Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Sunday, November 30, 2008

Selamat Tinggal Taiwan -Kenangan Manis - pahit yang sukar dilupakan

Apa yang boleh di perkatakan lagi selain dari ucapan Selamat Tinggal kepada Taiwan, sebuah Pulau yang mengadap Tanah Besar China serta berhampiran dengan Negara Matahari terbit.

Taiwan seperti namanya sangat menawan. Walaupun disini tiada Tembok Besar Cina ataupun Istana Larangan namun, kecantikan panoramanya, ketulusan hati budi rakyat nya, Keaslian budayanya, Kebersihan Bandar dan Kotanya membuatkan hati saya akan terkenang dan merindui sampai bila-bila.

Tanah yang buat pertama kali saya jejak pada Julai 2006, kini akan saya tinggalkan. Sebagaimana darah Keturunan saya yang jauh merantau dari Pasir Laweh, Sumatera apabila Moyang saya berhijrah dari kekejaman Belanda ke Tanah Melayu yang berkampung di Beranang, Lenggeng Negeri Sembilan, saya juga memiliki naluri sama dengan berkelana di bumi asing demi mencari rezeki pemberian NYA. Dan pada tanggal 27 Disember 2008 saya akan pulang ke Malaysia selepas 2 tahun setengah berada di rantauan.

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia NYA, saya dapat mencari rezeki dan juga menimba pengalaman di rantau orang.

Tidak lupa juga, ketika di Taiwan inilah saya menerima berita pemergian ABAH saya ke Rahmatullah pada 5.3.2007. Ia merupakan suatu kejutan buat saya kerana sebulan sebelum itu kami sama-sama bercuti di Cameron Highland buat pertama kalinya saya bercuti semenjak bekerja di Taiwan.

Tidak lupa juga kenangan manis, bila pertama kalinya Isteri saya dan anak saya menjejakkan kaki di bumi Taiwan ini. Mereka berasa begitu seronok sekali. Saya juga berpeluang membawa mereka berjalan2 dan bersiar-siar di kotaraya pelbagai fesyen ini.

Taiwan High Speed Rail Corporation akan menjadi suatu kenangan buat saya. Bekerja bersama-sama rakan Taiwanese di samping rakan-rakan expatriate lainnya yang berasal dari Australia, United Kingdom, Kanada, Hong Kong, Germany, France adalah seatu pengalaman berguna bagi saya dalam mengembangkan sayap kareer saya di arena antarabangsa.
Saya termenung sejenak bila mengenangkan bagaimana saya terjun ke profesion " Railway" secara tidak sengaja, kerana sebelumnya saya memang tidak sukakan KTM pada ketika itu dek kerana rumah-rumah kuarters yang tidak terurus bilamana ABAH membawa kereta melalui pekan Sentul bila hendak ke Sungai Way pada awal tahun 80an dahulu.
Hakikatnya, boleh jadi benda yang kita tidak suka pada awalnya itu merupakan yang terbaik buat kita. Alhamdulillah, akhirnya dari KTMB lah saya menimba ilmu perkeretapian. Terima Kasih KTMB. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Supervisor dan juga Executives saya di THSRC seperti OCC Director Alpha Lin, OCC Asst Director Harry Stuart, Rade Kranjc, TND Director Noel Laliberte dan lain-lain Expatriates seperti Cristoph Schwake, Niel Thomson, Bernd Saas, Ralf, Bernard Debier, William Abribat, Nadine Duoneis, John Philip Lavalle dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan juga kepada OCC Local staff seperti Chief Controller, Ken, Luke Tham, Robert Lin, Hardway serta lain-lain controllers yang banyak membantu saya dalam tugasan seharian di OCC.
Begitu juga dengan support staff back office seperti Catherine Hsyl, Ben Huang, Tony dan ramai lagi.
Serta yang paling diingati ialah staff SYSTRA yang bertugas dalam menjaga kebajikan dan urusan Allowance saya iaitu Alexandra Hwang. Beliau banyak membantu menguruskan tiket penerbangan, ARC, Work Permit dan sebagainya. Beliau merupakan nadi dan tulang belakang setiap Expatriate yang bekerja untuk Canarail Inc. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada beliau.
Untuk perhatianya, walaupun tugasan saya telah tamat di Taiwan namun Laman Blog ini akan tetap saya kemas kinikan kerana masih banyak lagi post-post yang belum saya uploadkan yang disebabkan masalah gambar mahupun berita. InsyALLAH sekiranya perlu saya akan membuka lagi satu laman BLOG buat tatapan anda sekelian mengikut apa yang saya akan usahakan sekembalinya saya ke Malaysia nanti.
Akhir kata, semoga kita bertemu di lain kali dan saya menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa lantaran komen dan buah pandangan saya yang tidak sealiran dek minda pembaca. Semoga kalian tidak serik untuk mengunjungi lama BLOG ini lagi di masa hadapan.
Saya sudahi bicara akhir saya ini dengan serangkap pantun;
LEBAI BERLARI MEMBAWA BELANGA
NAK KAIL KELAH DI PINGGIR KALI
TERBILANG KITA TAK PERLU DIBANGGA
KEDALAM TANAH JUGA AKAN KEMBALI

Saturday, November 15, 2008

Vacation terakhir di Kaoshiung


Salam semua,
(Gambar hanya akan dimuatkan apabila saya pulang ke Malaysia nanti kerana internet line di hotel tidak stabil)


Pada 7hb November 2008 yang lalu, kami sekeluarga melancung ke Kaohsiung yang terletak di bahagian selatan Taiwan dengan jarak lebih kurang 345km.


Kami pergi kesana pada hari Jumaat selepas tamat tugas saya pada jam 1530ptg. Sebenarnya saya mengambil cuti 2 jam lebih awal iaitu baki cuti terakhir saya di Taiwan.


Yang kelakarnya, isteri saya dan Aina menunggu sejak pagi di stesen Taoyuan. Mereka mengikut saya ke pejabat kerana ianya memudahkan kami apabila hendak bertolak ke Kaohsiung nanti. Jadi mereka menunggu saya distesen hampir 7jam lamanya. Apa nak buat dah itu kehendak isteri saya.


Beberapa hari sebelum itu kami membuat tempahan hotel di Uni-Resort di Shizihwan, iaitu sebuah resort yang berada hampir di laluan sungai berhadapan dengan perlabuhan Kahosiung. Hajat kami sebenarnya hendak ke Kenting, sebuah pusat peranginan yang teletak 2 setengah jam perjalanan dengan bas dari Kahosiung. Oleh kerana masalah pengangkutan ini, menyebabkan kami hanya bercuti di Kahosiung sahaja.


Percutian kami di Kahosiung tidak mengecewakan. Sesampai sahaja kami di stesen THSRC Zuoying kami menaiki Kaoshiung MRT dibawah stesen THSRC Zuoying exit 2. Kami menuju stesen terakhir dalam line Orange di Shizihwan.


Agak pelik sedikit aturan di KMRT ini kerana tiada direct route pada line Merah ataupun Orange. Semua penumpang perlu membuat pertukaran tren di Stesen Formosa Boulevard yang merupakan interchange.


Sesampai kami di stesen Sihzihwan, kami menaiki teksi ke Uni-Resort Sihzihwan. Kami melalui kawasan jeti dengan kapal-kapal kecil berlabuh. Jeti tersebut bernama Fisherman's Wharf. Ia merupakan Jeti bagi pengangkutan ferry ke pulau Cijin.


Setiba di hotel kami melapurkan diri di Reception Counter, seperti biasa kami ada sedikit masalah komunikasi. Namun demikian masalah tersebut kami pendamkan bilamana receptionist tesebut menunjukkan kami bilik penginapan kami di tingkat 3. Wow pemandangan di luar mengadap Kaohsiung Habour sangat menarik hati kami. Di kejauhan kami melihat bangunan tertinggi di Kaohsiung iaitu The Splendor Kaohsiung Hotel yang bergemerlapan. Selain itu ferry ke pulau Cijin melintasi di bangunan hotel kami memberikan satu panorama indah yang jarang saya alami.


Didalam bilik tersebut disediakan sebuah binokular yang dipasangkan pada sebuah tiang menghadap keluar. Saya pun apalagi menikmati panorama malam yang indah disana.


Kami tiba jam 8.00malam dan kami selepas itu turun ke Restaurant untuk makan. Well, masalah berulang rupanya kerana kekangan komunikasi. Seperti biasa kami meminta menu dan mencari apa-apa hidangan yang boleh kami makan. Pulak tu menunya ditulis dalam Mandarin, lagi sekali kami pening kepala. Selepas membelek beberapa ketika kami memesan Nasi goreng vegetarian dan speggethi mushroom tanpa ayam.


Selepas pesanan tiba kami pun menjengok dan bertanya kepada waitress mengenai ingredients bagi hidangan kami. Mereka mengatakan semuanya vege dan dah inform cook tak masukkan ayam dalam hidangan. Bagi hidangan Spegetthi selepas tiga suap saya tolak tepi sebab rasa tak selesa. Saya lepas tu cuma makan lain2 dessert dan buah2an yang ada. Jadilah buat lapik perut.

Cuma apa yang dapat saya katakan, suasana di Kaohsiung tidak sama seperti Taipei dari aspek kesibukan mahupun amenity yang ada.

bersambung......

Saturday, November 01, 2008

Hari Raya 1429 Hijrah di Malaysia

Sebagaimana dijadualkan, Hari Raya Aidilfitri tahun 1429 hijrah bersamaan 2008, jatuh pada hari Rabu 1 shawal, 1hb Oktober 2008. Sambutan Raya kali disambut amat sederhana kerana kebetulan kami sibuk dengan urusan pembedahan dan rawatan susulan selepas itu.

http://picasaweb.google.com/lh/photo/Jy4HDXS16d5AHfFrQOVmhw?authkey=FDH2vWanzhM

Labels:

Kepulangan kami ke Malaysia 20 September 08

Assalamualaikum semua.
Agak lama kami tidak mengemas kinikan laman blog kami ini. Hakikatnya Kami cuma ada 60 hari sahaja untuk tinggal di Taiwan sebelum kembali ke Malaysia kerana tamat tempoh perkhidmatan saya bersama Taiwan High Speed Rail Corporation.
Raya tahun ini 1429 Hijrah kami rasakan disambut dengan amat sederhana. Ini kerana Masalah Kesihatan Isteri saya yang memyebabkan kami pulang ke Malaysia dengan lebih awal. Sedih dalam gembira. Gembira kerana dapat pulang beraya lebih awal di Malaysia. Sedih pula kerana isteri saya terpaksa menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Columbia Asia Puchong yang seterusnya membawa kepada pembedahan beliau.
Kami pulang ke Malaysia pada 20hb September 2008, hari sabtu menaiki pesawat China Airlines. Kami bertolak seawal pukul 5.00am dari Hotel GoodLife, Taipei.
Sebenarnya pada 8hb September 2008, Saya terpaksa mengambil cuti kecemasan menghantar isteri saya ke Mackay Memorial Hospital, ChungShan North Rd, Taipei kerana pendarahan berterusan. Dari pemeriksaan yang dilakukan doktor bahagian Sakit Puan mendapati terdapatnya Cyst di sebelah kiri Ovari beliau. Kami di minta untuk datang semula 2 bulan dari tarikh tersebut.
Kemudiannya pada 16hb September 2008 sekali lagi isteri saya dikejarkan ke Hospital kerana pendarahan masih lagi berlaku. Saya terpinga-pinga bila doktor melapurkan Cyst tersebut telah membesar kepada 10sm persegi. Saya meminta penjelasan doktor atas tindakan segera yang saya harus lakukan. Beliau berkata jalan terakhir ialah melalui pembedahan.
Saya terus menyatakan kepada doktor yang saya mahukan referal letter kerana pembedahan harus di lakukan di Malaysia. Tambahan pula kami akan pulang ke Malaysia untuk beraya. LAgipun sekiranya pembedahan dilakukan di Taiwan, pelbagai masalah timbul termasuk penjagaan Aina ketika isteri saya mendapat rawatan di Hospital.
Saya agak kelam kabut juga kerana, cuti telah pun habis dan saya terpaksa meminta cuti tanpa gaji selama 5 hari. Selepas mendapatkan keizinan Supervisor saya Harry Stuart dan berbincang dengan Noel Laliberte selaku TND Chief Director, saya menyerahkan borang permohonan cuti kecemasan tanpa gaji dan diluluskan serta-merta.
Sebaik sahaja memperolehi lapuran dari Doktor di Taiwan, saya terus mencari Hospital yang sesuai di Malaysia. Jawapannya ialah Hospital Columbia Asia cawangan Puchong. Kedudukannya yang hampir dengan rumah kami di Kampung Seri Puchong memudahkan urusan kami.
Saya terus sahaja menelefon Hospital Columbia Asia bertanyakan Pakar Obstetrician & Gynecologist serta membuat temu janji pada 20hb September 2008 jam 1630ptg. Kami dirujuk kepada Dr. Raja Juhaidah binti Raja Abdullah untuk mengendalikan kes isteri saya ini. Atas nasihat beliau, isteri saya akan menjalani pemeriksaan MRI scan pada hari Isnin, jam 8.30 pagi.
Selepas menjalani pemeriksaan MRI scan, Dr. Raja Juhaidah memaklumkan jenis ketumbuhan yang dimaksudkan itu masih tidak dapat dipastikan dengan lebih jelas lagi. Apa pun ketumbuhan tersebut perlu di buang.
Selesai appointment kami diminta datang pada hari Selasa 23hb September 2008 untuk pembedahan jam 8.30 pagi. Saya menghantar isteri saya awal pagi itu ke Hospital. Selepas melapur masuk kami, ke wad ditingkat satu. Kebetulan hanya 2 bedded room sahaja yang ada. Saya berpesan kepada staff Nurse supaya mencarikan single bedded kerana saya yang akan menjaga isteri saya. Mungkin pesakit wanita lain tidak rasa selesa dengan kehadiran saya di ward.
Selepas selesai urusan di Ward, isteri saya yang siap memakai pakaian bedah dibawa turun ke 'Operation Theather' di tingkat bawah. Selepas mengucup isteri saya, saya terus keluar untuk menyelesaikan tugas-tugas lainnya. Jangkaan pembedahan ialah lebih kurang 3 jam.
Tidak semena-mena hand phone saya berdering, saya diminta segera ke 'Operations Theather' dengan segera. Berderau darah saya memikirkan apa pula masalahnya kali ini. Dalam hati saya berdoa kepada ALLAH supaya melindungi isteri saya. Kebetulan emak dan ibu mertua saya bersama saya dalam perjalanan ke Hospital. Apa lagi saya memecut laju dan setibanya di Hospital, saya terus menuju 'Operations Theater' dan dimaklumkan saya perlu menanda tangani borang kebenaran pembedahan untuk membuang appendix yang kelihatan tidak normal pada pandangan Doktor.
Jam menunjukkan 13.00hrs, isteri saya masih belum lagi keluar dari wad pembedahan. Akhrnya troli katil beliau ditolak oleh Staff Nurse masuk ke ward. Isteri saya masih dalam keadaan lemah. Emak saya dan Ibu Mertua saya berada disis katil.
Di pendek kan cerita, saya lah yang menguruskan isteri saya di Wad. Aina di tinggalkan di rumah. Kesihan pula saya tengok Aina yang asyik kena tinggal. Keesokan hari selepas kami mendapat Wad Single Bedded, saya membawa Aina ke Ward dan Kami 3 beranak tidur di Ward.
Akhirnya Pada petang hari Khamis 25hb September 08, isteri saya keluar ward. Hakikatnya selepas menerima keputusan dari laporan Doktor, menyatakan bahawa isteri saya mengandung di luar Rahim semenjak dari Taiwan lagi. Rupanya dari pengamatan saya, isteri saya mula mengandung semenjak kami bercuti di Hualien pada bulan Ogos. Ohh...patutlah dalam gambar isteri saya nampak lebih cantik lagi. Rupanya beliau mengandung....So pada sang suami tu kalau tengok isteri tu lebih cantik dari biasa maknanya dia mengandunglah tu.
Bersambung....................

Labels:

Monday, August 18, 2008

Candid 2008 - Aktiviti Kami di Taiwan


Salam, Sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang boleh kami muatkan di dalam BLOG ini. Namun demikian kerana kesibukan tugas dan juga kegiatan aktiviti hujung minggu kami menyebabkan BLOG kami dikemas kini mengikut aktiviti yang penting dan menarik sahaja.
Demi memberikan pengunjung BLOG kami sedikit kelainan, kami paparkan CANDID 2008 demi tatapan anak buah, saudara dan rakan taulan kami yang kami rindui sentiasa.
Memang tidak dapat dinafikan, Hujan Emas dinegeri Orang, Hujan Batu di negeri Sendiri. Bagi kami, dimana langit di junjung disitu bumi dipijak
adalah lebih sesia buat kami kerana ini merupakan bumi ALLAH.
Asalkan Pandai menjaga diri dan menyesuaikan diri lebih baik untuk
mereka yang mahu merantau jauh mencari pengalaman hidup. Emmm sedapnya
dah lama tak pekena
nasi kat Restoran
Ali Baba.










Sedapnyalah Aina Makan.
Aina tak suka kacang
hijau tu.....











Aina sedang asyik
bermain Play Dough. ini merupakan aktiviti nya
selain dari membaca buku.
Semoga anak Ayah
Rajin belajar
hendaknya












Kelihatan Ummi dan Aina
santai semasa menunggu
ketibaan tren di Taipei
Main Station.




Kelihatan Aina berposing di dalam ruang tamu Masjid Grand Mosque Taipei sewaktu Hari Jumaat suatu waktu dahulu.














Kelihatan Ummie dan Aina berposing di Hadapan Restoran Ali Baba di Taipei Branch yang teletak berhampiran 15 minit berjalan kaki dari Songshan MRT Station.






Kelihatan Aina membelakangkan kamera merapatkan diri ke dinding bermotifkan Hello Kitty yang terletak di Taoyuan Airport Terminal, Taipei.







Ummie juga memberikan Pos yang istimewa dihadapan jambangan bunga hidup di laluan siar kaki bagi penumpang yang bakal menaiki pesawat.... Ianya sungguh menarik dan menyegarkan.













Semoga terhibur.

Ikhlas dari kami sekeluarga di Taiwan.

















Saturday, July 12, 2008

Berkelah di Bukit Belacan - May 2008

Pic 1: Kelihatan Kami baru mencelupkan
kaki kedalam air. Tak ler sejuk sangat

Pic 2: Senario didalam kolam. Murshid dan Takim

melepaskan geram.

Pic 3: Emak, Suzita dan Kak Ju

Pic 4: Aina memberikan Pos istimewa

Pic 5: Kak Ju dalam Pos tersendiri. Abang ISA tak

dapat join sebab bertugas.

Sesungguhnya kepulangan kami ke Malaysia, tidak hanya tertumpu kepada urusan-urusan peribadi yang perlu dibereskan. Kami juga sempat meluangkan waktu mengambil kesempatan merehatkan diri dengan mengunjungi perkelahan Bukit Belacan.



Tidak seperti kunjungan kami yang lalu lebih kurang 3 tahun lepas, persekitarannya sedikit sebanyak telah berubah. Suasana nampak lebih bersih dan infrastruktur yang ada nampak lebih baik dan kemas.



Kunjungan kami kali ini juga dihadiri oleh family Adik saya dan Family Kak Ju. Family Zainurin tidak dapat datang kerana tugas.



Bekal kami tak seberapa cuma ada nasi lemak dan sandwich sahaja. Bolehlah tu buat lapik perut sahaja.



Saya beruntung kerana membawa golongan Warga Emas, oleh itu kereta kami dapat masuk terus ke kawasan perkelahan untuk menurunkan mereka. Selepas itu saya meletakkan kereta di Parking yang terletak di luar kawasan sekitar 800meter dari lokasi perkelahan kami.



Suasana dingin dan hening diwarnai dengan bunyi burung, unggas dan serangga menyambut kedatangan kami. Agak ramai juga yang datang kebetulan cuti sekolah.



Air sungai nya jernih dan bebas dari kotoran serta sejuk. Aina terutamanya melepaskan geram dengan bersiap cepat untuk mandi.

Labels:

Wednesday, June 25, 2008

Bercuti di Malaysia 2008 - 15 Anniversary Celebration - siri 2

Pic 1. Aina and the gang
Pic 2. Kami dan Ahli Keluarga Pak Teh Samin Bin Nabi
Pic 3. Kami Sekeluarga bersama Ibu-Ibu kami

Pic 4: Sessi penyampaian cenderamata
kepada KAK JU
Pic 5: Izzah tengah gelak, ada orang SPOT dah ker.
Apapun tahniah berjaya melanjutkan pelajaran lagi

Pic 6. Jeng Jeng Jeng...Kalau muka dah lebih kurang

Serupa tu makna nyer aper? Oh tidak

bukan anak kami, cuma anak buah jer!!!

Pic 7: Gambar kami bersama Ateh Usop & Mak Teh,

Selamat Bersara buat Ateh, tak lama lagi

Pic 8: Jeng3...Abang ZEK macam nak bagi ucapan jer tu

SIlakan...silakan....

Pic 9: Kami bersama keluarga Kak Ju & Abang ISA

Nak dijadikan cerita, saya pun teruslah ke pentas membuat ucapan. Ish-ish macam Celebriti lak... Well! siapalah saya nie, cuma insan yang biasa sahaja. Antara ucapan saya ialah menjelaskan tujuan saya menjemput tetamu memenuhi undangan ke majlis saya ini. Saya juga meminta hadirin semoga mendoakan kesejahteraan saya di rantauan. Maklumlah Taiwan nie banyak juga natural disaster nyer seperti Typhoon dan juga Earthquake. Selain itu tujuan saya merapat silaturrahim sesama keluarga dan juga sebagai tempat berjumpa kerana kalau nak lawat sekelian keluarga kena tunggu Hari Raya baru mampu nak rayau semua tempat.

Alhamdulillah, Majlis kecil saya yang tak seumpamanya ini disudahi dengan sesi Fotografi di ruang Legar Bangunan Perangsang Selangor.

Saya mengucapkan kesyukuran kehadrat ALLAH s.w.t kerana majlis saya berjalan sangat lancar. Alhamdullilah.

Labels:

Saturday, June 14, 2008

Bercuti di Malaysia 2008 - 15 Anniversary Celebration


Grand Pic: Gambar Kami bersama.

Pic 1. Kami bersama keluarga Abang Halim.
(abang Halim pergi tukar baju batik)

Pic 2. Susunan cenderamata buat hadirin dan hadiran sekelian.
Pic 3. Kelihatan Umie berbual dimeja keluarga Pak Teh.
Abang Halim memakai baju Batik Hitam Pic4. Umie mendokong Syabil Hakim.
Shhhh...Ini bukan anak kami yang kedua.
Ini adalah anak adik sepupu kami. Aina suka sangat kat syabil nie...

Telah lebih 100 hari kami sekeluarga kembali ke Taiwan pada 02.02.2008 yang lalu. Perasaan rindu pada keluarga juga memuncak. Maklumlah, biasanya saya yang ada perasaan begini. Semenjak kehadiran Isteri dan anak tinggal bersama saya di Taiwan, keadaan berubah. Kami sekeluargan rindukan keluarga di Malaysia. Walaupun kami biasa neghubungi mereka melalui Syype namun ianya tidak sama
Oleh kerana itu, kami mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia pada 13.05.2008.

Seperti biasa, kepulangan saya ke Malaysia bukan hendak bersantai, rehat-rehat malahan seperti di jangka kami akan melakukan banyak activiti dan menyelesaikan beberapa perkara yang telah saya rancang terlebih dahulu.

Perkara utama yang kami rancangkan sekembalinya kami ke Malaysia ialah untuk menyambut Hari Ulangtahun Perkahwinan kami yang ke 15 serta sambutan Hari Ibu. Sebenarnya di Taiwan lagi saya telah menghubungi beberapa buah Hotel sekitar Shah Alam bertanyakan pakej Hi-Tea. Selepas mengambil kira Kos dan kemudahan pengunjung, akhirnya kami memilih Hotel Quality Shah Alam, di Bangunan Peransang Selangor. Shah Alam dipilih kerana ianya mudah untuk dikunjungi. Saya juga memikirkan kehadiran Pak Teh dan Mak Teh saya serta saudara mara lain yang tinggal di luar Lembah Kelang. Oleh itu Shah Alam merupakan lokasi memang-menang bagi saya.

Sebagai pasangan suami isteri yang telah 15 tahun mendirikan rumah tangga, saya akui masih banyak lagi kelemahan diri ini. Sepanjang kehidupan kami, ribut dan badai tu sekali sekala juga berlaku. Saya tak nafikan yang saya ini juga sekali-sekali tu baran lah juga. Tetapi lepas tu saya cepat cool dan mudah mengaku sekiranya saya yang silap.

Selepas 15 tahun hidup sebagai pasangan suami isteri, memang saya tak boleh nafikan bahawa isteri saya lah yang paling baik buat saya. Biar pun saya selalu katakan bahawa isteri saya mungkin bukan yang paling cantik namun kebaikan beliau mengatasi segalanya. Saya pernah lalui keadaan sukar bersama, sebagai contoh bila saya terlantar di Hospital, beliau sanggup ponteng Kuliah sebab nak jaga saya. So nasihat saya pada adik-adik yang baru kahwin tu, trutamanya para isteri, Sayangilah suami anda semampunya. Tujukanlah pada suami sememang nya anda orang yang terbaik buatnya. Saya sayang isteri saya kerana expectation saya pada isteri tidak tinggi dan isteri pula buat sesuatu beyond the expectation. Sudah tentu saya akan rasa amat berpuas hati. Macam kata-kata P.Ramlee...dlm filem masam-masam manis....Siape yang tak sayang bini Ooiii........................

Persiapan menjelang Majlis kami itu memang kami lakukan dengan lebih awal lagi. Kalau sebelum ini kami menerima hadiah dari jemputan, maka kali ini kami pula membalasnya sebagai tanda terima kasih dengan membelikan cendera hati buat sekelian hadirin tak kira kecil-besar, tua-muda. Saya amat suka suasana kekeluargaan, lantaran itu para jemputan memenuhi undangan saya, kita dapat mersama-sama merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga. Kebetulan jemputan kami tidak lah ramai, sekitar 50 orang dewasa sahaja. Kanak-kanak tidak dikira. Alhamdulillah sekelian ahli keluarga yang dijemput dapat menghairkan diri pada 17.05.2008 bersamaan hari Sabtu. Hari Ahad dipilih kerana mereka mudah datang dan kurang trafik jem.


Pic 5: Kelihatan Keluarga Zainurin. Along dan Imran tiada

dalam gambar.

Pic6: Ikmal (tengah) tengah renung apa tu???
Pic7: Gambar Acik Milah dan Nana
Pic8: Gambar Family Suzita dan Ninie.

Mustakim, Shakira Hani dan Syabil Hakim tiada dalam gambar.

Pic9: Dari kejauhan family Abang Halim dan Kak Normi (Maaf gambar kurang berkuality)

Acara majlis Hi-Tea dijadualkan bermula pada jam 1400hrs. Semua tetamu dapat berkumpul dalam jam 14:30hrs. Acara dimulakan dengan Abang Halim mengambil tempat di Rostrum sebagai Pengacara Majlis.

Abang Halim menerangkan serba ringkas tujuan saya dan Isteri mengundang tetamu atang iaitu untuk sambutan hari Ulangtahun Perkahwinan kami ke 15 dan sambutan hari Ibu.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa selamat dan Tahlil Arwah bagi Allahyarham (Abah) Tuan Haji Sarudin bin Jamin dan Allahyarham (Bapak) Tuan Haji Mohd Yusoff bin Kulop Ambia yang diketuai oleh Pak Teh, Tuan Haji Samin bin Nabi. Beliau dengan nada tersekat-sekat memulakan bacaan Al-Fatihah buat yang pergi. Alhamdulillah sebaik bacaan doa selesai, Pengacara Majlis telah menjemput saya naik ke Rostrum untuk memberikan sepatah dua ucapan. Bersambung....

Labels: