premis perniagaan dan masukan kedalam lori sampah. Disini pengguna dididik untuk membersihkan kawasan premis perniagaan dan membuang sendiri sampah-sampah tersebut kedalam lori sampah.

Kita boleh mengenali kedatangan lori sampah dengan lagu-lagu seperti lagu Doraemon, lagu klasik yang dibunyikan oleh pemandu lori sampah. Biasanya lori ini beroperasi di sebelah pagi pada jam 0600hrs-0900hrs dan petang dari jam 1800hrs - 2000hrs.

Dengannya pengguna akan bersedia dengan plastik atau tong sampah dan setiba dihadapan premis mereka mereka masukkan nya kedalam lori sampah.

Dengan cara ini ia memastikan semua orang bertanggungjawab terhadap kebersihan bandaraya mereka. Ia bukan hanya menjadi komitmen Majlis bandaraya berkenaan.

Sekian sahaja coretan saya......jumpa lagi........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home