Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Sunday, December 17, 2006

SPDT 9 - Lawatan ke Taipei Municipal Children Recreation Center - 1a









Tidak seperti selalu kali ini dalam lawatan kami ke Taipei Municipal Children Amusement Center ialah dengan menaiki Keretapi TRA dari Stesen Jhong Li.

Kami tiba dihadapan stesen TRA Jhong Li hampir jam 0900 pagi. Kebetulan lawatan kami ini dibuat jatuh pada hari Selasa yang merupakan Off day saya.

Seperti yang dijangkakan orang masih lagi ramai Stesen TRA menaiki keretapi. Oleh kerana Jhong Li cuma 35km dari Taipei, boleh dikatakan ramai warga Jhong Li berulang ke tempat kerja di Taipei. Tidak hairanlah sekiranya tren penuh sesak.

Pemandangan dari dalam keretapi adalah berbeza dari menaiki bas. Saya terkenangkan suasana bekerja di KTMB dengan pemandangan yang sinonim seperti rumah-rumah kampung, lereng bukit, terowong, sawah ladang dan kebun sayuran.

Gerabak keretapi penuh dengan penumpang, sebenarnya saya tersilap pilih. Sekiranya saya menunggu lebih lama sedikit distesen saya boleh menaiki tren komuter yang lebih luas dan memiliki banyak pintu. Jadi kami mudah bergerak.

Perjalanan mengambil masa selama hampir 1 jam 15 minit. Sememangnya pergerakan tren ini amat perlahan. Mungkin terdapat beberapa lokasi "speed restriction agaknya".

Apabila tren menghampiri stesen terdengar bunyi unik datang dari roda tren apabila melalui sesimpang (turnout). Ini kerana seperti biasa rel yang digunakan dikawasan turnout ini pendek2 dan ianya disambung dengan "Fishplate" ini yang memberikan bunyi berirama unik bagi seorang railwayman.
Setelah tiba di Stesen Besar TRA Taipei, kami berpusu ke Sistem MRT Taipei menuju ke laluan merah untuk ke stesen Yuanshan. Ia berhampiran dengan sebuah stadium lama.

Setelah tiba di stesen Yuanshan, kami berjalan kaki selama 15 minit untuk tiba di Taipei Municipal Children Amusement Center.

Setibanya di pitu masuk kami mula mengambil gambar.

saksikan seterusnya di dalam siri 1b...berikutnya.......

wasalam................

0 Comments:

Post a Comment

<< Home