Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, July 21, 2006

Rakan-rakan baru di THSRC








Bertemu lagi,
well, bila kita masuk menganggotai organisasi baru maka kita akan bertemu dengan rakan-rakan baru.

Sememang nya projek THSRC ini menemukan saya dengan ramai rakan-rakan yang sebahagiannya memang anda kenali.....seperti Christoph Schwake, Manfred Haubitz dan Walter Pretch...bagi member di E-MAS dan Peter Gillen, Vettri dan Augustine...bagi member dari STAR LRT.

Peter Gillen, Vettri dan Augustine tidak bekerja dengan THSRC tetapi mereka bekerja dengan TSIEC - Taiwan Sinkansen International Engineering Corporation iaitu main contractor untuk THSRC.

Sebahagian besar dari Expatriate THSRC ialah Frenchmen. Kebanyakan dari mereka datangnya dari SNCF (System TGV France) dan EuroStar (Highspeed dari UK melalui Eorotunnel hingga Spain). Sebahagian besar dari mamat Frech ni dah kira expired. Mereka ini kebanyakannya baru je retired dengan SNCF tu sebabnya nampak ramai muka-muka tua kat sini.

Selepas diselidiki baru saya tahu.....di SNCF...untuk satu driver nak drives TGV...paling muda mesti 45 tahun...so yang muda-muda tu bawaklah goods train ke...or anything yang below speed of 160kmh. So di SNCF seniority memang penting. Tapi ianya berbeza dengan DB. Driver yang drives ICE semuda 30 tahun....sebab tu german kat sini nampak muda....

Expatriate yang kedua terbesar ialah dari Germany...kebanyakan mereka adalah staff dari DB yang bekerja untuk DE-Consult. Salah seorang dari mereka ini pernah bekerja sebagai controller di Maglev Test Center di Germany.

Selebihnya ialah dari Belgium, UK, Australia, Hong Kong dan Malaysia.

Head of Transportation Division ialah Mr. Peter Turrel seorang American.Sementara OCC Director ialah Mr. J.P.Lavallee seorang French.

Dalam ramai-ramai kami tu especially from OCC department adalah seorang jelitawan. Namenya ialah Nadine Dounies (pakai baju merah tanpa lengan) ....sweet tu....jangan jealous..

Sorang lagi lady sebelah tu ialah Rita Bain...local Taiwanese. Same seperti ERL staff, kebanyakan local staff THSRC datangnya dari airlines industry seperti EVA AIR.

Gambar disebelah atas kiri Cristopher William dari Australia dan dibelakangnya Aaron Cheung dari MRTA Hong Kong.

Satu lagi nama-nama local disini suka letak name mat salleh. Bila ditanya adakah mereka Christian. Jawabnya tidak...Ia cuma trend new generation di Taiwan.

Ade tu name-name pelik saya dengar seperti Hardway, April, Aries dan kadang-kadang wrong spelling. So janji ade bunyi macam mat salleh kira okay lah bagi mereka tu..........

So...nikmatilah gambar-gambar buat tatapan anda semua..Well seperti biasa saya yang pakai baju kelabu tu...

Gambar-gambar diatas diambil pada hari sabtu 29.07.2006 .....so..mereka berpakaian agak santai.

Sekian dulu...jumpa lagi...

Nota: Saya agak frustrated sebab banyak lagi gambar-gambar rakan lainnya yang tak dapat saya upload...yang ada ni kira bernasib baiklah...

0 Comments:

Post a Comment

<< Home