Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Saturday, December 15, 2007

Hari Raya Open House 2007 (1)

Pic 1. Kelihatan kami mengAminkan doa masa sesi Birthday Aina. Pak Su Zainurin telah diberi
tugas khas membaca doa. Semoga Aina Sihat, panjang Umur, pandai dan lebih-lebih lagi dengar cakap Umee dan Ayah Ameenn.......


Pic 2. Aina tak sabar-sabar nak potong kek. Alhamdulillah genap umur Aina 3 tahun pada 18 Oktober 2007 yang lalu.


Pic 3. Aina dipakaikan cap merenung kek. Aii...bila nak makan kek nie ayah... juga kelihatan dibelakangnya ialah kakak Yaya. Kakak yaya ni lah teman sepermainan Aina di rumah mak di Puchong. She always remember kakak Yaya whenever she comes to Taiwan.

Pic 4. Tu dia...sesi potong memotong telah bermula. Excited sungguh Aina...Kami cuma belikan

Aina Jam tangan Hello Kitty untuk nya. Ayah pun dah broke nie....


Pic 5. Lain-Lain teman dan sanak saudara mengelilingi meja mengadap hidangan.

Hari Raya Open House kali ini dibuat bersama-sama dengan Birthday Aina Sofea yang jatuh pada 18hb Oktober 2007 serta kenduri tahlil arwah Abah. Open House ini dilangsungkan pada hari sabtu 20hb Oktober 2007. Ini merupakan Open house pertama yang diadakan semenjak pemergian ku ke Taiwan mulai 2006 lagi.

Kali ini aku memilih rumah Mak di Puchong sebagai lokasi Open House kerana memudahkan kedatangan sanak saudara dari kampung serta jemaah surau yang dekat dengan rumah.

Aku telah pun meyiapkan e-mail jemputan sejak di taiwan lagi. Siap buat map untuk rakan-rakan datang berkunjung. Bagi ku yang penting ialah menjaga silaturrahim antara sanak saudara, jiran dan bekas rakan-rakan setugas dahulu dari KTMB, STAR LRT dan E-MAS.

Alhamdulillah perjalanan Open House berjalan dengan lancar. Hari cerah dan semua perancangan yang diatur adalah mengikut jadual.

Antara menu kali ini untuk hidangan open house ialah :
1. Nasi Briyani
2. Daging Masak Hitam
3. Kurma Ayam
4. BBQ Daging
5. BBQ Ayam
6. Kueh-kueh Raya
Alhamdulillah, Ramai sanak saudara serta jiran-jiran yang datang. termasuk jiran-jiran yang tinggal di bandar Seri Ehsan. Mereka dengan mudah mengenali lokasi rumah Emak di Puchong.
Siapakah rakan lama yang anda kenali mengujungi Open House ku kali ini. nantikan dalam keluaran yang akan datang!!!
Bersambung ......

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home