Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Monday, August 18, 2008

Candid 2008 - Aktiviti Kami di Taiwan


Salam, Sebenarnya terlalu banyak aktiviti yang boleh kami muatkan di dalam BLOG ini. Namun demikian kerana kesibukan tugas dan juga kegiatan aktiviti hujung minggu kami menyebabkan BLOG kami dikemas kini mengikut aktiviti yang penting dan menarik sahaja.
Demi memberikan pengunjung BLOG kami sedikit kelainan, kami paparkan CANDID 2008 demi tatapan anak buah, saudara dan rakan taulan kami yang kami rindui sentiasa.
Memang tidak dapat dinafikan, Hujan Emas dinegeri Orang, Hujan Batu di negeri Sendiri. Bagi kami, dimana langit di junjung disitu bumi dipijak
adalah lebih sesia buat kami kerana ini merupakan bumi ALLAH.
Asalkan Pandai menjaga diri dan menyesuaikan diri lebih baik untuk
mereka yang mahu merantau jauh mencari pengalaman hidup. Emmm sedapnya
dah lama tak pekena
nasi kat Restoran
Ali Baba.










Sedapnyalah Aina Makan.
Aina tak suka kacang
hijau tu.....











Aina sedang asyik
bermain Play Dough. ini merupakan aktiviti nya
selain dari membaca buku.
Semoga anak Ayah
Rajin belajar
hendaknya












Kelihatan Ummi dan Aina
santai semasa menunggu
ketibaan tren di Taipei
Main Station.




Kelihatan Aina berposing di dalam ruang tamu Masjid Grand Mosque Taipei sewaktu Hari Jumaat suatu waktu dahulu.














Kelihatan Ummie dan Aina berposing di Hadapan Restoran Ali Baba di Taipei Branch yang teletak berhampiran 15 minit berjalan kaki dari Songshan MRT Station.






Kelihatan Aina membelakangkan kamera merapatkan diri ke dinding bermotifkan Hello Kitty yang terletak di Taoyuan Airport Terminal, Taipei.







Ummie juga memberikan Pos yang istimewa dihadapan jambangan bunga hidup di laluan siar kaki bagi penumpang yang bakal menaiki pesawat.... Ianya sungguh menarik dan menyegarkan.













Semoga terhibur.

Ikhlas dari kami sekeluarga di Taiwan.

















6 Comments:

Blogger sisanizu said...

Assalamualaikum Encik Suhaizee.
Saya dapat tawaran mengikuti kursus selama 2 minggu di National Central University, Jhongli City, Taoyuan County 320 Taiwan pd 6 hingga 18 October2008. Sy tidak pernah ke sana dan risau mengenai makanan halal kat sana. Penginapan dan penerbangn ke sana di taja. Hotel yg disebut adalah 'Park Hotel'kat 10F , No.51 Jhongjheng Rd. Chungli City. Boleh encik beri saya info tambahan atau mcm mana keadaan di sana, terima kasih sangat2!

9:18 PM  
Blogger Suhaizee Sarudin said...

Walaikum salam,
Termakasih kerana sudi mengunjungi laman Blog saya ini. Buat Saudara/i sisanizu, persoalan makanan memang jadi masalah bagi kita orang islam. Kami pernah tinggal di JhongLi City. Bab makan, boleh pergi Macdonald, KFC tapi minta Fish Burger atau Fries je lah. Kalau tak silap saya Park Hotel terletak tidak jauh dari Stesen Keretapi TRA JhongLi. Seandainya anda berdiri mengadap keluar bangunan Stesen Keretapi itu. Pergi arah kanan, ikut susur tepi melalui teksi2 yg berbaris, dalam jarak 80-100 meter ada satu gerai jual makanan Halal yang diusahakan oleh Wanita Muslim taiwan. Petunjuknya ialah tanda halal dan kad surah Kursi ada tertampal pada cermin display. Makanan disediakan ala Cina. Kalau sewaktu breakfast waktu pagi, boleh makan Roti dan bubur nasi di Hotel tersebut. boleh makan dengan telur masin dan kicap. Boleh tanya pelayan restoran tersebut.

Waktu jumaat boleh pergi Masjid Long gang, saya rasa tak jauh dari University tersebut. Di Masjid ada jual makanan halal.

sila rujuk di sini http://www.taipeimosque.org.tw/mosque/pages/othermosques.html

Long gang Mosque
No.216, Lungdung Rd., Jungli City, Taoyuan, Taiwan 320
TEL:(03)4561234

P/S: Harap awak tidak tergelak waktu Imam baca surah masa solat Jumaat....(Kalau ada sorang imam Taiwan tu baca)...yang nie sorang agak berbeza sikit bacaannya...Pss..macam skrip opera china..shh....

10:25 PM  
Blogger sisanizu said...

salam encik. Sy ni perempuan, jd sy tak pegi lah kot semayang jumaat kat taiwan sana. sy dh tempah tiket ke international airport taiwan. Boleh sy tahu di mana sy boleh dptkan jadual waktu solat kat sana untuk buln oktober.mintk bantuan dr encik.. apa ye yg penting yg perlu sy bawak ke sana? ttg makanan National Central University sediakan makanan, sy dh request mknan halal without pork and liquor. mintak seefood je kalau bleh. insyaAllah ok..

12:01 AM  
Blogger sisanizu said...

sbb sy dpt dr intenet waktu solat di teipei tak sama ngn taoyuan..ikut yg touyuan ek..kat sana bulan oktober musim ape ye

9:39 PM  
Blogger Suhaizee Sarudin said...

Selamat datang ke Taiwan ROC. Sekarang nie musim panas. Oleh itu ramai yang pakai singkat dan sendat. Sampai nampak aurat bukan lah nak ngumpat. Kebetulan culture dan juga adat. Kita disini pun apa nak buat. terlihat sana sini, buat jer lah sembahyang taubat.

Semoga kehadiran saudari ke bumi Taiwan memberikan satu pengalaman bermakna, perbezaannya antara China Malaysia dengan Taiwanese. Suatu bangsa berlainan mentaliti.

1:50 AM  
Blogger sisanizu said...

salam encik. sy sekarang sudah seminggu berada di taiwan, dalam kampus NCU,jhongli. Tak jadi tinggal kat park hotel.tinggal dlm guste house dalam kampus je. buat mase ni sy makan makanan pure vegetarian di sini. disamping bekalan gulai ayam segera dari malaysia.Besok akan tour di sekitar taipei. Mahu lihat barang2 yg boleh di bawa pulang sbg cenderahati kat keluarga di msia...

8:15 AM  

Post a Comment

<< Home