Solat Jumaat di Grand Mosque Taipei-Latest








Assalamualaikum,
Sebenarnya sejak tiba di Taiwan nie saya belum lagi berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat. Jadi sempena Off day saya yang selama 3 hari dari Jumaat hingga Ahad, saya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Masjid the Grand Mosque di Taipei.
Oleh kerana Taipei berada lebih kurang 35km dari Jhong Li City, saya menaiki bas kesana. Hentian bas cuma 5 minit berjalan kaki menyeberang jalan. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak NT68 - RM6.80. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Tiba di Taipei berhadapan Taiwan Railway Administration Building yang menempatkan TRA railway station dan MRT station saya terus turun ke Metro Mall underground berjalan kaki menuju ke station MRT. So kira macam kita pergi KL Sentral lah ambil PUTRA LRT pergi KLCC. Begitulah gambaran lebih kurang perjalanan saya nie. Lihatlah gambar diatas dikawasan Taipei Metro.
Saya perlu menuju ke stesen Guting dalam laluan Merah/ Dashan route. Selepas bayar NT20 di ATIM (Automatic Ticket Issuing Machine) saya pun turun ke platform. Buat pegetahuan anda semua Taipei MRT ni kira 2 tingkat/lapis.Kalau pergi ikut tingkat Atas tapi balik ikut tingkat bawah.
Saya kira saya hampir terlambat. Selepas keluar dari MRT di stesen Guting di exit no 5, jam mununjukkan pukul 1120 minit pagi, saya berjalan kaki menuju ke Masjid Taipei Grand Mosque yang terletak kira-kira 3 kilometer dari stesen Guting. Saya kena cepat kerana waktu solat jumaat adalah dalam pukul 1156hrs.
Saya berjalan pantas dan bila tiba dihadapan Masjid didapati orang tidak ramai. Suasana yang berbeza jika nak dibandingkan dengan masjid-masjid di Malaysia. Selepas bertanya rupanya azan zohor adalah pada jam 1230 tengahari.
Saya pun rasakan mungkin agaknya tak ramai jemaah sembayang Jumaat nie...Well...terkaan saya meleset. Selepas saya menunaikan solat tahiyatul Masjid, sedikit demi sedikit ruang solat mula dipenuhi dengan jemaah yang terdiri dari pelbagai bangsa, Indonesia, Afrika, arab dan local taiwanese yang kebanyakannya berusia atau warga emas.
So kalau nak tengok Taiwanese muslim yang muda-muda cuba bayangkan budak-budak cina yang jual CD/Komputer di Low Yatt Plaza dengan rambut dan pakaian yang sama turut berjamaah. Itulah gambaran Taiwanese Muslim.
Ruang solat kaum wanita berada di tingkat atas. Dianggarkan terdapat kira-kira 25-30 orang jemaah wanita bersolat di tingkat atas. Jadi saya anggarkan masjid ini boleh memuatkan jemaah kira-kira dalam 600 orang.
Jam menunjukkan pukul 1230 tgh dan azan berkumandang. MasyaAllah bertapa syahdunya dan merdunya suara muazzin melaungkan Azan tersebut. Air mata saya berderai melihatkan keaggungan tuhan, di bumi asing bagi saya, Islam itu tersebar diatas kehendak nya.
Ketika sedang duduk selepas solat sunat saya sambil tu memerhatikan jemaah yang masuk ke ruang solat. Bukan ape sebelum datang lagi saya kalau boleh nak berjumpa dengan orang Malaysia. Saya rasa ingin bertemu dengan kakitangan Pejabat Imegresen Malaysia yang mungkin bersolat di Masjid ini.Jadi setiap muka-muka jemaah tu saya perhatikan baik-baik raut wajah mahupun pakaiannya sebab pakaian orang Malaysia masih boleh dibezakan dari orang indonesia.
Khatib mula membacakan kutbah. Agaknya kutbah mesti dalam Mandarin. Maklumlah saya pernah berjamaah di Masjid India berhadapan Mydin, rata-rata kutbahnya disampaikan dalam bahasa Tamil. Rupanya tidak, kutbah dibacakan dalam bahasa Arab dan pada penghujungnya baru dibacakan dalam bahasa Mandarin. Isi kandungan adalah berkisar tentang Jihad.
Pada Kutbah yang kedua, khatib berdoa dan di Aminkan oleh jemaah. Sekali lagi air mata saya berderai mengaminkan doa tersebut. Dengan lancar doa dibacakan. Maha suci Allah yang menyatukan umat islam dari pelbagai kaum dan bangsa dengan bahasa Arab. Selesai Kutbah, jemaah bangun dan solat dimulakan.
Selesai solat, seperti biasa jemaah meninggalkan ruang solat. Saya juga keluar perlahan-lahan kerana masih ramai lagi jemaah berada didalam meyempurnakan solat sunat.
Alhamdulillah, tertunailah hajat saya menunaikan solat Jumaat yang menjadi tuntutan bagi umat Islam melaksanakannya setiap minggu.
Wassalam.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home