SPDT 8 - Lawatan ke Taiwan National Palace Museum





menaiki bas dan seterusnya menaiki
Taipei MRT ke laluan Merah
(Danshui Line)
Perjalanan mengambil masa
selama 10 minit dan seperti biasa
perjalanan sejauh ini dikenakan
bayaran sejumlah NT100.



Sepertimana kita lihat didalam filem-filem purba terbitan Hong Kong, sememangnya Istana ini tersergam indah serta Besar dan Luas. Dipintu masuk lagi kami kami terpaksa meredah beberapa tingkat anak tangga.

Setiba dilapangan kelihatan
disebelah kanan sekumpulan
wanita berusia sedang beriadah
menjalankan aktiviti Tai Chi
sementara disebelah kiri pula
terdapat sekumpulan pemprotes
yang mengedarkan phamplate
berkisah kekejaman negara
CHINA terhadap golongan
Falun Gong.


Dipenghujung lapangan kami menaiki lagi anak tangga untuk kebahagian atas. dan akhirnya kami tiba dipintu masuk galery Museum tersebut. Kebetulan ramai juga para pengunjung yang terdiri dari pelancung domestik dan juga asing. Kami juga berselisih dengan sekumpulan pelancong dari Malaysia.
sesampai disana kami terus memasuki kedai cenderamata museum yang besar dan luas. Ia dibanjiri ramai pengunjung dari Jepun dan Korea. Sesuatu yang menarik disini ialah pihak Museum berjaya mengeksploitasikan barangan cenderamata berbentuk replika barangan antik yang berupa gambar dan lukisan purba CHINA, replika peralatan kebesaran Istana serta pasu-pasu lama. Selain itu dijual juga cenderamata miasa seperti T.Shirt, Mug, Key Chain, buku-buku sejarah CHINA dan juga sutera china sebagai kenang-kenangan.
Jam menunjukkan pukul 1230 tgh, kami pula seterusnya pergi ke cafeteria yang terletak diruang atas museum. Saya memesan hidangan yang berupa kek dan minuman ringan.
Dikaunter layanan yang diberi acuh-tak acuh sahaja oleh pekerja kafeteria. Kata hati saya ialah ape nak dihairankan maklumlah pelayan kafe nya pun dari golongan antik dah tua.........
Selepas itu kami merapati kaunter pertanyaan dan mendapat maklumat mengatakan dibahagian dalam museum sekarang ini menjalani proses pengubahsuaian dan kebetulan banyak bahagian yang ditutup. Oleh kerana itu kami mengambil keputusan untuk tidak masuk kedalam ruang pameran kerana kawasan yang terlampau luas memaksa kami berjalan kaki jauh.
Kami cuma sempat bergambar dibeberapa bahagian Istana sahaja. Mungkin dilain kesempatan selepas siap projek pengubahsuaian insyALLAH saya akan memasuki ruang galeri pameran.
Sekian buat kali ini.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home