Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Wednesday, August 15, 2007

Bercuti di Malaysia 30.6.07-10.07.07 no 2

Selain dari menghadiri Sessi Cahsflow 101 di Bandar Baru Bangi. Tidak ketinggalan membawa keluarga saya berkelah di pantai Morib, Banting Selangor. Cerita pasal berkelah nie telah saya ceritakan kepada emak saya. Apa lagi emak saya menyebarkan cerita ini kepada anak buah saya yang dua orang tu, si Murshid dan si Mustaqim Bateman. Melompat kegembiraanlah mereka mendengar berita ini.
Maklumlah mereka bukan sahaja telah kehilangan Daddy mereka semasa mereka masih kecil malah juga baru kehilangan Atuk. Memang kepada sayalah anak-anak buah saya yang Yatim nie menumpang kasih.

Aina kelihatan takut-takut nak turun ke laut. Walaupun dipujuk..Dia cuma berani masa kat dalam kereta. Bila lepas salin baju terus dia senyap jer..







Cuba tengok raut muka Aina. Mungkin dia masih teringatkan ombak besar masa mandi di Port Dickson tahun 2006 dulu....Fobia dia gamaknyer...dah lepas beberapa lama tu lepas pujuk pelahan2 baru dia nak...





Seperti biasa Aina juga suka nak mandi-manda ini. Cuma kali pertama dahulu dia pernah ketakutan kerana ombak besar yang menyebabkan dia terperanjat dan menangis. Tetapi kalau di kawasan berkelah sungai Ulu Yam dia nampak okay jer.

Kebetulan saya tertinggalkan baju mandi Aina di Taiwan. Si Umee nyer kena beli barulah di Malaysia.
Kami sekeluarga dengan dua kereta bertolak ke Pantai Morib. Kami sampai awal dalam pukul 9.00 pagi. Kawasan ini merupakan pantai baru tetapi kawasan pasirnya cantik landai seperti pantai di Port Dikson.
Tidak lama selepas salin pakaian saya terus ke pantai serta diikuti oleh Mustaqim dan Murshid. Rupanya si mustaqim ni penakut air juga ..semuanya nak berpegang. Jenuh juga nak layan dia nie..tetapi selepas beberapa lama bermain digig air baru dia berani sedikit untuk mara kearah saya. Demi keselamatan anak-anak saya nie, saya cuma mandi di air paras pingang saya sambil memerhatikan mereka bermain.

Cuba lihat Aina yang agak penakut kesan dari pengalaman lalu. Cuma bermain dengan pelampung sahaja.

Tapi akhirnya lepas saya pujuk baru dia agak berani. Aina nie terpengaruh dengan filem CICAKMAN. So saya pegang dia buat aksi cicak man yang macam SUPERMAN....tak lama lepas tu baru dia berani masuk ke laut. Itupun lepas panjat dan duduk atas tengkuk saya.


Kelihatan saya, Murshid dan Mustaqim berposing didalam laut. Tenang rasanya mandi laut air Selat Melaka. Kalau mandi Laut Pasifik mau tenggelam saya. Maklumlah ombak dia boleh buat surfing....



Lebih kurang 45 minit dalam air kami naik ke pantai untuk makan. Seperti biasa kami makan sandwich sardin. Makanan kali ni simple sahaja kerana selepas nin saya dah janji nak bawa mereka makan High Tea di Hotel Allson Klana, Nilai disebelah petang.
Di pantai ini juga saya bertemu dengan seorang WAK..lupa pula namanya. Dia merupakan seorang Librarian Fakulti Undang-Undang di UITM Shah Alam. Asal orang JOHOR. Beliau biasa menemankan rakan-rakan masjid memukat ikan di pesisiran pantai. Saya agak janggal pasal laut nie sebaba saya bukan anak nelayan. Tetapi tak sangka juga, memukat di pesisir pantai boleh juga dapat ikan. Tapi tidaklah besar sangat. Dapatlah anak-anak ikan dan ketam. Tapi hari tu tak jumpa kepah besar. Yang ada cuma anak kepah yang menyorok didalam pasir.

Selepas penat mandi kami mencari kepah buat suka-suka. Selepas dapat dua tiga gengam kami pun naik kedarat semula untuk mandi dan membersihkan diri sebelum bersiap untuk ke Hotel.......tungggu...

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home