Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, December 08, 2006

Legar-Legar sekitar Jhong Li - 1








Sempena musim sejuk ini kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar Jhong Li. Walaupun kami banyak berjalan namun cuaca yang sejuk mengurangkan kepenatan. Cuaca sejuk juga menjadikan suasana yang agak suram. Walaupun mentari menyinar namun ia tidak terik dan waktu ini amat sesuai untuk aktivity outdoor. Ramai warga Taiwan berada di Taman bunga ataupun di kawasan rehat awam sambil berborak-borak. Bagi yang biasa berjogging ataupun senaman Tai Chi biasanya meneruskan kegiatan mereka dengan berbaju tebal.

Di musim sejuk ini pula setakat ini hujan tidak lebat cuma sedikit-sedikit. So kekadang tu mereka tak pakai payung pun. Saya waktu begini agak khuatir juga sebab pengalaman saya sewaktu melawat Austria dan Germany pada tahun 2004 menyebabkan saya berhati-hati khuatir cuaca sejuk menyebabkan saya batuk-batuk.

Alhamdulillah, setakat ini cuaca sejuk tidak menjejaskan kesihatan saya.

Well, di Jhong Li ini kami mengunjungi sekitar kawasan SOGO 2, kawasan Yanping Road dan kawasan berhampiran Jhong Li Railway Station. Disini terdapat banyak kedai-kedai Asean iaitu Kedai serbaneka Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Yang paling happening ialah komuniti Thailand. Kat sini pun ada Thai Disco...dasyat juga tapi tak lah sehebat Haadyai.............

0 Comments:

Post a Comment

<< Home