Open House Aidilfitri di Taiwan






Assalamualaikum wbh.
Berjumpa lagi kali ini. Saya memohon maaf kerana rasanya hampir tiga minggu tidak "update" bolg ini. Maklumlah saya sangat sibuk sekarang ini kerana setiap hari ada sahaja drill dan exercise demi menguji system dan kesiapsiagaan kakitangan dalam menempuh revenue operations tidak lama lagi.
Alhamdulillah, saya sekeluarga menyambut Aidilfitri di Taiwan yang jatuh pada hari Isnin bersamaan 23.10.2006 iaitu awal sehari dari Malaysia.
Sebenarnya pada Hari Raya itu saya bekerja petang. Memang tak sempat nak buat apa-apa. Nak pergi ke masjid Taipei, jauh rasanya. Jadi kami cuma duduk dirumah, pasang takbir raya dan menghubungi keluarga di Malaysia memohon ampun dan maaf diatas salah dan silap. Isteri saya cuma menyediakan serba sedikit juadah menyambut Aidilfitri.
Demi untuk menghidupkan suasana berhari raya di Taiwan dan sebagaimana selalu yang kami buat di Malaysia, pada hari raya ketiga di Taiwan iaitu pada hari Rabu bersamaan 25hb Oktober 2006, saya membuat "Open House" dengan menjemput rakan-rakan setugas di THSRC dan TSIEC. Open House dibuka dari jam 6.00 ptg - 1030mlm iaitu selepas waktu pejabat.
Sebenarnya, ketika datang ke Taiwan, isteri saya dah "smuggled" bahan-bahan asas masakan seperti rempah kari, daun kari, daun pandan. Ini bagi memastikan "Open House" itu nanti dapat kami sediakan masakan Malaysia. Selain Berhari Raya saya juga ingin memperkenalkan budaya, pakaian dan makanan Malaysia kepada sekelian sahabat dan kenalan yang kami jemput.
Ini tidak termasuk, dodol dan biskut Raya yang hampir 5 jenis yang dibawa oleh isteri saya ke Taiwan nie. Alhamdulillah, pihak kastam Taiwan tak check pun so selamat ler.........
Beberapa hari sebelumnya, isteri saya menghias rumah kami dengan anyaman ketupat reben beserta sampul duit Raya. So adalah nampak sikit rasa suasana Raya.
Aina, anak kami berasa seronok kerana buat pertama kalinya berhari raya di luar negara. Dia sibuk nak itu dan ini.
Menu utama yang kami sediakan ialah roti Jala dengan kari daging, Nasi lemak, spaggethi mushroom, karipap Sardin dan kuih tako sebagai dessert.
Selain itu kami juga pasangkan lagu-lagu raya dri CD Raya yang kami bawa bersama. Kami explain lagu-lagu ini sama lah seperti mereka yang merayakan Xong Xie Fa Cai atau pun Chrismas juga ada lagu-lagu demi memeriahkan suasana.
Alhamdulillah kedatangan para jemputan tidak menghampakan bilamana dari seramai 25 orang yang dijemput kira-kira 15 orang hadir. Antaranya termasuklah Christoph Schwake dan Manfred Haubitz dan rakan-rakan OCC yang lainnya seperti Dominique Petit, William Abribat & isteri, Andrew dan Aaron dari Hong Kong. Peter Gillen dan Vettri tidak dapat hadir sementara Augustin pula berada jauh di Tsoying lebih kurang 280km dari Chung Li.
Kebanyakan mereka mulanya malu-malu kucing maklumlah mereka khuatir makanan Malaysia nie pedas-pedas. Yang temberangkan cerita nie ialah Manfred. tapi lepas mereka rasa sekali terus tambah...............Yang paling digemari ialah roti jala dan Nasi Lemak.punyalah Manfred puji habis-habisan.....sebab dia teringatkan suasana beraya bersama Ridzuan Abdul Aziz (Wan) semasa berada di Malaysia dulu.
Oh ye rupanya mereka memang consentrate pada makanan malaysia. Spaggeti yang saya sediakan kurang mendapat sambutan. Maklumlah mereka dah jelak kot..........
Kami sekeluarga berpakaian baju melayu bewarna coklat agar kelihatan sedondon. Baru terperasan rupanya bilamana isteri saya minta maaf kepada saya kerana warna baju saya dan Aina sebijik ikut warna pintu rumah. Kah..kah...kah...terkena saya. apakan daya..color dah tak leh nak ubah...so pakai aje ler............
Satu yang saya perasan iailah bila jemput mat salleh nie mereka rupanya akan datang tepat pada waktu mulanya acara dan mereka akan tunggu sehingga hampir habis waktu baru balik. Pulak tu mereka ada bawa buah tangan sekali. Oh rupanya dalam masa yang sama saya juga belajar budaya mereka.
Saya rasa syukur kerana makanan 75% habis. Dalam hati insyAllah dilain masa jika berkesempatan kalau nak buat "Open House" lagi nanti saya akan buat di dewan Apartment kerana ianya lebih luas dan banyak kemudahan yang ada. So dapatlah jemput lebih ramai lagi rakan-rakan.
Jadi inilah saja cara bagi saya nak mengubat kerinduan berhari raya kerana berjauhan dari sanak saudara di Malaysia.
So sekian sahaja dahulu celoteh saya semoga terhibur.
Note: Saya baru membaca berita, satu gerabak STAR LRT tersasar dan tergantung di stesen Sentul Timur. MasyaAllah...macam-macam hal.....mudah-mudahan semuanya selamat.....