Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Wednesday, January 09, 2008

Tahun Baru...Rumah...Baru....Dot..Dot..Dot..baru...

Kelihatan ruang dapur yang kosong. Walaupun agak lama tetapi bagi saya kira "Malaysia Boleh". Cukuplah sekadar yang ada. Nanti bila isteri saya tiba, pandailah beliau solek kan bagi nampak cantik dan bersih.

Pemandang ruang depan rumah yang agak besar walaupun kosong. Cukuplah ini bagi kami sekeluarga. Kami tak perlukan sangat Apartment yang Moden tapi tak gunakan dengan sebaiknya.
Shinkansen 700T ini akan menjadi pengangkutan utama ku ke tempat kerja. Selain itu Taipei Metro juga penting membawa ku ke Taipei Main Station. Memang diakui Taipei Metro salaha satu Metro yang paling reliable in the world.

Ini adalah bilik no 2. Sesuai untuk Aina bagi menempatkan katil bujang.

Kelihatan pemandangan di hadapan Stesen Dingxi Exit no 2. Ada Dunkin Donut, McDonald dan KFC. Jadi mudah lah kami kalau nak makan fish burger dan donut sekali sekala bila dah jemu makan makanan malaysia.

Asslamualaikum,


Tahun 2008 ini membawa perubahan besar dalam kehidupan harian saya. Sempena tahun baru ini tak lama lagi saya akan berpindah ke rumah baru (Actually Apartment Lama) yang terletak di Taipei, di kawasan Jonghe City. Jarak antara rumah dan Taipei Metro stesen Dingxi (laluan Orange) cuma 15 minit berjalan kaki. Sementara itu jarak antara Stesen Dingxi dengan Taipei Main Station cuma 10 minit sahaja. Tambang cuma NT16 dollars lebih kurang RM1.60sen.


Keputusan berpindah ini diambil apabila contract saya InsyAALAH akan disambung lagi dan saya akan membawa keluarga saya tinggi di Taiwan sehingga penghujung contract saya nanti. Tambahan pula banyak kemudahan yang terdapat di Taipei ini berbanding dengan JhongLi City.


InsyaALLAH, keluarga saya akan tiba di Taiwan dalam pertengahan bulan February iaitu selepas sahaja cuti perayaan Tahun Baru Cina nanti.


Sekarang ini tengah sibuk mengemaskan barang. Kalau dulu pada tahun 2006 saya masuk ke apartment dengan 2 beg pakaian, 1 beg sandang dan 2 kotak.


Tetapi sekarang ini ia dah beranak menjadi berkotak-kotak.....maklumlah semua pekakas elektrik terpaksa dbeli..


So Isteri saya terpaksalah bercuti tanpa gaji selama tempoh bersama saya di Taiwan. Anak saya Aina pula gembira sakan bila dapat tahu perkara ini.


Oleh yang demikian jawatan PA, terpaksa saya serahkan kepada adik saya yang berada di Kepong Baru.


Apartment baru ini tak lah besar sangat. ianya kosong dan tanpa apa-apa furniture. yang ada cuma Katil dan TV saja. Oleh itu saya terpaksalah membeli beberapa peralatan lain seperti Mesin Basuh, Fridge dan dapur masak. Lain-lain peralatan telahpun saya beli sejak di JhongLi lagi.


Mudah-mudahan hidup di Taipei lebh mudah lagi. Bagi saya, terpaksa berulang-alik ke pejabat dengan menaiki Metro dan sambung dengan 700T shinkansen ke Taoyuan station untuk ke OMC dari Taipei Main Station.


Oh yer yang sebenar nya...Dot..Dot..Dot.. itu ialah suasana baru dan tuan rumah yang baru..Tak tahu lah pulak feel mereka nie lagi entah lawa, entah cerewet dan sebagainya.


Saya mengucapkan Selamat Tahun baru Hijrah 1429....buat anda semua.....Semoga ALLAH melimpahi rahmatnya kepada anda sekelian..Amin..

Labels:

Thursday, January 03, 2008

Hari Raya Open House 2007 (2)

Pic 1. Kelihatan Mak su Zila dan anak-anak. Si jantan besar tu Hafiz, anak Kak Ju.Tahniah buat Nisa (Baju belang merah) kerana memperolehi 8A dalam peperiksaan PMR lalu.

Pic 2. Masih kah kau ingat?? Dari kiri, Saya bersama Radzi, Ridwan Ikhlas dan Mohd Amin.Terima kasih kepada mereka yang sudi datang ke rumah saya nie...Member lain yang tak hadhir kena Qadha datang open house 2008...InsyaALLAH....
Pic 3. Kelihatan anak-anak yatim lelaki dari Rumah anak2 yatim Limpahan Kasih Puchong sedang menjamu selera.
Pic 4. Kelihatan Keluarga Pak Teh Samin (Berkopiah Putih) bersama anak cucu sedang menjamu selera.
Pic 5. Tu dia agenda BBQ ayam telah pun bermula. Hari tu kami pasang 3 dapur BBQ. 2 untuk ayam dan 1 untuk daging dan kambing.
Pic 6. Murshid Bateman, anak buah saya yang menjadi sangat rajin pada hari itu. Maklum lah dah besar..
Pic 7. Kelihatan jemaah surau bersama sanak saudara meyempurnakan bacaan Yasin dan doa untuk Arwah abah. Inilah sahaja serba sedikit sumbangan kami yang hidup buat abah di sana. Semoga ALLAH sentiasa merahmati abah di alam barzah....
Pic 8. Alhamdullilah Jiran2 kami di Bandar Seri Ehsan juga memenuhi undangan kami. Kelihatan Abang depan rumah (baju stripe hitam putih) bersama-sama dalam majlis tahlil kami.
Pic 9. Kelihatan dari kiri Pakcik Razali. Teman setia Abah semenjadi dari rekrut lagi. Mak Ngah Inab & Pak Ngah Mail. Ateh Usop pula sendang membaca akhbar.
Pic 10: Entah apa yang diborakkan oleh emak dan Pakcik Razali. Kebetulan Makcik Mahyun sakit tak dapat datang. Alhamdulillah sebelah petang sebelum maghrib Kemai dan Suaminya datang ke rumah beraya.

Sebenarnya memang ramai yang saya jemput untuk hadir ke Majlis Rumah Terbuka saya ini. Lebih-lebih lagi saya menjemput hampir kesemua bekas rakan-rakan setugas saya dahulu dari KTMB, Star LRT (Rapid KL), E-MAS Sdn Bhd dan juga termasuk kenalan MIM dan THORA program.Namun kedatangan agak sedikit mengecewakan saya. Namun begitu saya tetap terhibur dengan kehadiran wakil-wakil syarikat seperti Mohd Ridzuan Mohd Ikhlas dari Monorel Malaysia. Isteri beliau, Laa dah lupa plak nama nyer...dari STAR LRT (Rapid KL), Mimi dan husband beliau dari E-MAS Sdn Bhd dan dua kenalan lama Mohd Radzi Abdul Latiff dan seorang lagi kenalan,Mohd Amin..name nyer....





Labels:

Tuesday, January 01, 2008

Happy New year 2008

Assalamualaikum,


HAPPY NEW YEAR 2008

Semasa New year eve, Saya sebenarnya bekerja Night Shift di OCC. So memang ler sempat tengok count down life di TAIPEI 101 Tower di TV. So for Taiwanese, mereka memang excited. Dentuman bunga api dari menara 101 memang cantik.

Bertanya tentang azam, bagi ku tiada yang istimewa melainkan dengan memastikan azam tahun baru Hijrah - Awal Muharram ialah hendak meningkatkan iman dan takwa selaras Al-Quran dan Hadis. Cheh...mudah nya sebut....mudah-mudahan di permudahkan ALLAH.

Dugaan memang banyak di Taiwan nie. Maklumlah kita seolah-olah bebas dari kongkongan dan tak siapa yang larang kerana anak isteri bukannya tahu. Apa yang tiada di Taiwan nie dari Disco hinggalah ke pusat perjudian. Boleh cair kita dibuatnya. Hanya Iman dan takwa sahajalah yang menjadi pendinding kita agar sentiasa patuh dan bertindak tidak diluar batasan Syarak.
Syukur Alhamdulillah, ALLAH sentiasa memerhatikan saya dan sentiasa memberikan bantuan ketika mana saya memerlukan. Dalam banyak keadaan ianya berlaku pada diri saya....Ku panjatkan kesyukuran hanya buat mu ALLAH zat yang menguasai alam ini........
Semoga ALLAH memudahkan hidup saya di perantauan ini sepanjang kontrek saya bersama THSRC.
Selamat maju jaya saya ucapkan kepada Para Sahabat dan rakan taulan yang mengenali diri ini. Semoga silaturrahim di antara kita akan sentiasa segar hendaknya.....Wasalam.

Labels: