Silaturrahim di Hari Jumaat 8.9.06 - Latest




Alhamdulillah,
Maha Agung Allah yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari kebesaran mingguan bagi Umat Islam.
Sememangnya hari Jumaat di bumi Taiwan ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh sekelian jemaah. Selepas selesai sahaja solat Jumaat para jemaah berduyun-duyun keluar mereka bersalam-salaman bertanya khabar antara satu sama lain. Selepas itu mereka beramai-ramai pergi se ruang dewan di sebelah ruang solat. Rupanya disitulah terdapat beberapa peniaga menjual makanan halal seperti kuih muih, ayam goreng dan termasuk daging halal.
Alhamdulilah, hajat saya untuk menemui orang Malaysia menjadi kenyataan. Bukan seorang, tetapi 4 orang........Teruskan membaca....siapakah mereka..??? teruskan membaca...........
Semasa saya menunggu khatib membaca Kutbah selepas selesai solat sunat, dari sebelah kanan saya tangan dihulur beserta salam. Saya menjawab salam dan terus bertanya "where are you from", "from Malaysia..er..Shah Alam"," La...orang Melayu ke" kata saya. Dia tersenyum sambil mengambil tempat dikanan saya. Rupanya dia tidak bersaorangan, 2 lagi rakannya bersalam-salaman dengan saya dan beredar ke saf yang agak depan.
So dalam ruang masa yang singkat menanti kutbah dimulakan kami memperkenalkan diri. Nama nya Captain Shamsuddin Khalid (Becermin mata, berbaju putih jalur halus), MAS authorised Examiner B747-400 Fleet. So cerita punya cerita mereka bertiga baru balik dari LA pagi tadi. Patutlah rupa masing-masing nampak mengantuk.
Yang lagi dua ialah Captain Aminudin Salimon (Berkopiah) dan Captain Izahariman.
Masa berjalan agak pantas dan selepas solat dimulakan saya bergerak kehadapan mengisi saf-saf yang kosong dihadapan. Captain Shamsudin tertinggal dibahagian saf belakang.
Selesai solat saya keluar untuk menunggu mereka di pintu masuk. So akhirnya kami bersalam-salaman. Dalam pada itu rupanya mereka bertemu pula dengan satu lagi orang rakan mereka yang agak senior yg dah agak lama tak bertemu. Namanya Captain Zaba bin Noah, orang Johor. (Gambar, bercermin mata, berbaju petak gelap) Beliau sebenarnya ex- MAS pilot yang kini bertugas dengan China Airlines sejak 6 tahun yang lalu dan menetap di Taipei. Saya pun memperkenalkan diri dan bersalaman.
Jam dah pukul satu lebih, perut pun berkeroncong, mereka mengajak saya ke restoran berhampiran masjid. Saya katakan okay, cuma saya nak beli sedikit bekalan daging ayam dan lembu bawak balik. Captain Shamsuddin kata, daging boleh dibeli di dewan. So ape lgi saya pun bergegas kesana membeli daging. Ramai juga orang disana membeli belah.
Selepas bayar daging NT300, selepas tawar dari harga NT310 kami pun beredar ke TOKO INDOJAYA yang terletak hanya 20 meter dari Masjid.
Mulanya kami minta mee daging. Dikatakan di Taipei nie terkenal dengan mee daging. Tak pernah pula saya cuba. Malangnya kami, pesanan diminta tidak dijual. Akhirnya kami memesan meehoon goreng. Sambil itu mereka rancak berborak, saya mendengar bualan mereka dengan penuh minat.
Untuk menjalinkan silaturahim kami bertukar-tukar alamat dan nombor telefon. Setelah berada lebih kurang 40minit di dalam restoran itu kamipun bergerak ke haluan masing-masing.
Saya berasa amat puas kerana hari Jumaat ini seolah-olah hari Raya bagi saya di sini.Semua yang dihajati dimakbulkan ALLAH.
Nota: Captain Zaba!! terima kasih kerana sedekah kami makan di hari Jumaat ini, moga Allah jua panjangkan umur, sihat kan lahir batin. InsyaAlah dalam bulan puasa nanti kalau tak ke mana I will visit you. Itu pun kalau you tak fly kemana-mana ler...
To Captain Shamsuddin and the gang, have a safe flight home, InsyaAllah. Semoga berjumpa anda lagi di lain masa.
Wasalam.
1 Comments:
Assalamualaikum Suhaizee. Kalau ada facebook boleh add saya: Sham Khalid. (Captain Shamsuddin Khalid)
Post a Comment
<< Home