17hb Februari 2008 - Jalan-Jalan di Taipei



Hajat hati hendak pergi ke satu Waf yang menempatkan bot-bot persiaran yang mengelilinggi sungai XXX di Taipei. Suasana agak menarik juga dan kebetulan laluan ke stesen Beitou terletak di pesisr sungai. Oleh itu kita dapat lihat pemandangan disekitar sungaiyang dihiasi dengan pemandangan bangunan dan sebuah bukit bernama xxxx disebalik sungai tersebut Sesungguhnya ia suatu panorama yang mengasyikkan. Agaknya kebetulan sekiranya kami menunggu sehingga senja sudah tentu keindahannya lebih terserlah lagi.
Di luar kawasan stesen Beitou ini juga terletaknya suatu park atau kawasan rehat yang juga menjadi kegemaran orang ramai. Bagi mereka yng suka berbasikal, ini merupakan satu spot yang menarik. Pihak Taipei City Hall, telah menyediakan suatu laluan sikal khas bagi mereka yang ingin beriadah menaiki basikal dan berjogging menyusur sungai xxxx. Orang ramai pula memang dibenarkan membawa masuk basikal kedalam tren Metro. Oleh itu ini memudahkan mereka untuk beriadah.
Selain itu kelihatan ini juga merupakan suatu spot untuk artis-artis jalanan berkarya. Kebanyakan mereka memberian khidmat melukis potret dengan bayaran sekitar NT400/RM40 - RM80. Ada lebih kurang 4 buah gerai disana.
Disamping itu juga kelihatan persembahan lagu klasik cina untuk hiburan pengunjung dengan menyediakan tabung bagi sumbangan ikhlas dari pendengar.
Antara yang menarik perhatian ialah seorang artis yang mendendangkan lat musik bunyian seperti flute yang ditiup dari cengkerang siput. Sungguh mengasyikan mendengarnya. Ianya agak unik untuk didengari ala ala Kitaro gituu....pemuzik tersebut siap recordkan dalam CD dan dijual kepada orang ramai.
selain itu , bagi Aina yang asyik terperap sejak sampai di Taiwan, inilah masa nya yang dinanti-nanti untuk main playground. Malangnya disini tiada play ground mnamun dikejauhan kami lihat di sebelah kanan roller skate ring, ialah sebuah kawasan bagi Pony Ride. Pucuk dicita ulam mendatang bagi Aina untuk menaikinya. Terkejut juga saya kerana Aina nie tidak takut dengan kuda. Dengan bayaran NT100 Aina dapat naik 3 round...
Labels: Jalan-Jalan di Taipei
0 Comments:
Post a Comment
<< Home