SPDT 7 - Lawatan ke 101 Tower










Assalamualaikum w.b.h.
Adalah sesuatu yang tidak lengkap apabila menjejakkan kaki ke Taiwan tanpa mengunjungi 101 Tower yang merupakan bangunan tertinggi di dunia setakat ini. Dengan ketinggian 508 meter ia menjadi mercu tanda tertinggi yang tesergam indah di tengah-tengah Kotaraya Taipei.
Kami mengunjunginya pada hari Khamis 29.11.2006. Seperti biasa kami menaiki bas dari Zhong Li dan menaiki teksi ke Tower 101 dari Taipei Bus Station.
Cuaca sememang mula sejuk. Dengan suhu 18 darjah celcius serta berangin menjadi kami lebih teruja.
Menurut catatan;
1. 101 Tower memiliki lif terpatas didunia berkelajuan 1,010 meter seminit.
2. Ia memiliki suatu penstabil bangunan berbentuk bebola seberat 660 metrik ton.
Sememangnya konsep pembinaan menara ini sama seperti Menara berkembar Petronas bilamana ia terdiri dari sebuah bangunan komersial yang bersambung dengan menara. Bagi saya aktivity bangunan di Petronas Twin Tower lebih happening kerana sistem Putra LRT melalui bersebelahannya yang membolehkan ia senang untuk di kunjungi.
Walau bagaimanapun saya suka suasa Medan Cafe nya yang luas. Lihatlah didalam gambar.
Tiket masuk untuk naik ke ruang observatory adalah sebanyak NT350. Aina bernasib baik masih percuma. Perjalanan menaiki lif terpantas ke tingkat 89 ialah selama 46 saat.Tak terasa goyangan atau buaian lif tersebut.
Kebetulan setibanya kami ke ruangan observatory, terdapat pameran seni ukiran dari Emas. Sememangnya cantik dan tak ternilai harganya. Semuanya dalam nilai Puluh juta hingga Ratus juta NT dollars.
Diruang observatory yang boleh memberikan sudut pandangan 360 darjah yang baik. Kebetulan cuaca juga cerah dan langit terang membolehkan kami merakamkan beberapa gambar Kotaraya Taipei dari situ.
Di ruang ini juga kami sempat bergambar sebagai endorsement/pengesahan yang kami telah sampai secara resminya ke 101 Tower. Sila lihat gambar.
Adalah sedikit saya membeli buah tangan seperti Cap dan mug sebagai kenang-kenangan.
Semoga anda berpuas hati.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home