Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Sunday, September 02, 2007

My Merdeka Celebration - A waste of an affort

Tiada apa yang lebih mengharukan lagi menyebakkan dada bagi seorang rakyat terhadap negaranya bilamana negaranya bebas Merdeka dari jajahan penakluk....

Fikirkan tentang orang-orang yang terdahulu, sangup melupakan kesengsaraan hidup didalam kemiskinan namun berjuang demi membebaskan tanah air dari penjajah.. Hanya doa buat mereka yang telah pergi..demi memastikan anak cucu meraih segala kenikmatan..natijah dari kemerdekaan itu...

Apakan daya ku walaupun aku berada jauh di rantauan namun semangat jati diri dan kebangsaan itu tersemat didalam hati dan sanubari....AKU sedar pengorbanan datuk-datuk Ku, datuk kepada sahabat Ku, suami kepada nenek-nenek Ku dan begitu juga ribuan mereka yang terkorban demi memastikan kesinambungan hidup bangsa ku MELAYU tetap aku ingati..

Terjelepuk ku rasakan bilamana jawapan yang ku terima dari pegawai Malaysian Frienship And Trade Center di Taipei tempohari mengatakan undangan sambutan hari Kemerdekaan Malaysia hanya di panjangkan kepada Def-def kehormat dari Kedutaan Asing, Pembesar dan Pegawai Kerajaan Taiwan, Kalangan Ahli Perniagaan Terkenal, Ahli Akademik dan juga segelintir rakyat Malaysia yang telah lama bermastautin di Taiwan. Sambutan tersebut dibuat di Hotel Shang-Ri La Far Eastern di Taipei pada jam 18.30 - 20.30 hours.

Makna nya aku sebagai rakyat Malaysia yang menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara ku tercinta, Malaysia, yang membawa dan menjaga nama Negara Ku Malaysia seperti nyawa ku sendiri, telah di nafikan hak ku untuk sama-sama merayakan Ulang tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke 50 tahun. Aku diibarat melukut di tepi gantang, umpama sipengemis yang mengharapkan ehsan dermawan.
Kecewa...amat kecewa....sekira ini yang dilaungkan oleh Kerajaan Arus Perdana yang kononnya melaung-laungkan "Bersatu" Masyarakat berbilang Kaum...hentikan lah.... Sekira Polisi lapuk ini tidak dihapuskan tak perlulah digembar gemburkan dan dijaja kesana kemari untuk meraih sokongan dan simpati...
Atau mungkin si KAKI dan TANGAN Kerajaan yang sememangnya KAKU dan BEKU. Tidak mengambil kira aspirasi negara. Aku mengangap mereka ini tidak layak untuk mewakili negara apatah lagi mengharumkan nama negara. Mereka ini layaknya makan angin dari hasil penat lelah rakyat yang membayar cukai.
Sekira kenyataan ku ini tidak benar maka Kementerian Luar Negara perlu memberikan penjelasan diatas polisi lapuk ini dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia yang berada di Taiwan ini.
Kita serasa tercabar bilamana keudaranya rentak baru lagu negara ku berkumandang didalam irama RAP... Semua umat Melayu ISLAM bangkit mengutuk... Suara-suara Nasionalis menghamburkan hujah-hujah hukuman kepada pemuda hinggusan Namewee.....lantaran lagu baru Negaraku yang diberi nafas baru seolah-olah berada didalam arena Persaingan Program Reality layaknya.
Namun MELAYU MUDAH LUPA akan pengorbanan orang lain yang tidak sempat mengecap kenikmatan dan maksud Merdeka itu..Mereka yang anak cucunya terpinggir dari mengenal erti keselesaan dan kebahagian natijah dari Kemerdekaan itu sendiri.....yang penting kerongkong mereka dipenuhi dengan keenakan dan kenikmatan...orang lain biarkan......
Semangat WAJA yang tersemat dihati ku tidak mematahkan semangat ku... Aku terus bangun di pagi itu 31.08.2007 selepas waktu solat subuh aku menyediakan sarapan dan bersiap untuk ke Taipei untuk membuat lawatan ke Maokong Gondola yang terletak berhampiran dengan Zoo Taipei.
Aku tinggalkan kenangan pahit bersama Kakitangan Kerajaan yang berpangkat Seperti Gabenor General demi memastikan kehidupan ku di Taiwan ini dipenuhi keceriaan...
Pagi itu aku menaiki bas ke Taipei dan mengejar MRT ke Taipei Zoo Station. Sebenarnya, ketika ketibaan Isteri ku dan Aina pada cuti sekolah baru-baru ini, aku memang bercadang hendak membawa mereka menaiki Maokong Gondola ini. namun oleh kerana Isteri ku ini agak gayat dan kuatir dek pengalaman Sentosa Island, Singapore Cable car yang putus beberapa tahun yang lalu menjadikan dia kecut perut.
Aku seperti biasa, ingin mencuba sesuatu yang baru....Er...maksud ku menaiki cable car ini...dah lama dah tak naik cable car...kalau tak silap pada tahun 70an ketika Cable Car Bukit Nanas masih lagi beroperasi...
Maokong Gondola ini bahagian hujung Selatan Taipei. Maokong terkenal sebagai destinasi ladang teh dan warung Teh nya. Sama keadaannya seperti di Cameron Highland. Cuma paras ketinggiannya tidak mencukupi untuk menyamai suhu semasa Cameron Highland. Namun begitu di musim sejuk keadaan menyamai suhu disana.
Pembinaan Maokong Gondola ini adalah untuk menambahkan ruang accessibility ke ladang-ladang teh di Maokong. Jarak perjalanan gondola ini ialah selama 20 minit dengan kelajuan lebih kurang 2-5 meter/sec. Jarak perjalanan ialah lebih kurang 4 km. Paras tertinggi ialah di Maokong Station pada ketinggian 299.3 meter. Ada terdapat 4 buah station penumpang dan 2 buah stesen penukaran arah/Depot yang terletak diantaranya. Gondola ini diuruskan oleh Taipei METRO. Samalah keadaannya dengan RAPID KL yang mengendalikan Cable Car di Langkawi tu..

Ruang pintu masuk ke bangunan Maokong Gondola.


Aneka cenderamata untuk dibawa pulang oleh pengunjung


Kaunter penerangan


Kelihatan saya yang terlebih hensem didalam gondola tu. Ini pun ehsan orang tolong ambilkan gambar...


Kelihatan carta kedudukan Stesen serta paras ketinggian nya.

Kelihatan Gondola baru tiba di terminal Taipei Zoo Station


Walaupun pada hari bekerja, ramai juga pelawat mengujungi Gondola ini.


Kelihatan kakitangan yang mengendalikan Gondola ini. Kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris mudah


Kelihatan Gondola kami meninggalkan Stesen terminal Taipei Zoo


Kelihatan saya didalam posisi releks. Shot kali kedua diambil oleh penumpang lain dalam gondola ini. Maximum capacity ialah 8 orang.

Saya akhirnya pulang semula ke Jhong Li dengan agak tergesa-gesa kerana mengalami batuk-batuk dan bersin yang amat sangat. Namun saya sedikit terkilan kerana akibat dari batuk ini saya terpaksa membatalkan niat saya hendak menaiki Tren ke pantai Timur Taiwan iaitu ke Yilan dan Hualien makan angin...

Semoga saya berpeluang untuk ke sana di waktu hari citu saya kelak....Well mungkin dalam Disember nanti kot kerana tak lama lagi nak Puasa...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home