Keletah Aina di Taiwan






Aina adalah yang paling gembira sekali bila berada di taiwan. Pertama kerana di dah lama tak jumpa saya. Yang kedua saya kalah dengan budak-budak. Maklumlah dah lama berjauhan. So saya turutkan ape kehendaknya. kalau dengan isteri saya tu jangan haraplah nak dapat itu dan ini.
Di Taiwan nie saje banyak juga saya berhabis untuk Aina. Antaranya belikan Hello Kitti yang besar dan toys untuk dia. Pakaian tak payah cerita. Umee nye belikan tah berapa pasang.
Saya bawa dia naik kereta/motor fun fair, bawa main play ground dan macam-macam lagi. Maklumlah isteri saya kata dia akan menjerit...ayah...ayah..ayah..bila isteri saya pasangkan tape VCR rakaman-rakaman yang lalu seperti, majlis akikahnya, berkelah di Ulu Yam dan sebagainya.
So post yang kali ini saya buatkan khas untuk Aina, buah hati ayah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home