Touchdown di Taiwan R.O.C
Assalamualakum,
Kali ini aku ingin bercerita pengembaraan dan penghidupanku di Taiwan.ROC.
Sebaik sahaja touchdown di Chiang Kai Shek Airport para penumpang bergegas menuju kaunter Immegresen. Selesai passport aku disemak aku menuju ke kaunter tuntutan bagasi. Dengan satu beg galas dan dua beg pakaian yang besar aku menyorong troli ke kaunter kastam. Dari awal lagi aku mahukan satu perjalanan yang lancar.Jadi beberapa persediaan telah dibuat sebaik mungkin agar perjalananku tidak terganggu. Satu lagi, aku tidak mahu sebarang masalah, jadi maknanya jangan cari masalah. Didalam Beg pakaian ku ada bekalan ubat Diabetes, serta sedikit makanan yang dibekalkan oleh emak dan isteriku. Aku khuatir ini akan menjadi punya soal selidik oleh pihak kastam. Jadinya semasa didalam pesawat MAS lagi, aku dah isi declaration form bagi dua perkara tersebut.
Setiba di kaunter declaration, dua orang pegawai beruniform "Navy" bertanya aku barangan yang nak di declare. So aku pun explain dalam English yang aku bawak ubat dan makanan dari Malaysia. Aku tunjukan surat yang dah di sediakan oleh Doktor William Chan dari Columbia Asia Hospital, seremban. Selepas dibeleknya, dia tanya umur ku dan selepas itu dia bersyarah pula mengatakan aku masih muda dan kena jaga kesihatan. Aku pun menganguk tanda setuju dan faham. Soal makanan yang aku bawa tak diperiksanya, cuma aku katakan untuk makan sendiri. So tak lama selepas 15 minit aku dilepaskan dan berjalan keluar menuju Lobby.
Mak datuk, setibanya di bahagian Lobby Airport, begitu ramai orang yang menunggu menunjukan kepingan kadbod tertera nama pelawat. Aku mula bergerak kehadapan dan mula membaca satu persatu nama yang tertera mencari namaku.Aku khuatir juga jika dia tulis "Chinese Character" mana pulaklah aku nak faham. Kena tidur airportlah jawabnya malam tu.
Sememangnya sebelum berlepas lagi, aku dah confirm dengan Company Reps di Taiwan, Alexandra Huang dari SYSTRA Taiwan Branch yang aku akan bertolak pada 8.06.2006. Tiba jam 2145hrs di CKS Airport, Taipei.
Setelah melihat satu persatu, aku ternampak nama ku tertulis di kadbod warna kuning. Aku menegur driver tu dan beliau mengambil 2 beg besar ku itu membawa ku menuju keluar bangunan.
Cuaca pada malam itu berangin dan basah. Hujan turun rintik-rintik. Aku diminta menunggu di luar sementara beliau mendapatkan kereta. tidak lama selepas itu muncul sebuah Limo (Merz) warna hitam dan aku pun masuk. Didalam kereta hati aku berkata, inilah layanan yang diberikan kepada seorang Expatriate. So aku ni kira tergolong sebagai golongan expat lah juga.Memang kelas gitu...
Well, aku dah agak dah yang kebanyakan Taiwanese tak boleh berbahasa Inggeris. So aku main sign language. Bila aku tanya nama nya dia tak jawab sambil mengangkat bahu. Fahamlah aku mamat sorang ni tak tau "speaking". Perjalanan mengambil masa selama 40 minit menuju ke hotel penginapan. Aku dibawa menginap di Forward Hotel, Panchiao, Taipei.
Semasa check in, aku diserahkan dengan satu sampul surat dan aku terus ambil dan melangkah kebilik. Hotelnya tidak lah besar saiznya, macam saiz hotel taraf 3 bintang. Sebaik sahaja aku melangkah masuk, WOW....didalamnya macam kelas 5 bintang.
Setelah aku tengok tariff; rupanya aku tinggal didalam Executive Single yang berharga NT3500 semalam. Kadar tukaran RM ke NT Dollar ; RM1 = NT10.(approx).
Aku kemudiannya membaca kandungan surat dari Alexandra. Alamak!!! besok pagi jam 0700hrs, driver akan terpacak jemput aku ke HQ THSRC di Taipei.
So apa lagi aku bergegaslah mandi. Maklumlah kepenatan didalam perjalanan yang lama. Aku set kan jam Hand Phone pukul 5.30am.
Untuk pengetahuan kalian, Kadar waktu di Malaysia dengan Taiwan iailah dalam satu Zon waktu. jadi tak payahlah nak adjust jam.Aku tidur dengan nyenyak sehingga keesokan paginya. Nantikan kisah ku selepas ini
0 Comments:
Post a Comment
<< Home