Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Saturday, September 30, 2006

Salam Ramadhan dari Taiwan


Gambar: Kenalkah anda kepada mereka ini??? Oppss yang pakai topi tu orang Jepun.

Assalamualaikum,

Alhamdulillah saya kembali keudara. Sebenarnya saya sejak 2-3 minggu lalu agak sibuk serta kesihatan sedikit terganggu kerana peralihan cuaca ke musim sejuk.

Oh ye. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Salam Ramadhan kepada anda semua yang membaca blog ini. Tidak lupa juga saya sampaikan salam ini kepada sahabat-sahabat lama yang berada di KTMBerhad, RapidKL STAR LRT dan E-MAS Sdn Bhd.

Saya menyusun jari memohon maaf dari anda semua diatas salah dan silap saya semasa kita sama-sama bertugas dahulu. Semoga Ramadhan ini membawa keberkatan kepada kita. Semoga amalan kita diterima ALLAH dan mendapat keampunannya.

InsyaALLAH, untuk pengetahuan anda semua, saya akan pulang ke Malaysia untuk short weekend pada 16th October - 19th October 2006 ini.

Rindu....memang rindu untuk berpuasa dan beraya di kampung halaman. Namun saya kena cekalkan hati. Kalau tidak mau sebaldi penuh air mata menahan sebak.

Sekian dulu, wasalam...jumpa lagi...Blog ini kembali aktif.........

Dam..dam..dum..bunyi mercun....

P/S: tengah layan lagu Dendang Perantau P.Ramlee versi 50an dan 60an.

Friday, September 08, 2006

Solat Jumaat di Grand Mosque Taipei-Latest










Assalamualaikum,

Sebenarnya sejak tiba di Taiwan nie saya belum lagi berkesempatan untuk menunaikan solat Jumaat. Jadi sempena Off day saya yang selama 3 hari dari Jumaat hingga Ahad, saya tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Masjid the Grand Mosque di Taipei.

Oleh kerana Taipei berada lebih kurang 35km dari Jhong Li City, saya menaiki bas kesana. Hentian bas cuma 5 minit berjalan kaki menyeberang jalan. Tambang yang dikenakan ialah sebanyak NT68 - RM6.80. Perjalanan mengambil masa selama 30 minit. Tiba di Taipei berhadapan Taiwan Railway Administration Building yang menempatkan TRA railway station dan MRT station saya terus turun ke Metro Mall underground berjalan kaki menuju ke station MRT. So kira macam kita pergi KL Sentral lah ambil PUTRA LRT pergi KLCC. Begitulah gambaran lebih kurang perjalanan saya nie. Lihatlah gambar diatas dikawasan Taipei Metro.

Saya perlu menuju ke stesen Guting dalam laluan Merah/ Dashan route. Selepas bayar NT20 di ATIM (Automatic Ticket Issuing Machine) saya pun turun ke platform. Buat pegetahuan anda semua Taipei MRT ni kira 2 tingkat/lapis.Kalau pergi ikut tingkat Atas tapi balik ikut tingkat bawah.

Saya kira saya hampir terlambat. Selepas keluar dari MRT di stesen Guting di exit no 5, jam mununjukkan pukul 1120 minit pagi, saya berjalan kaki menuju ke Masjid Taipei Grand Mosque yang terletak kira-kira 3 kilometer dari stesen Guting. Saya kena cepat kerana waktu solat jumaat adalah dalam pukul 1156hrs.

Saya berjalan pantas dan bila tiba dihadapan Masjid didapati orang tidak ramai. Suasana yang berbeza jika nak dibandingkan dengan masjid-masjid di Malaysia. Selepas bertanya rupanya azan zohor adalah pada jam 1230 tengahari.

Saya pun rasakan mungkin agaknya tak ramai jemaah sembayang Jumaat nie...Well...terkaan saya meleset. Selepas saya menunaikan solat tahiyatul Masjid, sedikit demi sedikit ruang solat mula dipenuhi dengan jemaah yang terdiri dari pelbagai bangsa, Indonesia, Afrika, arab dan local taiwanese yang kebanyakannya berusia atau warga emas.

So kalau nak tengok Taiwanese muslim yang muda-muda cuba bayangkan budak-budak cina yang jual CD/Komputer di Low Yatt Plaza dengan rambut dan pakaian yang sama turut berjamaah. Itulah gambaran Taiwanese Muslim.

Ruang solat kaum wanita berada di tingkat atas. Dianggarkan terdapat kira-kira 25-30 orang jemaah wanita bersolat di tingkat atas. Jadi saya anggarkan masjid ini boleh memuatkan jemaah kira-kira dalam 600 orang.

Jam menunjukkan pukul 1230 tgh dan azan berkumandang. MasyaAllah bertapa syahdunya dan merdunya suara muazzin melaungkan Azan tersebut. Air mata saya berderai melihatkan keaggungan tuhan, di bumi asing bagi saya, Islam itu tersebar diatas kehendak nya.

Ketika sedang duduk selepas solat sunat saya sambil tu memerhatikan jemaah yang masuk ke ruang solat. Bukan ape sebelum datang lagi saya kalau boleh nak berjumpa dengan orang Malaysia. Saya rasa ingin bertemu dengan kakitangan Pejabat Imegresen Malaysia yang mungkin bersolat di Masjid ini.Jadi setiap muka-muka jemaah tu saya perhatikan baik-baik raut wajah mahupun pakaiannya sebab pakaian orang Malaysia masih boleh dibezakan dari orang indonesia.

Khatib mula membacakan kutbah. Agaknya kutbah mesti dalam Mandarin. Maklumlah saya pernah berjamaah di Masjid India berhadapan Mydin, rata-rata kutbahnya disampaikan dalam bahasa Tamil. Rupanya tidak, kutbah dibacakan dalam bahasa Arab dan pada penghujungnya baru dibacakan dalam bahasa Mandarin. Isi kandungan adalah berkisar tentang Jihad.

Pada Kutbah yang kedua, khatib berdoa dan di Aminkan oleh jemaah. Sekali lagi air mata saya berderai mengaminkan doa tersebut. Dengan lancar doa dibacakan. Maha suci Allah yang menyatukan umat islam dari pelbagai kaum dan bangsa dengan bahasa Arab. Selesai Kutbah, jemaah bangun dan solat dimulakan.

Selesai solat, seperti biasa jemaah meninggalkan ruang solat. Saya juga keluar perlahan-lahan kerana masih ramai lagi jemaah berada didalam meyempurnakan solat sunat.

Alhamdulillah, tertunailah hajat saya menunaikan solat Jumaat yang menjadi tuntutan bagi umat Islam melaksanakannya setiap minggu.

Wassalam.

Family Lunch di Ali Baba R'rant pada 23.08.06-latest






Assalamualaikum.

Semasa kehadiran keluarga saya di Taiwan, saya membawa mereka ke restaurant Ali Baba yang terletak di Bandar Taoyuan kira-kira 15km dari Jhong Li. Ini merupakan kali kedua saya mengunjungi restaurant Ali Baba.

Maklumlah ketika itu saya sememangnya dah lama juga tak makan daging dan ayam. Tambahan pula itulah satu-satunya restaurant Halal di Taoyuan. Selebihnya restaurant halal terdapat di Taipei.

Kami kesana menaiki Teksi dari apartment dengan bayaran NT400. Saya tunjukan address kepada Driver Taxi tersebut. Susah juga dia mencari restaurant tersebut kerana mungkin tak biasa ke Taoyuan.

Kami sebenarnya sampai awal lebih kurang jam 1145. Masuk sahaja kedalam restauran didapati macam tak ready lagi. Pelayan terus memaklumkan kepada saya bahawa restauran dah pun beroperasi. Saya pun minta nak makan Buffet.

So....sebenarnya..buffet hanya disediakan pada hari Sabtu dan Ahad. Hari-hari lain adalah menu a. la. carte. Kami pun mengambil tempat berhampiran dengan tingkap.

Saya pun mula order ayam, daging kambing, dan seafood tandhoori platter, papadam, sayur terung bulat, kari dhal, chicken briani, fish chips dan ayam masak pakistan.

Sambil menunggu hidangan kami berborak-boraklah sambil menikmati hiburan video clips Bollywood. Shah Rukh Khan?? sudah semestinya....

Mula-mula datang vegetable salad yg terdiri dari timun, kacang panjang dan pencicah. Kira-kira kalau kat malaysia tu kira ulam sambal belacan lah..cuma kat sini ganti pakai mint sause yang biasa dimakan bersama daging kambing bakar.

Tak lama lepas tu dihidangkan papadam. Astagfirullah.....laa..........ini kepapadam nyer?? kata saya. rupa nya cuma sekeping bersaiz piring cawan minum teh. Ingatkan sepiring papadam yang biasa kita makan di restaurant mamak tu. Ini Kira mahal lah....harganya NT70. Saya kata kalau kat Malaysia boleh dapat 7 pek papadam ..boleh makan sampai kenyang.

So apa nak dikira, makan le. Lagipun datang sini nak makan. Setiap kali saya cubit papadam tu saya pun kira singgit, dua ringgit hingga habis. Kebetulan Aina pun suka makan papadam. Jadi di minta..ayah nak pok...(Keropok)...Nasib baik semasa datang isteri saya bawa 5 pek papadam dari Malaysia tak le kempunan sangat...

jadi lepas makan kena lah bayar...nak tahu berapa..Jadi Lunch untuk kami berdua lebih kurang NT1350 ataupun RM135. So no komen....memanglah kalau kat Malaysia boleh makan 5-6 orang. Well saya kata kat isteri saya tak yah lah nak dibandingkan ..sini Taiwan bukannya Malaysia.

Sekian. Happy viewing.

Silaturrahim di Hari Jumaat 8.9.06 - Latest





Alhamdulillah,

Maha Agung Allah yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari kebesaran mingguan bagi Umat Islam.

Sememangnya hari Jumaat di bumi Taiwan ini merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh sekelian jemaah. Selepas selesai sahaja solat Jumaat para jemaah berduyun-duyun keluar mereka bersalam-salaman bertanya khabar antara satu sama lain. Selepas itu mereka beramai-ramai pergi se ruang dewan di sebelah ruang solat. Rupanya disitulah terdapat beberapa peniaga menjual makanan halal seperti kuih muih, ayam goreng dan termasuk daging halal.

Alhamdulilah, hajat saya untuk menemui orang Malaysia menjadi kenyataan. Bukan seorang, tetapi 4 orang........Teruskan membaca....siapakah mereka..??? teruskan membaca...........

Semasa saya menunggu khatib membaca Kutbah selepas selesai solat sunat, dari sebelah kanan saya tangan dihulur beserta salam. Saya menjawab salam dan terus bertanya "where are you from", "from Malaysia..er..Shah Alam"," La...orang Melayu ke" kata saya. Dia tersenyum sambil mengambil tempat dikanan saya. Rupanya dia tidak bersaorangan, 2 lagi rakannya bersalam-salaman dengan saya dan beredar ke saf yang agak depan.

So dalam ruang masa yang singkat menanti kutbah dimulakan kami memperkenalkan diri. Nama nya Captain Shamsuddin Khalid (Becermin mata, berbaju putih jalur halus), MAS authorised Examiner B747-400 Fleet. So cerita punya cerita mereka bertiga baru balik dari LA pagi tadi. Patutlah rupa masing-masing nampak mengantuk.

Yang lagi dua ialah Captain Aminudin Salimon (Berkopiah) dan Captain Izahariman.

Masa berjalan agak pantas dan selepas solat dimulakan saya bergerak kehadapan mengisi saf-saf yang kosong dihadapan. Captain Shamsudin tertinggal dibahagian saf belakang.

Selesai solat saya keluar untuk menunggu mereka di pintu masuk. So akhirnya kami bersalam-salaman. Dalam pada itu rupanya mereka bertemu pula dengan satu lagi orang rakan mereka yang agak senior yg dah agak lama tak bertemu. Namanya Captain Zaba bin Noah, orang Johor. (Gambar, bercermin mata, berbaju petak gelap) Beliau sebenarnya ex- MAS pilot yang kini bertugas dengan China Airlines sejak 6 tahun yang lalu dan menetap di Taipei. Saya pun memperkenalkan diri dan bersalaman.

Jam dah pukul satu lebih, perut pun berkeroncong, mereka mengajak saya ke restoran berhampiran masjid. Saya katakan okay, cuma saya nak beli sedikit bekalan daging ayam dan lembu bawak balik. Captain Shamsuddin kata, daging boleh dibeli di dewan. So ape lgi saya pun bergegas kesana membeli daging. Ramai juga orang disana membeli belah.

Selepas bayar daging NT300, selepas tawar dari harga NT310 kami pun beredar ke TOKO INDOJAYA yang terletak hanya 20 meter dari Masjid.

Mulanya kami minta mee daging. Dikatakan di Taipei nie terkenal dengan mee daging. Tak pernah pula saya cuba. Malangnya kami, pesanan diminta tidak dijual. Akhirnya kami memesan meehoon goreng. Sambil itu mereka rancak berborak, saya mendengar bualan mereka dengan penuh minat.

Untuk menjalinkan silaturahim kami bertukar-tukar alamat dan nombor telefon. Setelah berada lebih kurang 40minit di dalam restoran itu kamipun bergerak ke haluan masing-masing.

Saya berasa amat puas kerana hari Jumaat ini seolah-olah hari Raya bagi saya di sini.Semua yang dihajati dimakbulkan ALLAH.

Nota: Captain Zaba!! terima kasih kerana sedekah kami makan di hari Jumaat ini, moga Allah jua panjangkan umur, sihat kan lahir batin. InsyaAlah dalam bulan puasa nanti kalau tak ke mana I will visit you. Itu pun kalau you tak fly kemana-mana ler...

To Captain Shamsuddin and the gang, have a safe flight home, InsyaAllah. Semoga berjumpa anda lagi di lain masa.

Wasalam.

Le Scooter..a dedication to Azrin Akhbar Lazim








Assalamualaikum.


Sememangnya Taiwan adalah merupakan salah satu negara yang memiliki banyak scooter. Berbanding Malaysia yang mana motorsikal atau kapcai merupakan sesuatu yang dominan, scooter di Taiwan boleh dikatakan menguasai lebih 95% kenderaan 2 roda di Taiwan. Hanya segelintir motorsikal jenis lain yang terdapat di jalan-jalan raya di Taiwan.

Saya mencipta laman blog ini ditujukan khas buat sahabat saya di E-MAS Sdn Bhd, Azrin Akhbar Lazim yang merupakan peminat nombor satu Scooter jenama Vespa, keluaran Piaggio, Itali.

Beliau beberapa kali menyertasi expedisi vespa di beberapa buah negeri sebelum ini. Kira kemaruk Vespalah ni....bukan nya laju pun........

Motorsikal di Malaysia yang paling biasa digunakan adalah dari jenama Honda, Yamaha, Suzuki dan jenama tempatan ialah Kriss. Motorsikal yang tahan lasak dan pelbagai guna adalah dari jenis Honda model EX5. Motorsikal Honda ini banyak digunakan sebagai kenderaan pelbagai guna seperti, mengangkut tong gas, guni beras. Juga digunakan oleh penjual aiskerim, putu mayam, roti dan sebagainya.

Samalah juga keadaannya di Taiwan. Scooter yang popular disini ialah dari jenis Yamaha, suzuki dan Kymco, iaitu jenama tempatan. Scooter ini juga terdiri dari pelbagai model dan dipakai untuk pelbagai kegunaan. So enjoylah melihatnya.

Note: So Azrin, hutang dah bayar. Sorry kerana lambat sedikit, semoga terhibur.

Wasalam.

Sunday, September 03, 2006

Shopping sakan di Taipei - latest






Bertemu kembali.

Well kedatangan isteri dan anak saya ke Taiwan sememangnya menjadi sesuatu yang ditunggu mereka. Terdahulu sebelum mereka menjejak kan kaki ke Taiwan, isteri saya telah diingatkan barangan di Taiwan nie mahal, boleh dikatakan 1.5 hingga 3 kali lebih mahal dari Malaysia.

Sebelum datang, isteri saya hanya membawa sedikit wang sahaja. Lagi pun tujuan mereka kemari adalah untuk bertemu saya.

Namun hakikatnya bila dah tiba ianya dah berubah. Pada waktu ketibaan isteri saya di Taiwan, pada malam itu juga dalam jam 1045mlm kami sekeluarga ke Carrefour yg hanya lima minit berjalan kaki. Suasana pada ketika itu agak reda sedikit, tak lah ramai sangat orang.

Kami melihat-lihat dibahagian peralatan eletrik dan isteri saya tertarik dengan harga barangan seperti periuk nasi, microwave, oven, alat pengering pinggan dan yang paling diminati, flat screen computer yang 25% lebih murah dari Malaysia.

Saya katakan nanti dulu. Cuba lihat dibahagian lain. Kami mula turun ke bahagian makanan basah seperti ikan sayuran dan buah-buahan. Barulah terkejut besar isteri saya kerana saya katakan masakan tomyam yang saya sediakan di rumah menyambut ketibaan mereka berharga NT500 - Rm50.00.

Setelah melihat-lihat dibahagian sayur-sayuran seta ikan. Barulah isteri saya mengeluh. Mana kan tidak. Bawang putih sebunjut kecil beharga RM4.50. Bawang besar 3 biji RM3.50. Ikan dan Udang lagilah mahal.

Namun demikian keadaan agak berbeza, apabila kami sekeluarga pergi ke Taipei. Saya membawa keluarga ke satu kawasan Baazar yang dinamakan Metro Mall. Mall ini merupakan satu deretan Kedai-kedai yang terletak di Bawah Tanah yang bersambung dengan Taiwan Metro/MRT. Rasanya ianya sepanjang 2-3 kilometer.
Kawasan baazar ini betul-betul terletak dibawah Jalan Raya yang diatasnya pula laluan MRT. Suasananya boleh saya katakan seperti gerai-gerai bawah bangunan kerajaan di Pusat Bandar Damansara layaknya.

Kawasan ini menjadi tumpuan pelancung dan golongan muda. Ianya terletak dilokasi strategik yang bersambung dengan pengangkutan awam seperti Hentian Bas intercity, Keretapi Nasional Taiwan dan Taiwan Metro.

Disini dijual pelbagai barangan dari pakaian, cenderamata hinggalah ke restoran dan farmasi, kedai kasut dan VCD.

So ape lagi isteri saya tersenyum gumbiralah memandangkan sememangnya kasut, beg tangan dan pakaian memang murah lagi dari KL.So shopping sakan le isteri saya beli itu dan ini. Maklumlah bila kita balik tu mesti ada orang yg harapkan buah tangan...so itu yang terbeli lebih tu........

Oopss..Bagaimanapun dikawasan ini tiada kedai menjual kain macam kat Nilai 3 atau Nilai 1 . Setelah bertanya kepada satu peniaga tempatan, beliau memberikan saya alamat kedai tersebut. So rupanya di Taiwan ni kalau nak beli kain buat baju kena pergi kekawasan ataupun kedai tekstil barulah jumpa. Tujuan kami ialah nak mencari kain Sutera China buat pakaian. Maklumlah Raya tak lama lagi, so kira nak siap le nie....

Nak tahu ape jadi..........

Untuk pergi ke kedai pakaian tersebut, saya kena keluar dari Baazar underground tersebut. Saya keluar dari exit no 4 dan berjalan selama beberapa minit tidak jauh dari underground tersebut. Sememangnya benar terdapat beberapa kedai menjual kain dikawasan berhampiran.

Kami pun masuk ler...di satu kedai yang seperti Gulati's di Jalan Tunku Abdul Rahman tu.....

Saya mula lah bertanya..nak kan sutera cina...sales girl (Lady) tu tunjukan kain dan tanya berapa?

Dia kata NT6000 per meter....Waduh......boleh pitem aku......Rupanya dia kata kain-kain ini diimport dari ITALY.

Laa.........patutlah mahal....nasib baik cuma tanya je...kok tidak jadi macam P.Ramlee....kena bagi kot dan seluar pasal tak cukup duit belanja budak-budak makan....

So tak jadi...maka kami pun pergi tempat lain pulak....dan akhirnya bertemu dengan satu kedai menjual kain sutera cina tersebut....So...bila tanya harga..tak lah juga murah...congak-punya congak akhirnya isteri saya ambil lah juga satu kain sutera cina yang beharga NT600 semeter. So beli juga le....maklumlah buat kenang-kenangan.

Isteri saya kata kat China lagi murah. Jawab saya itu China mana nak sama dengan Taiwan.