Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Saturday, December 15, 2007

Hari Raya Aidilfitri 2007 (1)

Pic 1. Gambar aku dan PakNgah (Mak Li) berbaju kuning di kampung ku, Ulu Beranang, Lenggeng Negeri Sembilan semasa Hari Raya kedua 14 Oct 2007. Ada juga ajak dia datang ke Taiwan. Tapi dia kata insyALLAH. Dia nie suka berjalan makan angin.

Pic 2. Kami bergambar beramai-ramai dengan anak-anak buah. Kelihantan Aina sibuk ber "Posing" di depan kamera.


Pic 3. Ini Pula gambar Pak Teh Samin yang di ambil di rumah Mak Li. Beliau merupakan bekas anggota Polis dan bersara pada awal 80an.


Pic 4. Riuh sekampung. begitulah kiranya bila kami beramai-ramai pulang ke kampung merayakan Aidilfitri 2007 yang lalu. Kelihantan gambar ditengah ialah Pak Su (Mak Yan) memakai baju biru adik mak saya yang paling bongsu. Baru je bersara.


Pic 5. Ini pula ialah gambar Pak Lang dan Mak Lang aku juga dikampung Daching Tengah, Ulu Beranang Negeri Sembilan. Mak lang aku nie ialah adik arwah abah. Alhamdulillah mereka baru saya menunaikan ibadah haji tahun 2007. Semoga mendapat Haji yang mabrur.

Pic 6. Ini pula adengan bermaaf-maafan antara keluarga adik ipar (Zila) dengan ibu mertua ku.
Biasalah di hari Raya nie memang touchie ler sikit ala ala jejak kasih.

Pic 7. Inilah yang best nya bila Hari Raya. Bebudaklah yang paling happy sekali.


Pic 8. Inilah tahun pertama kali Aina berani nak pegang bunga api. jika tidak tu tengok dari jauh sahaja.


Pic 9. Ini pula beraya di rumah Pak saudara belah isteri ku di Kampung Melayu Ampang. Kat sini best nya sebab pak-Pak sedara tu muda sikit so macam-macam boleh diborakkan. Memang terhibur dibuatnya.


Assalamualaikum,

Telah agak lama juga saya tidak mengemaskinikan laman Blog saya ini. Tahun 2007 telah hampir menutup tirai nya.

Sememang sesuatu yang amat menyeronokan bila mana permohonan cuti saya untuk pulang ke Malaysia bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga kali ini telah diluluskan. Saya mula bercuti pada 12hb Oktober 2007 - 27hb Oktober 2007. Cuti selama 17 hari ini telah saya manfaatkan sebaik-baiknya. Ini juga merupakan salah satu dari cuti yang panjang yang pernah saya perolehi sepanjang kareer saya.

Tempahan tiket di pejabat MAS di Taipei telah pun saya buat awal-awal lagi. Maklumlah saya tak mahu terlepas peluang mendapatkan tiket murah MAS. Inilah merupakan tambang Flight yang paling murah pernah saya perolehi iaitu selitar NT14000 sahaja. Kalau di lain waktu memang tak dapat.

Pagi itu di Taoyuan Airport kelihatan ramai orang menunggu Flight balik. Ramai juga keluarga melayu yang kelihatan. Kebanyakan mereka adalah dari US pulang beraya ke Malaysia. Mereka break journey di Taipei setelah tiba dari Los Angeles hari sebelumnya.

Kebetulan dalam kapal saya dapat duduk bersama satu couple Melayu. Borak punya borak sang suami tu orang melayu cuma isterinya orang Puerto Rico. Patutlah mereka cakap macam bunyi Spanish. Nama si suami ALI dan isterinya Jinnette berasal dari Puerto Rico. Rupa si mamat tu saling tak tumpah macam OPIE anak Zami Ismail yang berlakon dalam "SEPANAR JAYA"
Didalam pesawat, krew kapal ada menyebut Taiwan dah Raya, so sesiapa yang nak beraya boleh makan. Opps..saya kat Taiwan nie pun tak tahu. Apa lagi couple yang dengar pengumuman Raya yang sewaktu dengannya tu, beraya lah mereka dengan ayam masak lemon dan air fresh orange.
Ish..Ish...bagi saya yang berpuasa ikut Malaysia kena sabar...apalagi sewaktu mereka menikmati hidangan saya pun pejam mata ler....
Perjalanan dirasakan lambat sampai. Lepas mereka menjamah hidangan raya, kami sambung berborak lagi. Rupanya si ALI ni orang PERAK. Tebal juge telor perok nyer. Udah macam Mr OS la pulak. Syok juga borak dengan mereka nie. ALi ni bekerja di salah sebuah Resort Hotel di Puerto Rico. Di kata 2 tahun lepas adalah terserempak dengan mamat melayu kelasi kapal yang singgah disana.
Begitulah kisahnya orang yang diperantauan. Kabar berita dari tanah air sentiasa dinantikan.






Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home