Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Thursday, November 30, 2006

SPDT 3 - Lawatan ke zon iklim sejuk







Adalah sesuatu peluang yang tidak dapat hendak dilepaskan apabila Zoo Taipei menjanjikan suatu kelainan semasa kami mengunjunginya. Berbeza dengan Zoo Negara, Zoo Taipei cuba memaparkan sesuatu yang terbaik bagi pengunjungnya.

Salah satu contohnya ialah lawatan ke Temperate Zone bila mana Pinguin menjadi suatu daya tarikan. Ia ditambah pula dengan Beruang suhu sederhana. Oh ye yang macam Grizerly's Bear...tu...

Diluar lagi kami lihat patung-patung pinguin menghiasi kawasan luarannya. Ramai keluarga berpeluang bergambar bersama-sama anak2 dan kami tidak terkecuali. maklumlah kami pun terperanjat b***k jugal ler..maklumlah first time..lagi pun kami belum pernah tengok pinguin secara life. Yang biasa ditengok hanyalah cerita animasi "PINGU" yang menjadi kesukaan ramai....

Kanak-kanak seperti Aina memang seronok melihat telatah pinguin - pinguin ini. Terdapat dua jenis pinguin yang dipamerkan. Kumpulan pertama yang bercalit kuning dilehernya agak pasif. Kurang bergerak dan asyik tertidur sahaja. Seperti....controller tertidur di atas kerusi....kah!kah!kah!

Mula-mulanya kami ingatkan patung yang diletakan didalam aquarium yang sejuk. Lepas kami amat-amati didapati ia mula bergerak dan mematuk-matuk rakannya barulah percaya. landskapnya menarik seperi didalam habitan sebenar cuma tiada salji sebenar. Gambaran salji hanyalah dibuat dari simen putih yang dipalit pada bongkah batu...sila lihat gambar...

Selepas itu kami ke ruang aquarium pinguin jenis lain pula yang agak kecil saiz nya tetapi aktif. Yang seronok tu bilamana ia menyelam didalam air ais...seronok melihat umpama burung terbang tanpa mengembangkan sayap nya.....

Selain pinguin hidup..kami juga singgah kedai cenderamata pinguin. Adalah kami beli buah tangan buat anak-anak buah di Malaysia. Aina macam biasa memang meronta-ronta bila nak kan sesuatu. Seperti biasa Aina dapat yang paling best......Mak dan anak pinguin....beharga...NT280.....

Selepas ralit melihat pinguin..kami ke ruang melihat beruang pula. Cuma disini tiada beruang kutub.

Cuma komen saya ialah zon iklim sejuk ini boleh ditambah lagi dengan binatang seperti walrus, polar bear....baru nampak ngam.....

Wednesday, November 29, 2006

SPDT 2 - Taipei Zoo








Kami tiba di Taipei Zoo pada jam 1045 pagi. Kami rasakan kami antara orang yang awal sampai. Tanggapan kami salah rupanya. Kelihatan 5 kaunter tiket dipenuhi pengunjung berbaris panjang beratur membeli tiket. Harga tiket dewasa ialah NT60 sementara kanak-kanak bawah 12 tahun NT30. Aina seperti biasa percuma. So hidup kanak-kanak sebesar Aina ini untung juga kerana mak-bapak tak perlu memikirkan duit tambahan nak bayar perkhidmatan kerana ianya percuma.

Satu kelainan yang saya perhatikan ialah bahagian atas pintu masuk Zoo tertera satu counter nombor yang mengira jumlah pengunjung. Had maksima Zoo ialah seramai 30,000 orang. Ketika kami sampai kaunter menunjukkan lebih kurang 7000 orang telah memasuki Zoo berkenaan.

Zoo ini bolehlah dikatakan luas juga mungkin sedikit besar dari Zoo negara di Hulu Klang. Rupanya tahun 2006 merupakan hari ulangtahun Taipei Zoo yang ke 20. Ini bermakna Taipei Zoo telah beroperasi semenjak 1986 lagi.

Dari segi kemudahan pula saya dapati tidak banyak berbeza dengan Zoo dimalaysia cuma apa yang lebih baik lah pihak Zoo Taipei cuba menwujudkan suasana yang hapir serupa dengan habitat asal sesuatu jenis haiwan itu.

Zoo Taipei ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya, Zon binatang cuaca sejuk, Zon binatang dari gurun Afrika, Zon Amfibia dan Reptilia, zon burung dan unggas.

Terdapat banyak restauran, tandas, kedai cenderamata dan water cooler untuk kegunaan orang ramai. Terdapat juga pengangkutan Zoo train yang saya rasakan sesuatu yang lebih menarik dari apa yang Zoo negara tawarkan.

Ketika kami tiba di Zoo, kelihatan pelbagai aktiviti yang dijalankan didalam dan di luar Zoo. Antaranya ialah pameran Polis traffik Taiwan yang diletakkan di luar Zoo. Didalamnya pula terdapat aktiviti melukis dan bermain untuk kanak-kanak. Sememangnya kanak-kanak lah yang paling gembira bila berada didalam Zoo.

Saksikanlah seterusnya..........

Siri Percutian Di Taiwan (SPDT)


Assalamualaikum w.b.h.

Bertemu lagi didalam blog saya ini. Kali terakhir adalah update mengenai Suasana Hari Raya di Taiwan. Saya memohon maaf kepada anda sekelian kerana dah lama tak update blog. Sememangnya saya akui kesibukan saya bekerja di OCC yang tidak sunyi dari Drill dan Exercise menyebabkan badan keletihan. Dalam pada itu Waktu rasmi pembukaan Operasi tren THSRC masih kabur lagi kerana sering kali tertunda.

Sememangnya kehadiran Isteri dan anak saya Aina Sofea sangat dinanti-nantikan oleh saya. Ini kerana kedatangan mereka buat kali ketiga ini adalah bagi tempoh sebulan. Adat orang bercuti sudah pastilah mengunjungi tempat-tempat menarik yang menjadi tumpuan ramai.

Jadi saya pun adalah merancang serba sedikit percutian keluarga dengan mengunjungi tempat-tempat menarik. Tambahan pula cuaca di Taiwan sudah menghampiri musim sejuk. Di Carrefour dan Sogo jualan baju panas seperti blazer, Kot, jacket dan Sweater sudah bermula.

Selain itu portable heater juga mula dijual. Ianya berbentuk samada seperti kipas atau pun seperti aircond yang berharga dari NT1500 hingga NT 2600.

Suhu pula berada didalam lingkungan 18 hingga 23 celcius. Dijangkakan menjelang Disember ke Januari 2007 suhu akan jatuh lingkungan 5 - 10 darjah celcius lagi.

Siri Percutian Di Taiwan (SPDT) ini terbahagi kepada beberapa segmen. Ini membolehkan saya mengepos lebih banyak gambar untuk tatapan anda semua. So..jangan komen mengenai kualiti gambar kerana saya bukan jurugambar pro. Saya cuma golongan amatur yang baru kemaruk dengan digital kamera.

Oh tidak lupa bagi saya untuk mengucapkan selamat bercuti panjang dan semoga berada didalam keadaan sihat hendaknya. Sekiranya anda juga ada pengalaman menarik untuk dikongsi bolehlah menghantarnya ke alamat e-mail saya ye!!!

Jadi apa lagi...silalah baca yang berikutnya....sekian...semoga terhibur.....

SPDT 1 - Taipei Metro - People Mover (Sky Train)






Pada hari Ahad 26.11.2006 merupakan hari Off Day saya. Ini merupakan hari off day saya yang pertama semenjak ketibaan isteri dan anak saya di Taiwan pada 21.11.2006. Jadual kami yang pertama ialah melawat Zoo Taipei. Kami ke Taipei menaiki bas dari Zhong Li. Bayaran tambang nya ialah NT68 dollars dewasa seorang. Untuk ke Zoo Taipei, cara yang paling mudah ialah dengan menaiki Taipei Metro dengan tambang NT35 dollars. Taipei Metro ini terbahagi kepada 6 lines yang terdiri dari Red, Blue, Green, Brown, Light green and yellow lines.

Untuk ke Zoo Taipei saya perlu menaiki Blue Line (Bannan Line) dari Taipei Main Station yang lebih kurang sebesar KL Sentral dan transfer ke Brown Line (Muzha Line) terus ke Taipei Zoo Station yang merupakan end terminal.

Apa yang menariknya ialah system tren beroperasi untuk Muzha line adalah dari jenis people mover beroda getah tanpa pemandu. Lebih kurang dari jenis Sky Train yang beroperasi di KLIA terminal meghubungkan MTB dan Satellite building. Satu kelainan yang saya lihat didalam koc-koc Taipei Metro ialah didalamnya terdapat suatu indicator alarm yang terdapat pada pintu bagi mengingati penumpang disebelah mana pintu akan dibuka. Ini membolehkan penumpang lebih bersedia untuk turun dari koc-koc setibanya tren di stesen.


Kelajuan tren ini lebih kurang 70km/h dengan 6 koc setiap tren. Berbanding Red, Green, Yellow dan Blue lines, Muzha line ini melalui laluan atas/viaduct. Di sini anda boleh melihat pemandangan kota Taipei dengan lebih dekat lagi. Sepanjang laluan itu banyak yang boleh anda perhatikan. Antaranya, dari kejauhan kelihatan menara 101 tower yang tersergam gagah menjadi mercutanda yang tertinggi di dunia. Laluan Muzha line ini menyelusuri kawasan Business Center seumpama kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.