Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Sunday, October 01, 2006

Antara Dua Darjat




Assalamualaikum wbh.

Bertemu kembali di laman blog saya.

Saya pasti anda mungkin tertanya-tanya apakah pula cerita saya kali ini. Adakah saya ingin mengulas kisah P.Ramlee didalam Filem Antara Dua Darjat, iaitu perkisahan cerita Ghazali dan Tengku XXXX.

Sebenarnya tidak................jangan salah sangka. Apa yang saya ingin ceritakan ialah kisah perbandingan diantara Sistem THSRC dengan TRA (Taiwan Railway Administration) atau seperti ERL dan KTMB lah katakan.

Sememang nya seperti langit dengan bumi jauhnya perbezaan sistem perkeretapian di Taiwan ini.

Sebenarnya pada 27hb September lalu, saya berpeluang menjejakkan kaki buat pertama kali kesemua stesen dan Depoh didalam sistem THSRC. Saya mewakili THSRC bersama-sama main contractor TSIEC dan rakan supplier lainnya seperti Mitsubhisi, Toshiba dan Hitachi membuat station equipment inspection. Kami mengambil masa 3 hari untuk menghabiskan keseluruhan pemeriksaan tersebut.

Kami memulakan pemeriksaan ke Stesen Panchiao. Kami memeriksa semua peralatan seperti Universal Console yang terdiri dari subsistem ( ARS/TD, Automatic Diagram System, Temporary Speed Restriction System, Individual Turnout Operations, SCADA for power supply interface, Common Event Database System, Plant Monitoring Control, Train Informatin System di Panchiao Station Control Room. Disamping itu saya juga memeriksa Communication Console yang terdiri dari Subsystem, TEL, Radio, PA System, Platform Information System dan CCTV.

Objektif pemeriksaan ini adalah bertujuan memastikan Equipment readiness prior revenue service yang dijangka bermula pada 31hb Oktober ini.

Selepas saya menghabiskan hari pertama, pemeriksaan cuma dilakukan setakat Depot Luchia Maintenance base sahaja. Saya terkejut besar apabila tiba distesen Hsinchu. Stesen ini merupakan stesen Viaduct. Apa yang memeranjatkan saya ialah saiz stesen tersebut adalah 2-3 kali ganda stesen ERL Salak Tinggi. Structure viaduct nya besar hampir dua kali ganda lebar dari ERL system.

Stesen ini pula selain saiznya yang besar juga dibina dengan ciri-ciri "State of Art" tersendiri. Sebahagian dari rekabentuk stesen ini diperolehi dari pertandingan rekabentuk stesen yang dianjurkan oleh pihak THSRC semasa peringkat awal dahulu.

Pada hari kedua, kami pergi ke stesen Taichung, kali ini menaiki Sinkansen dari stesen Taoyuan. Stesen Taoyuan ini terletak bersebelahan dengan Operations Maintenance Center, dimana terletaknya OCC.

Pertama kali selepas 3 bulan lebih saya bekerja di THSRC, saya berpeluang menaiki Sinkansen ini. Sememangnya mengagumkan apabila tren memecut pada kelajuan maksima 300km/h. Saya rasakan bahagian saloon/car nya lebih luas dari tren biasa. Ini kerana konfigurasi tempat duduk bagi kelas biasa ialah 3 + 2 seats setiap baris. Dan laluan ditengahnya masih luas dan selesa.

Pemandangan diluar amat menarik sekali. Sememangnya pembangunan di Taiwan amat seimbang diantara pertanian dan Sektor Industri. saya dapati sawah padi saujana mata memandang disebelah kiri dan kanan laluan THSRC. ladang-ladang sayuran dan buah-buahan menghijau menjadikan hati saya sayu mengenangkan suasana kedamaian dikampung. maklumlah tambahan pula kita sedang berpuasa dan kebiasaannya bila Aidilfitri mengunjung tiba sudah tentu pulang ke kampung menjadi kemestian warga Kota untuk memeriahkan Aidilfitri.

Jadi saya tak lah rasa terlalu asing kerana suasana di Taiwan ini hampir serupa dibandingkan dengan malaysia. Cuma di malaysia, disebalik keluasan sawah padi yang saujana mata memandang, tersergamnya rumah-rumah kampung dipagari pokok kelapa. Tetapi di taiwan ini pula rumah kedai atsu rumah ladang memenuhi lanskapnya.

Selepas melawat stesen Chiayi iaitu stesen yang hapir keselatan bahagian Taiwan yang jaraknya 250km dari Taipei, saya menghabiskan lawatan ke stesen Tsoying. Stesen ini terletak di Kaohsiung iaitu bandar kedua terbesar di Taiwan. MasyaALLAH, punyalah besarnya stesen ini. Ia boleh dikatakan 3 kali besarnya dari Stesen LRT Bukit Jalil. Ia terdiri dari 6 platform dengan 3 tingkat. Saya rasakan seolah-olah seperti lapangan terbang sahaja layaknya. Tidak hairanlah budget THSRC untuk membangunkan projek ini berjumlah USD20 billion dollars ataupun RM72 billion .

Bayangkan sahaja bil api untuk kemudahan hawa dingin, eletrik dan lain-lain sistem sokongan yang perlu dibayar.

Pada hari ketiganya saya melawat stesen Tainan. Design stesen ini sama dengan stesen Chiayi. Setibanya di stesen ini saya teringatkan perang vietnam. Saban masa sekelompok helikopter tentera Taiwan berlegar-legar diudara. Rupa-rupanya, Stesen ini dibina berhampiran dengan markas unit helikopter tentera darat taiwan. Kelihatan beberapa heikopter huey dan Chinook berlegar-legar diangkasa. itu yang teringat vietnam war tu..........maklumlah saya memang meminati cerita perang tetapi bukannya PERANG.....

Well....perbandingan antara dua darjat ini bermula apabila saya terperangkap di stesen Chiayi dalam perjalanan kembali kerana trial run operations tamat agak awal dari dijadualkan kerana mereka baru sahaja selesai Operations Drill ( train on fire).

So saya tiada kenderaan untuk pulang ke Chungli. Oleh kerana tiada pilihan lain, setelah menghubungi Boss saya, Christoph, saya pergi ke bandar Chiayi dan balik ke Chung Li menaiki keretapi TRA.

Stesen keretapi TRA stesen Chiayi ini hanyalah sebesar stesen KTMB Gemas. Tiada apa yang menarik distesen yang berumur mungkin sekitar 60 tahun ini. Bumbung platformnya seperti bumbung platform Stesen KTMB Tanjung Pagar, Singapura. Tiada PIDS untuk penumpang. Segalanya adalah manual sahaja.

Tren nya terdiri dari intercity tren yang berkelajuan 100km sejam serta tren komuter yang sedikit berusia dari KTM Komuter.

kakitangan TRA kebanyakannya telah berusia dan kurang mesra berbanding THSRC yang menyediakan kakitangan wanita yang mesra dan mudah tersenyum melayani penumpang.

Inilah yang dikatakan antara dua darjat bila mana perjalanan pulang saya dari stesen TRA Chiayi mengambil masa 2 jam 50 minit untuk sampai ke stesen Chung Li. manakala bila mengunakan THSRC Sinkansen ia cuma mengambil masa 1 jam bagi perjalanan yang sama.

Namun begitu, saya pasti pembinaan sistem ini mampu meransang ekonomi domestik taiwan kerana boleh dikatakan sambutan pengguna yang menaiki keretapi amat menggalakkan. Saya pasti sistem THSRC bukan merupakan satu projek gajah putih. lebih-lebih lagi berikutan ancaman penganas, menyebabkan langkah keselamatan pengangkutan udara yang lebih ketat menjadikan penumpang tidak selesa dan pasti sistem THSRC memberikan alternatif terbaik kepada ahli perniagaan serta orang perseorangan yang mementingkan masa.

Tambang yang relatifnya murah dari Kapalterbang (Bukan Budget Carrier) pasti menjadikan THSRC suatu pilihan yang meyakinkan pengguna.

So..sekian dulu celoteh saya kali ini semoga bertemu dilain waktu....

Wasalam,

Suhaizee sarudin.

1 Comments:

Blogger Mimi said...

Zee,
By the time you read this, you might already be back in Bdr Seri Ehsan menikmati juadah berbuka stended kat Mesia ni. If you tak sempat jengok kitorg kat KRU, well I'd like to wish you Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin and thank you so much for.... ;)

*waaah, kita jeles ngan Kak Zana & Aina dpt ke Taiwan lagi...nak pegi jugaaaak*

5:02 AM  

Post a Comment

<< Home