Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, August 24, 2007

Kepulangan Umee ke Malaysia 070825

Apa-apa hal pun Aina nie semua dia nak dulu..yang bagusnya dia berani tetapi kadang-kadang tu agak penakut pulak dia nie...
Bye-Bye Aina...nanti insyaALLAH kita jumpa lagi...Ayah balik Raya nanti yek...jangan nakal-nakal..
Ya ALLAH selamatkan lah perjalanan Umee pulang ke Malaysia...risau juga bila mengenangkan tragedi yang melanda CAL di Okinawa beberapa hari yang lalu...

Entah apalah yang difikirkan oleh Aina nie...

Pemandangan di luar Apartment kami sebelum bertolak ke Taoyuan Airport


Haa...Aina korek hidung yer....tak malu....nanti ayah cakap nenek...

Umee tengah memikirkan rutin harian yang terpaksa dilakukan balik Malaysia nanti......well biasalah tugas jadi PA nie kan ker rumit...tapi ada masyukkk tuuuu...


Aina buah hati Ayah....jangan nakal-nakal yer...and don't bully nenek...nanti ayah beat ...!!!

Gambar kami di dalam apartment sebelum turun ke Lobby

Shhh...Umee nie kalau dalam gambar nampak macam mak Arab??? tapi kalau luar gambar nampak macam..Marjinah....cerita...Alibaba dan 40 penyamun...jangan mare....


Setelah berada lebih kurang seminggu berada di Taiwan sempana cuti sekolah, Umee dan Aina pun kembali ke Malaysia. Apa yang saya rancangkan sebelum ketibaan mereka di Taiwan, setengah tu tak dapat ditunaikan kerana masalah cuaca dan gayat.

Sebenarnya saya bercadang hendak membawa Aina mandi di Kolam Renang Jabatan Bekalan Air Taiwan, namun disebabkan Typhoon SEPAT baru je meronggeng pada 18.08.2007 yang lalu maka cuaca kurang baik kerana sentiasa hujan. Oleh itu tak dapatlah saya membawa Aina mandi manda.......nak jadi Cicakman..katanya....

Selain itu juga, Typhoon SEPAT telah menyebabkan Taipei Cable Car telah digantung operasinya buat beberapa ketika demi keselamatan penumpang. Tambahan pula Umee dan Aina agak gayat untuk menaiki Cable Car ini. So saya terpaksa batalkan saja niat nak ke sana untuk menikmati pemandangan Taipei dari dalam Cable Car.. InsyaALLAH cuti hujung bulan ini saya akan rakamkan pemandangan dari cable car tersebut...

So aktiviti umee banyak kepada ...Shopping... Shopping... Shopping....maklumlah ...puasa nak dekat...lepas tu nak raya pula....apa lagi...Aina lah untung.....dapat beberapa pasang baju Raya yang dibeli dari Taiwan...Lagipun murah jer..Dalam NT100 - RM10.00...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home