Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Wednesday, January 09, 2008

Tahun Baru...Rumah...Baru....Dot..Dot..Dot..baru...

Kelihatan ruang dapur yang kosong. Walaupun agak lama tetapi bagi saya kira "Malaysia Boleh". Cukuplah sekadar yang ada. Nanti bila isteri saya tiba, pandailah beliau solek kan bagi nampak cantik dan bersih.

Pemandang ruang depan rumah yang agak besar walaupun kosong. Cukuplah ini bagi kami sekeluarga. Kami tak perlukan sangat Apartment yang Moden tapi tak gunakan dengan sebaiknya.
Shinkansen 700T ini akan menjadi pengangkutan utama ku ke tempat kerja. Selain itu Taipei Metro juga penting membawa ku ke Taipei Main Station. Memang diakui Taipei Metro salaha satu Metro yang paling reliable in the world.

Ini adalah bilik no 2. Sesuai untuk Aina bagi menempatkan katil bujang.

Kelihatan pemandangan di hadapan Stesen Dingxi Exit no 2. Ada Dunkin Donut, McDonald dan KFC. Jadi mudah lah kami kalau nak makan fish burger dan donut sekali sekala bila dah jemu makan makanan malaysia.

Asslamualaikum,


Tahun 2008 ini membawa perubahan besar dalam kehidupan harian saya. Sempena tahun baru ini tak lama lagi saya akan berpindah ke rumah baru (Actually Apartment Lama) yang terletak di Taipei, di kawasan Jonghe City. Jarak antara rumah dan Taipei Metro stesen Dingxi (laluan Orange) cuma 15 minit berjalan kaki. Sementara itu jarak antara Stesen Dingxi dengan Taipei Main Station cuma 10 minit sahaja. Tambang cuma NT16 dollars lebih kurang RM1.60sen.


Keputusan berpindah ini diambil apabila contract saya InsyAALAH akan disambung lagi dan saya akan membawa keluarga saya tinggi di Taiwan sehingga penghujung contract saya nanti. Tambahan pula banyak kemudahan yang terdapat di Taipei ini berbanding dengan JhongLi City.


InsyaALLAH, keluarga saya akan tiba di Taiwan dalam pertengahan bulan February iaitu selepas sahaja cuti perayaan Tahun Baru Cina nanti.


Sekarang ini tengah sibuk mengemaskan barang. Kalau dulu pada tahun 2006 saya masuk ke apartment dengan 2 beg pakaian, 1 beg sandang dan 2 kotak.


Tetapi sekarang ini ia dah beranak menjadi berkotak-kotak.....maklumlah semua pekakas elektrik terpaksa dbeli..


So Isteri saya terpaksalah bercuti tanpa gaji selama tempoh bersama saya di Taiwan. Anak saya Aina pula gembira sakan bila dapat tahu perkara ini.


Oleh yang demikian jawatan PA, terpaksa saya serahkan kepada adik saya yang berada di Kepong Baru.


Apartment baru ini tak lah besar sangat. ianya kosong dan tanpa apa-apa furniture. yang ada cuma Katil dan TV saja. Oleh itu saya terpaksalah membeli beberapa peralatan lain seperti Mesin Basuh, Fridge dan dapur masak. Lain-lain peralatan telahpun saya beli sejak di JhongLi lagi.


Mudah-mudahan hidup di Taipei lebh mudah lagi. Bagi saya, terpaksa berulang-alik ke pejabat dengan menaiki Metro dan sambung dengan 700T shinkansen ke Taoyuan station untuk ke OMC dari Taipei Main Station.


Oh yer yang sebenar nya...Dot..Dot..Dot.. itu ialah suasana baru dan tuan rumah yang baru..Tak tahu lah pulak feel mereka nie lagi entah lawa, entah cerewet dan sebagainya.


Saya mengucapkan Selamat Tahun baru Hijrah 1429....buat anda semua.....Semoga ALLAH melimpahi rahmatnya kepada anda sekelian..Amin..

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home