Bercuti di Malaysia 30.06.07-10.07.07 no 3
Selepas sahaja kami selesai mandi dan mengemaskan barang-barang semasa berkelah di Pantai Morib tu kami terus menuju ke Hotel Allson Klana. Jam menunjukkan pukul 11:30 pagi. Masih awal lagi. Kebetulan dalam perjalanan kami singgah di tepi jalan membeli ikan segar.
Disepanjang jalan menuju pekan Banting dari Pantai Morib terdapat beberapa gerai menjual ikan segar. Harga boleh dikatakan berpatutan. Adalah beberapa jenis ikan yang isteri saya beli untuk emak dan adik saya sekali.
Mustaqim menaiki kereta saya. Saya tanya seronok ker mandi laut tadi. Mereka melompat kegembiraan kerana seronok. InsyaALLAH nanti kalau ayah balik lagi ke Malaysia kita pergi berkelah lagi...kali nie di air terjun lah pulak....Ulu Yam lagi ler gamaknyer... best sebab airnya jernih dan bersih.
Sesampai di Cafe Allson Klana, kaum-kaum ibu dan budank terus mencari tandas. Maklumlah nak mengosongkan perut. Nie banyak benda yang nak dimakan. Maklumlah anak-anak buah saya nie jarang dapat peluang makan sebegini sebab mereka ini dikawal pemakanannya. Kalau tidak ibarat tong ikan lah badan anak-anak buah saya yang montel nie. So mommy mereka memang strict contol pasal pemakanan bagi mereka megalami masalah obesiti. Well siapa yang boleh lawan cakap Misi. Maklumlah mommy merupakan ex Staff Nurse di Tawakal dulu....
Kelihatan saya tengah start nak makan.
Saya kalau time makan sebegini memang saya bedal cukup-cukup. Maklum lah ni kira kebulur makanan Malaysia lah nie. Di Taiwan saya kena kontrol makan kerana sekatan makanan. nak cari makanan Halal bukan sahaja sukar sedikit tetapi mahal juga harga. Saya lihat di Carrefour, JhongLi City, harga ayam seekor/ayam cucuk adalah dalam NT158 ataupun -+ Rm15.80 sen. Tapi ayam halal jual di masjid Taipei lebih kurang NT300 - NT320. Lebih kurang sekali ganda mahalnya dari ayam cucuk. Kelihatan nenek sedang memberikan tunjuk ajar kepada cucu-cucu nya.
Umee sedang mengambil gambar kami. Umee juga tidak ketinggalan. Walaupun berdiet, pasal makan free nie kena lah makan betul-betul kalau tidak nanti saya juga yang rugi. Bayar mahal tapi tak de orang pulak yang nak makan.
Kelihatan umee sibuk melayan kerenah Aina. Maklumlah Aina nie kalau bab makan sampai comot mulut dan baju. Biasanya lengan baju menjadi mangsa lap mulut.
Lagi satu Aina nie dah boleh makan beraneka citarasa. Makanan pedas dah boleh sedikit2. Nasi juga menjadi kegemarannya. Apa lagi kalau budak2 nie dapat makan ice- cream. Mak bapak lalu pun mereka tak perasan.
Akhirnya selepas kekenyangan yang amat sangat, kami pun pulang. Budak-budak tu terasa sangat happy dan minta datang lagi lain kali. So saya seperti biasa sebagai motivasi, kalau rajin belajar nanti Ayah bawa lagi. Alhamdulillah pelajaran anak2 buah nie sangat meningkat dan mereka cepat menangkap ilmu diajar guru. Agaknya berkat mereka nie merupakan anak Yatim. ALLAH mempermudahkan kehidupan mereka walaupun mereka kehilangan kasih seorang ayah. So..sayalah yang jadi galang gantinya sebagai tempat mereka bermanja..
alangkan saya yang dah berumur ni pun rasa kehilangan apatah lagi budak2 seperti mereka.....
Akhirnya pada hari Selasa 10.07.07 saya pun kembali ke Taiwan dengan rasa gembira dapat bercuti bersama-sama ahli keluarga. InsyaALLAH Hari Raya nanti saya akan balik ke Malaysia dalam 2 minggu. Boleh lah saya datang menziarahi sanak saudara semua...
Ish..ish...puasa dah nak dekat....
0 Comments:
Post a Comment
<< Home