Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, July 21, 2006

Mencari Apartment




Bertemu lagi.........seperti didalam blog saya yang lepas ada menyebut sewa bulanan hotel sahaja mencecah NT45000 ~ RM4500. Ianya bukan sahaja mahal tetapi kita tak de privacy. Kadang tu bila kita sedang tidur tiba-tiba krew house keeping masuk. Tambahan pula saya tak dapat masak...tu yang leceh tu........kita dah lama tak makan nasi nie..

Ada juga saya sekali tu cuba cari-cari apartment melalui kawan-kawan kat sini malang nya mereka kata kontrak untuk 6 bulan tak de.

Ade sekali tu e-mail kat satu Canadian teacher, tapi dia bagi tahu offer dah taken up by somebody. Jadi melepas le.....

Mencari accomodation nie tidak semudah yang disangka. kadang kala tu kena melalui property agent dan kena bayar roughly half of the monthly rental as their fee.

So, to widen the search saya start e-mail kat member-member termasuk local staff. Kebetulan pula ada seorang staff THSRC, Scheduling Expert tu kena balik Hong Kong, company panggil urgent. So melalui instructor saya, George Mak, Hongkie juga, perkenalkan saya dengan nya.

Jadi, pada Rabu lepas 19.07.2006 saya pun make a visit to KING Court. Ia terletak across the road je dengan Carrefour. Saya pergi ke apartment Raymond Liu, lihat-lihat keadaan rumahnya.

Ia merupakan apartment 2 bilik tidur full furnished. Kira bolehlah sewa baru NT14000 tambah management fee lagi NT1200. So semua sekali lebih kurang RM15000 lah.Lihatlah gambar-gambar apartment saya nie. Ia tak lah besar sangat, saiznya kira cukuplah untuk saya kat sini.

Itu kira okay lah berbanding dengan apartment kat Taipei yang mencecah anggaran NT20000 - NT28000 untuk 2 bilik. kalau jenis 3 bilik lagi lah mahal.

Nak duduk apartment besar nie pun tak berbalui. Kerja 6 hari seminggu, off day sehari. So petang balik rumah tidur dan pagi pergi kerja balik. Saya kalau boleh nak duduk apartment satu bilik je tapi tiada.

Nak share dengan local staff bukan tak boleh tapi kalau Queen dna princess saya datang nak letak kat mana?

Jadi saya rasa ini bargain yang baik. Insyaalah pada rabu nie 26.07.2006 saya akan jumpa dengan house owner to sign agreement.

Antara lain-lain fitting ialah Gas masak,cooker and hood, Fridge, Dish washer machine heater, aircond dan washing mahine. Selain itu tambah lagi ASDL dan Hinet line, cable TV (kena bayar sikit)

Saya rase dah luxury sangat. Lihatlah pemandangan dalam apartment saya nie. Lihat juga kawasan Court yard nye. Aina nanti pasti suka lari-lari kat sini. lagipun security sistem kat sini bagus.Nak masuk ke apartment kita kena lalui 3 gates.

Untuk recreational ade Gym, bilik internet free kat bawah, bilik snooker dan table tennis. Sebenarnya Apartmentini baru siap dalam November tahun lepas, so yang ramai kat sini ialah Expatriate macam kami nie.

So ramai lah, geng-geng THSRC yang lepak sini. ramai juga bawa keluarga. Saya jangka wife saya lepas nie pasti pergi Carrefour hari-hari. Maklumlah dekat sangat. lagi pun sure boring duduk terperap dalam apartment.

saya rasa inilah kali pertama merasa duduk apartment. Sebelum ni pernah duduk rumah apartment KTM Berhad kat bangsar. Standard nya biasa sajalah.

Well, inilah sahaja coretan saya kali ini..jumpa lagi..

nota: Masa tulis blog nie angin typhoon KEAMI baru turun menderu..kuat juga. Malam nie jam 0030hrs lagi kuat.Ia lagi ganas dari Typhoon BILIS....

Maklumlah sebelum ni BILIS sekarang ni JERUNG lah kot.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home