Hari Raya Open House 2007 (2)
Pic 1. Kelihatan Mak su Zila dan anak-anak. Si jantan besar tu Hafiz, anak Kak Ju.Tahniah buat Nisa (Baju belang merah) kerana memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR lalu.
Pic 2. Masih kah kau ingat?? Dari kiri, Saya bersama Radzi, Ridwan Ikhlas dan Mohd Amin.Terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke rumah saya nie...Member lain yang tak hadhir kena Qadha datang open house 2008...InsyaALLAH....
Pic 3. Kelihatan anak-anak yatim lelaki dari Rumah anak2 yatim Limpahan Kasih Puchong sedang menjamu selera.
Pic 4. Kelihatan Keluarga Pak Teh Samin (Berkopiah Putih) bersama anak cucu sedang menjamu selera.
Pic 5. Tu dia agenda BBQ ayam telah pun bermula. Hari tu kami pasang 3 dapur BBQ. 2 untuk ayam dan 1 untuk daging dan kambing.
Pic 6. Murshid Bateman, anak buah saya yang menjadi sangat rajin pada hari itu. Maklum lah dah besar..
Pic 7. Kelihatan jemaah surau bersama sanak saudara meyempurnakan bacaan Yasin dan doa untuk Arwah abah. Inilah sahaja serba sedikit sumbangan kami yang hidup buat abah di sana. Semoga ALLAH sentiasa merahmati abah di alam barzah....
Pic 8. Alhamdullilah Jiran2 kami di Bandar Seri Ehsan juga memenuhi undangan kami. Kelihatan Abang depan rumah (baju stripe hitam putih) bersama-sama dalam majlis tahlil kami.
Pic 9. Kelihatan dari kiri Pakcik Razali. Teman setia Abah semenjadi dari rekrut lagi. Mak Ngah Inab & Pak Ngah Mail. Ateh Usop pula sendang membaca akhbar.
Pic 10: Entah apa yang diborakkan oleh emak dan Pakcik Razali. Kebetulan Makcik Mahyun sakit tak dapat datang. Alhamdulillah sebelah petang sebelum maghrib Kemai dan Suaminya datang ke rumah beraya.Labels: Open House 207 no 2

0 Comments:
Post a Comment
<< Home