Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, July 21, 2006

Kelas Bahasa Mandarin









Kelas Mandarin.

Bagaimanakah perasaan anda apabila anda menghadapi kesukaran untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Pasti sukar bukan.Walau pun anda mungkin mampu untuk mengunakan bahasa isyarat namun ianya masih terhad.

Kesukaran berkomunikasi bukan sahaja tergolong didalam kalangan orang -orang biasa malahan juga ia melibatkan golongan pelajar dan golongan terpelajar.

Oleh kerana masalah bahasa memang telah dikenal pasti sebagai satu punca ketidakcekapan maka pihak THSRC telah mengambil inisiatif dengan menyediakan kelas bahasa Mandarin kepada Expatriate bagi merapatkan jurang bahasa diantara Local Taiwanese dan Foreigners.

Jadi, pada 14.07.2006 Khamis selepas waktu pejabat jam 1730hrs - 1930hrs bermulalah sessi pengajian Bahasa Mandarin kami 3 kali seminggu sehingga penghujung Ogos 2006.Guru kami bernama Ms.xxxxxx.

Kelas pula dibahagikan kepada 2 peringkat. Yang pertama ialah peringkat advance, iaitu kelas untuk pelajar yang mempunyai asas mandarin. Manakala yang kedua pula ialah peringkat asas iaitu bagi pelajar yang tiada asas bahasa mandarin termasuklah saya..........

Guru-guru kami datang nya dari Far East Languange Center, antara yang terbaik di Taipei.

Kelas saya dihadiri seramai 10 orang student yang kebanyakannya dari OCC. So tergeliatlah lidah kami nak belajar sebutan. Sebutan bunyi terbahagi kepada 4 jenis. Kalau tak perhatikan betul-betul ianya seakan same aje nak membunyikannya. Kira macam kita masuk kelas ngaji Quran lah ni..

Mula-mula diajarnya kami mengira yi, er, san, si, wu, liu, chi, ba, jiu, shi. Lepas tu yang lain-lainnya.

So kalau anda tanya saya apakah saya sudah boleh berbahasa Mandarin maka saya katakan belum lagi..........namun demikian demi masa kami semakin dapat menyesuaikan diri dengannya lebih-lebih lagi apabila kami mendapat bantuan dan juga tunjuk ajar dari rakan-rakan local staff kami. Dalam masa yang sama saya juga membantu mereka memperbaiki mutu bahasa inggeris. So ini kira win-win situation lah nie.

Walaupun tempoh masa belajar cuma 2 bulan tapi saya rasa selepas ini saya akan terus mengamalkan Mandarin kerana ianya juga boleh saya tuturkan di Malaysia kelak.

Sifat orang Taiwan ini pemalu....kira...Ipoh mali talak sombong....Biasanya setengah dari kita tu kalau nak belajar bahasa asing kena tahu "dirty words" dulu. Lepas tu baru belajar yang lainnya. Tapi sebab Taiwanese nie pemalu maka perkataan-perkataan tersebut kena cari sendirilah.

So to my Chinese Friends in Malaysia tu kalau nak cari wife, kat Taiwan nie pun okay gak.They are very attentive to Foreigners...Well this is my observation setakat ini........

So jumpa lagi..salam siaran dari saya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home