Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Thursday, August 23, 2007

Exhibition 3 - Pameran Taiwan Military

Selepas kami melawat pameran Furniture Fair di parcel A dan B, kami terus pergi ke parcel C dan D untuk melihat Taiwan Military Exhibition.Sememangnya bidang ketenteraan merupakan minat saya sejak dari kecil lagi.
Malangnya oleh kerana saya memakai cermin mata semenjak bersekolah darjah 4 maka ia terpaksa saya lupakan. Oleh kerana minat menyebabkan saya selalu membeli majalah perajurit dan Tempur bagi mengetahui lebih dekat lagi teknologi pertahanan dan segala macam asset-asset pertahanan. Saya berharap suatu hari nanti Malaysia mampu untuk menghasilkan Anti Aircraft misile nya sendiri.

Dalam kami melalui celah-celah ratusan pengunjung kami terdengar bunyi tembakan meriam yang berterusan. Apalagi, Aina kecut perut dan berasa takut lalu terus menangis nak balik....Laa...ini yang potong stim nie....Ayah nya nak tengok dia nak balik....

Mulanya hendak juga dia bergambar dengan saya dihadapan APC dan Howitzer. Tetapi selepas Aina terdengar round tembakan dari Tank Simulator terus dia menjerit nak balik...nak Balik.....

Sesuatu yang pasti bagi segala asset ketenteraan Taiwan adalah didalam konsep Self Defence iaitu sama seperti Jepun. Ini kerana sebarang persaingan didalam meningkatkan aset ketenteraan akan menyebabkan negara China berasa curiga dan tergugat. Oleh kerana itu lah Taiwan tidak dibenarkan memiliki F16 serta Tank Abram M1 kerana element ketenteraan tersebut digunakan bagi Attack and assult dan bukannya self defence. Ini adalah feedback dari rakan-rakan Taiwan saya kerana hampir kesemua mereka dikehendaki menyertai National Service selepas tamat High School.

Replika kapal Fast Attack Craft


Model executive plane..kalau dapat satu boleh balik Malaysia selalu..ish..ish..


Fighter Aircraft buatan Taiwan Aerospace technology


Ini pula merupakan unmanned aircraft for Surveillance yang dihasilkan oleh sebuah University di Taiwan


Helicopter aolluette....dulu Malaysia ada Helicopter pepatung nie...buatan Perancis




Gambar ini pula ialah Jet F16...kempunan Taiwan nak kan Aircraft ini...Beli Russian Fighter Jet pun bagus juga macam Malaysia...Sebenarnya pun Fighter Jet US tu pun belum bertemu buku dengan ruas dengan Russia Fighter Aircraft....


Ini lah Aina yang nampak sedikit Cool selepas dapat bergambar dengan kartun Airman nie....



Ini lah saya...kalau muda 20 tahun dulu ..hendak saya join Air Force nie.....tak dapat Pilot jadi pit stop crew tukar tayar jadi ler.....



Taiwan tak dapat lari dari Abang Sulong nya USA....ini termasuklah kenderaan Humvee nie.....nampak jer gempak kena road side bomb jahanam juga....




Ini pula ialah kapal Oceanorgraphy...la macam kapal TLDM KD Mutiara tu....ntah nyer...Wan betul ker???
Saya diberi penerangan oleh AirForce Officer berpangkat Major berkenaan system Telecomunication...Sebenarnya awak tak minat yang nie tapi pasal dah tertanya..so dengar je ler..kang berbulu lak mamat nie....awak nie pun buat-buat faham jer lah..Yes Sir!!!



Tengok lah Aina tu..menangis ketakutan..nak balik..nak balik...


Umee mengambil flyers....



Tengok tu lagi bertambah menjerit Aina bila bergambar disebelah Patung Assault Troopper


Ini pula ialah Air to Air Missile yang dilengkapkan kepada pesawat F16


Gambar kami di hadapan Howitzer



Armoured Vehicle 150mm calibre kot!!! sama macam SIBMAS milik Malaysia jer!!! Pokoknya Malaysia boleh beli macam-macam peralatan tentera yang canggih manggih tetapi kalau poor Maintenance..alamat....jadi scrap iron jer lah.... Kalau saya dapat jadi General kat ATM saya nak jadi Pengarah Logistik dan Maitenance...ikut Style SIEMENS...baru lah peralatan up to date...


Disini pula saya diberi penerangan mengenai Tank Simulator Instructor panel...ia bertujuan memberi latihan praktikal kepada Tank Crew...Best nampaknya cuma tak dapat chance nak masuk dalam simulator...ramai sangat bebudak...





Tank Simulator...lihatlah ramai orang berpusu-pusu nak masuk dalam tu.



PUISI MERDEKA


kemerdekaan negara dicapai melalui tinta


Kegemilangan Negara diraih dengan usaha


Pertahanan Negara dibina demi martabat bangsa


Bangsa maju berkat tekun dan tekad


Ayuh mara ke medan perjuangan


mempertahankan Iman memartabatkan Daulat


Selamat Menyambut Merdeka


Dari hamba yang jauh di Luar negara


Negara ku


Tanah tumpahnya darah ku


Rakyat Hidup bersatu dan Maju


Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan


Raja Kita Selamat Bertahta


Rahmat Bahagia Tuhan Kurniakan


Raja Kita Selamat Bertahta

MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..


MERDEKA...MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home