Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Saturday, November 15, 2008

Vacation terakhir di Kaoshiung


Salam semua,
(Gambar hanya akan dimuatkan apabila saya pulang ke Malaysia nanti kerana internet line di hotel tidak stabil)


Pada 7hb November 2008 yang lalu, kami sekeluarga melancung ke Kaohsiung yang terletak di bahagian selatan Taiwan dengan jarak lebih kurang 345km.


Kami pergi kesana pada hari Jumaat selepas tamat tugas saya pada jam 1530ptg. Sebenarnya saya mengambil cuti 2 jam lebih awal iaitu baki cuti terakhir saya di Taiwan.


Yang kelakarnya, isteri saya dan Aina menunggu sejak pagi di stesen Taoyuan. Mereka mengikut saya ke pejabat kerana ianya memudahkan kami apabila hendak bertolak ke Kaohsiung nanti. Jadi mereka menunggu saya distesen hampir 7jam lamanya. Apa nak buat dah itu kehendak isteri saya.


Beberapa hari sebelum itu kami membuat tempahan hotel di Uni-Resort di Shizihwan, iaitu sebuah resort yang berada hampir di laluan sungai berhadapan dengan perlabuhan Kahosiung. Hajat kami sebenarnya hendak ke Kenting, sebuah pusat peranginan yang teletak 2 setengah jam perjalanan dengan bas dari Kahosiung. Oleh kerana masalah pengangkutan ini, menyebabkan kami hanya bercuti di Kahosiung sahaja.


Percutian kami di Kahosiung tidak mengecewakan. Sesampai sahaja kami di stesen THSRC Zuoying kami menaiki Kaoshiung MRT dibawah stesen THSRC Zuoying exit 2. Kami menuju stesen terakhir dalam line Orange di Shizihwan.


Agak pelik sedikit aturan di KMRT ini kerana tiada direct route pada line Merah ataupun Orange. Semua penumpang perlu membuat pertukaran tren di Stesen Formosa Boulevard yang merupakan interchange.


Sesampai kami di stesen Sihzihwan, kami menaiki teksi ke Uni-Resort Sihzihwan. Kami melalui kawasan jeti dengan kapal-kapal kecil berlabuh. Jeti tersebut bernama Fisherman's Wharf. Ia merupakan Jeti bagi pengangkutan ferry ke pulau Cijin.


Setiba di hotel kami melapurkan diri di Reception Counter, seperti biasa kami ada sedikit masalah komunikasi. Namun demikian masalah tersebut kami pendamkan bilamana receptionist tesebut menunjukkan kami bilik penginapan kami di tingkat 3. Wow pemandangan di luar mengadap Kaohsiung Habour sangat menarik hati kami. Di kejauhan kami melihat bangunan tertinggi di Kaohsiung iaitu The Splendor Kaohsiung Hotel yang bergemerlapan. Selain itu ferry ke pulau Cijin melintasi di bangunan hotel kami memberikan satu panorama indah yang jarang saya alami.


Didalam bilik tersebut disediakan sebuah binokular yang dipasangkan pada sebuah tiang menghadap keluar. Saya pun apalagi menikmati panorama malam yang indah disana.


Kami tiba jam 8.00malam dan kami selepas itu turun ke Restaurant untuk makan. Well, masalah berulang rupanya kerana kekangan komunikasi. Seperti biasa kami meminta menu dan mencari apa-apa hidangan yang boleh kami makan. Pulak tu menunya ditulis dalam Mandarin, lagi sekali kami pening kepala. Selepas membelek beberapa ketika kami memesan Nasi goreng vegetarian dan speggethi mushroom tanpa ayam.


Selepas pesanan tiba kami pun menjengok dan bertanya kepada waitress mengenai ingredients bagi hidangan kami. Mereka mengatakan semuanya vege dan dah inform cook tak masukkan ayam dalam hidangan. Bagi hidangan Spegetthi selepas tiga suap saya tolak tepi sebab rasa tak selesa. Saya lepas tu cuma makan lain2 dessert dan buah2an yang ada. Jadilah buat lapik perut.

Cuma apa yang dapat saya katakan, suasana di Kaohsiung tidak sama seperti Taipei dari aspek kesibukan mahupun amenity yang ada.

bersambung......

2 Comments:

Blogger adliazamin said...

bang, lepas nie keje mana?

11:25 PM  
Blogger Suhaizee Sarudin said...

Terima kasih kerana sudi mengunjungi laman BLOG saya yang tak seberapa changgih nie. Well, rezeki ALLAH ada di mana-mana. Tak tentu lagi nak kemana, depend pada projek. Niat hati nak masuk projek Makah-Madinah High Speed Rail, insyaALLAH. Sementara tu tanam cili, tanam bendi, kacang buncis, bela keli, bela arnab dan buat FCPO trading. Nie pun baru nak belajar dari Mak Aji Januari nanti...

1:08 AM  

Post a Comment

<< Home