Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Wednesday, August 15, 2007

Bercuti di Malaysia dari 30.06.07 - 10.07.07 no 1

Asalamualaikum!

Memang lama saya tidak keudara. Ini tidak bermakna saya tiada apa-apa cerita menarik untuk Blog saya ini. Seperti yang sedia maklum, kehilangan seorang Ayah adalah sesuatu yang amat tidak saya jangkakan kerana Arwah berada dalam situasi stabil dan sihat lebih-lebih lagi semasa saya bercuti panjang pada penghujung Januari 07. Beliau nampak gembira dengan kepulangan saya ketika itu dan kami sekeluarga makan angin ke Cameron Highland. Namun saya redha kerana Arwah menemui ALLAH dalam keadaan tenang.

Life has to go on...saya kini memegang suatu amanah besar yang perlu saya pikul. Saya kini menjadi ketua keluarga. Sebenarnya kepulangan saya pada kali ini adalah untuk menjenguk emak, isteri dan ahli keluarga lainnya. Saya kena simpan perasaan sedih dan saya perlu mengembirakan mereka.

Kepulangan saya pada 30.06.07 bersamaan hari sabtu disambut oleh rakan saya MdZaidi Anwar dan Salipon Alipada rakan saya dari E-MAS Sdn Bhd. Saya tiba lebih kurang pada jam 1400hrs. Selepas keluar dari kawasan pemeriksaan bagasi saya terus mencari Zaidi di Balai Ketibaan. Akhirnya saya berjumpa dengan Zaidi di luar pintu masuk Balai Ketibaan. Saya menuju bersamanya kekereta. Rupanya Salipon Alipada juga sedia menunggu disana. Terima kasih kepada kalian yang bersusah payah menjemput saya di KLIA kerana isteri saya kebetulan terpaksa mengajar pada hari sabtu tersebut.
Apa pun kami selepas itu tidak terus pulang ke Puchong, tetapi kami singgah di kedai Nasi Kandar di Nilai. Lupa plak nama kedai tu..Harga kira boleh lah dalam RM40.00 untuk 3 orang makan.

Dalam pada masa tu berjumpa juga dengan beberapa staf E-MAS yang juga makan disana. Sempat juga saya bertanya khabar mereka.

Sebenarnya pada keesokan harinya saya perlu menghadiri sessi Cashflow 101 di Rumah Kelab Bicara Jutawan di Bandar Baru Bangi. Sebenarnya saya menghadiri sessi ini selepas bergiat aktif sebagai forumer didalam forum komunity Bicara Jutawan. saya mengalakkan saudara-saudari serta rakan dan sahabat semua nya menyertai forum ini di sini http://www.bicarajutawan.com/forum/index.php

Forum ini membincangkan pelbagai topik dari kewangan hinggalah kepada topik-topik pertanian, penternakan, akuakultur dan banyak lagi. Forum ini menyarankan kita belajar bagaimana menguasai kemahiran mengendalikan kewangan dan bagaimana untuk meningkatkan wang kita secara betul melalui perlaburan, business dan kemahian menyimpan. Kita juga di beri pendedahan oleh orang-orang yang telah mahir dan lama dalam bidang masing-masing. Tepuk dada tanya selera. Pilih yang terbaik untuk meningkatkan ilmu serta menambah asset kita.



kelihatan En.Pipit (nickname BJ) sedang memberikan penerangan sebelum permainan Cashflow dijalankan.






Keesokan harinya pada 1 Julai 2007 saya bersama keluarga saya bertolak ke Bandar Baru Bangi. Tersesat juga saya nak mencari lokasi Rumah Kelab BJ nie. Kami akhirnya sampai pada jam 9.00 pagi.





Sessi dimulakan pada jam 9.30 pagi. Sebelum itu kami semua diminta memperkenalkan diri masing-masing. Sessi Cashflow 101 ini adalah secara mudahnya ialah permainan seperti Monopoly yang dicipta oleh Robert T.Kiyosaki seorang pakar motivasi kewangan dari US. Namun ianya lebih detail lagi dan kami belajar mengenai cashflow kewangan sendiri. Barulah saya faham sekarang secara lebih mudah. Dulu ada gak belajar Finance tapi haram kok faham...
Saya rasa ini amat menarik dan memberikan pendedahan secara asas bagaimana untuk manage kewangan kita. Disini juga saya bertemu dengan Administrator atau pun Tuan Punya Forum nickname PAKDI. Beliau nampak simple tetapi very intelligent. Rupa ada iras-iras Pak Dude E-MAS.
Sekian.......next..coming soon


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home