Taiwan dilanda Typhoon 13 Julai 2006
Alhamdulilah kali ini saya berkesempatan untuk menulis lagi. Sebenarnya Taiwan baru sahaja dilanda Taufan BILIS sejak 13 Julai 2006.
Amaran yang dikeluarkan oleh jabatan kajicuaca Taiwan http://www.cwb.gov.tw sememangnya telah diberi perhatian sejak beberapa lama sebelum itu.
Pada 13 Julai saya pergi ke pejabat OMC (Operations Maintenance Center) seperti biasa. Kami biasanya akan menunggu bas di Hentian Bas SOGO. Ia dinamakan demikian kerana ianya merupakan hentian bas untuk orang ramai ke Kompleks Sogo dan ianya percuma. Sayang ia tak dipraktiskan di Malaysia.
Cuaca nampak mendung dan baru lepas hujan. Angin bertiup agak kencang. Jadi payung yang saya bawa tidak banyak membantu.
Angin beserta hujan yang sederhana lebat mula turun di Pejabat. Arahan berjaga-jaga telah dikeluarkan oleh pihak pengurusan tertinggi THSRC bagi menghadapi ancaman Taufan ini. Saya memerhatikan cara mana mereka menyampaikan maklumat serta mengambil tindakan dengan melekatkan pita pelekat pada pintu. Kayu alang dilapik span disusun bagi mengukuhkan cermin.
Guni berisi pasir pula diletakkan di lantai pintu masuk untuk mengelakkan air banjir masuk sekiranya berlaku.
Arahan kod Biru (Blue Code) dikeluarkan iaitu tempoh 8 jam sebelum berlakunya Taufan tersebut. Sekiranya keluar Kod Merah maka Raya sakan lah kami kerana tak payah datang kerja.
Setelah balik dari office, dengan keadaan yang memang basah dan berangin saya singgah beli sedikit makanan di MOSS Burger. Adalah beli sedikit Fish Burger, Onion Ring dan Potato Wedges. (Saya akan cerita kisah makan di keluaran yang akan datang)
Setelah mandi dan solat, saya buka TV. Ceritanya pasal Taufan sahaja. Saya pun tunggu juga taufan yang nak datang tu. Bukan apa, kat Malaysia tak ada benda ni. jadi kita harus bersyukur kepada Allah yang menjauhkan bencana dari negara Kita.
Namun demikian natijah dari bencana ini ialah ia menjadikan rakyat Taiwan tabah dan cekal menghadapi bencana. Mereka mengunakan satu mekanisme pelan tindakan kecemasan bagi menghadapi situasi begini.
Jam menunjukkan pukul 9.00mlm, saya jenguk keluar tingkap cuma hujan sahaja tak lah lebat sangat serta tak ada tiupan angin yang kuat. Sajalah nak tengok Taufan. Sambil-sambil tu jengah juga TV mana tahu besok cuti.
Rupanya sampai ke sudah keadaan diluar tingkap sama sahaja. Hujan semakin reda pada jam 6.00 pagi. Jadi akhirnya pergilah juga kerja.
So bila baca akhbar The China Post, www.chinapost.com.tw besok paginya beberapa bandar seperti Yunlin, Chiayi dan Nantao dilanda banjir. Keadaan Taufan tak lah sekuat mana. Keadaan tidaklah berbahaya hinggalah keesokan hari Jumaat 14 Julai 2006. So jumpa lagi dilain waktu.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home