Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Friday, December 22, 2006

SPDT 9 - Lawatan ke Taipei Municipal Children Recreation Center - 1b











Setibanya di pintu masuk, saya membeli tiket di kaunter. Bayaran berpatutan , cuma NT30 untuk dewasa. Tentunya untuk Aina masih percuma.
Masuk sahaja kami melepasi checkpoint , apa lagi melompat-lompatlah aina kegembiraan dan merengek nak naik itu dan ini.
Tak pula kami sangka ramai pengujung yang datang terutamanya kanak-kanak sekolah yang berpakaian ko-kurikulum untuk menjalankan activity disini.
Mulanya kami sangka sekarang ini adalah mesim cuti sekolah. Well. sebenarnya tidak..Setiap hari Selasa, sekolah di Taipei mengadakan aktiviti luar dan ini dilakukan secara bergilir-gilir dari satu kelas ke satu kelas.
Pada hemat saya bagus juga cara ini kerana kanak-kanak sekolah berpeluang beriadah bersama-sama rakan sebaya dengan kawalan guru sekolah mereka.
Suasana didalamnya cantik dengan dihiasi oleh pokok-pokok pelbagai jenis yang juga menjadi pelindung kepada pengunjung.
Disinilah terdapatnya banyak alat permainan yang sememangnya menjadi keseronokan kanak-kanak. Bayaran untuk menaiki setiap permainan cuma NT20.00.
Kami tidak melepaskan peluang, mulanya kami mwnaiki cawan berpusing. So merasalah saya naik benda nie akhirnya kerana kat Malaysia cuma ade kat Genting sahaja.
Semasa cawan berputar rasanya Aina tak pula rasa gayat ke...tapi menjerit-jerit keseronokan.
Selepas habis cawan, Isteri saya cuba pula menaiki cawan berputar bersama aina. Rasa nak muntah kata isteri saya sampai kecut perut kerana free fall dari pergerakan buaian cawan tersebut. Terdudk dan peninglah juga isteri saya dibuatnya.
Saya dan Aina meneruskan aktiviti menaiki tren. Bolehlah juga tren yang boleh memuatkan 10 penumpang sekali masuk bergerak berlegar mengelilingi kawasan taman dan memasuki kawasan gua.
Lepas tu kami naik pula kincir besar (Tahapakenamanyer) dapatlah saya snap gambar 101 tower dari kejauhan.
Tak habis disini kami pergi pula kekawasan bahagian lebih dalam menaiki Ferries go Round (Kuda pusing).
Selepas itu kami berehat dikerusi sambil menikmati nasi goreng yang dibawa dari rumah. Lain-lain pengunjung siap bentang tikar makan bersama-sama ahli keluarga.
Saya bersetuju sekiranya sebuah pusat rekreasi yang dikawal selia oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur khas untuk kanak-kanak bawah 12 tahun (Remaja) disediakan. Dengan cara ini pihak sekolah dapat menjalan aktiviti riadah mereka dengan selamat serta mempunyai kemudahan asas bagi program orienteering, maju diri, bina semangat.
Akhirkata, Aina seperti biasa menangis kerana nak main lagi. Apa nak kata kami pun dah kepenatan melayannya bermain sehingga pukul 3 petang. So kami pun pulang ke Jhong Li dengan rasa kepenatan seluruh badan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home