
Entry for July 01, 2006
Assalamualaikum.
Namaku Suhaizee Sarudin. Berasal dari Puchong, Selangor Darul Ehsan.Berumur 40 tahun.Kini aku berada di TAIWAN R.O.C kerana bertugas di THSRC, iaitu Syarikat Keretapi Laju Taiwan secara kontrak selama 18 bulan. Aku tiba di TAIWAN pada 8.06.2006.
Aku terpanggil untuk mencipta blog ini sejak dari dulu lagi cuma tiada kesempatan. Aku rasakan pengalaman hidupku terutamanya kerjayaku boleh dikongsi oleh anak-anak buahku, sahabat dan sesiapa sahaja yang ingin berjaya didalam hidup. banyak kisah suka dan duka, pahit manis yang boleh dikongsi bersama terutamanya buat anak bangsaku Melayu/Bumiputera di MALAYSIA.
Didalam blog ini akan aku ceritakan biografi tentang diriku, pengalaman hidup semasa di zaman remaja, zaman pekerjaan dan sehinggalah sekarang.
Aku akan salurkan serba sedikit tentang pengalaman hidup diperantauan. Bagaimanakah caranya mengurangkan perasaan "Home Sick"??
Terlebih dahulu aku amat bersyukur ke hadrat Illahi diatas kurniannya, aku berjaya mencapai cita-citaku untuk menjadi seorang Expatriate. Kira aku tergolong didalam Young Malaysian yang kerja overseas lah gitu!!.
Baiklah akan ku catatkan pengalaman ku dalam keluaran yang akan datang. Tungguuu............!!!!!
1 Comments:
Hi Zee!!
Seronok pulak baca cerita u. From time to time, I'll drop by. Skrg dah mula pasang angan2 nak pi jln2 kat Taiwan. Tumpang apartment you ok?? heheh save cost maaaa...
Post a Comment
<< Home