Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Tuesday, August 29, 2006

Suasana di Apartmentku






Selepas berpindah ke apartment sendiri, barulah rasa selesa. Barang-barang dibeli dan disusun mengikut kehendak sendiri. Tiada siapa yang larang.

Apartment ini disediakan beberapa kemudahan untuk penduduknya. Antaranya ialah ruang Lounge untuk majlis parti dan sebagainya, Playground, Taman riadah, Gym dan bilik komputer.

Di tingkat bawah apartment ini juga terdapat 7 Eleven, Family-Mart, Self Service Laundry,Cafe dan restaurants.


Lihatlah suasana diruang lobby Apartment ini yang dihiasi gambar lukisan zaman Rennaisance.

Sekian salam hormat.

Saturday, August 26, 2006

Keletah Aina di Taiwan







Aina adalah yang paling gembira sekali bila berada di taiwan. Pertama kerana di dah lama tak jumpa saya. Yang kedua saya kalah dengan budak-budak. Maklumlah dah lama berjauhan. So saya turutkan ape kehendaknya. kalau dengan isteri saya tu jangan haraplah nak dapat itu dan ini.

Di Taiwan nie saje banyak juga saya berhabis untuk Aina. Antaranya belikan Hello Kitti yang besar dan toys untuk dia. Pakaian tak payah cerita. Umee nye belikan tah berapa pasang.

Saya bawa dia naik kereta/motor fun fair, bawa main play ground dan macam-macam lagi. Maklumlah isteri saya kata dia akan menjerit...ayah...ayah..ayah..bila isteri saya pasangkan tape VCR rakaman-rakaman yang lalu seperti, majlis akikahnya, berkelah di Ulu Yam dan sebagainya.

So post yang kali ini saya buatkan khas untuk Aina, buah hati ayah.

Terkena di Restoran Siam





Well, semasa saya tinggal di rumah manfred dia tak minta duit sewa pun. So kira saving le dalam NT5000 ke NT 7000.

Pun begitu saya tahu adat kita orang melayu tak juga nak ambil kesempatan. Sebagai balasan diatas courtesy beliau maka pada malam hari jumaat 11 jun 2006 kami kesebuah restoran Thai bernama UAN CHU RESTAURANT yang teletak tidak jauh dari SOGO.

Suasana diluar dan dalam restoran menampak ciri-ciri Thai. Cuma signboard nya tulisan Cina. Dibahagian depan restoran berhampiran pintu masuk ada dua ekor patung gajah. Dibahagian dalam restoran terdapat arca-arca classic Thai.So kira ade Mood Thailand lah ...

Saya mula memesan makanan. terlebih dahulu saya beritahu Manfred saya tak boleh belanja dia minum Bir. So dia faham dan cuma minum fruit juice.

Saya memula memesan makanan, antaranya ikan kerapu sweet sour, Kerabu mangga, Kari Udang dan tomyam Seafood. Terkebil-kebil si waitress bila saya kata nak tomyum. Rupanya dia tak faham. Inilah masalahnya bagi bahasa cina bila semua benda dia nak juga translate dalam Chinese. So dia kata tak ade. Selepas saya belek-belek lagi menu saya akhirnya minta Seafood sweet, sour and hot sup. Akhirnya bila pesanan sampai memanglah tomyam, cuma sebutannya lain.

Kami pun mula makan lah. saya pun mula ambil ikan sweet sour, kerabu mangga dan masukkan sotong dan udang tomyam kedalam mangkuk kecil. Memang sedap kira boleh ler... sambil tu borak-borak pasal plan akhir tahun nak bercuti besama di Taiwan. kami 2 keluarga sewa satu kereta nak round Taiwan pada bulan November nanti apabila isteri dan anak saya sekali lagi bercuti di Taiwan.

Dalam pada makan tu..saya ceduk lagi tumyam tu...saya lihat dalamnya ade kepingan daging (Suasana dalam restoran samar-samar). Dalam hati " geram, pasal tak habis-habis setiap menu mesti ade k******. Macam dah tak de benda lain nak makan" Saya minta seafood tapi dia orang campurkan juga K****** tu" hampeh...betul...so lepas tu saya stop makan tomyam.

Sambil tu Manfred terus makan. Dia tanya saya...tak nak makan tomyam ke?..saya kata go ahead dah kenyang....apalagi...udang besar dan ketam kat dalam bowl tu ...dia masukkanlah dalam pinggan nya...srup..srup..dia lahap lah...

Sememangnya saya geram.....so bila kami hampir-hampir nak habis makan...saya pun beritahu manfred sebab ape saya tak lagi makan tomyam....

saya tunjukkan kat dia.....daging yang saya katakan tu......

Nak tahu apa Manfred kata " Suhaizee that is ginger".....

Saya belek baik-baik....memang sah bukan K***** dan ianya juga bukan ginger tapi lengkuas...

Saya terus menjerit .....Manfred....you eat my crab and prawn Whoaa...........

Kami ketawa..besar...sahlah saya tertipu............rupanya.........

Well jumpa lagi..

Family vacation in Taiwan



Kedatangan Isteri dan anak saya ke Taiwan adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu. Maklumlah dah lama terpisah sejak pemergianku ke Taiwan pada 8 jun 2006 lagi.

Saya pun bagai nak rak juga kemas rumah. maklumlah apartment tersebut belum dikemaskan sepenuhnya. Sebagai suprise saya ade belikan hadiah untuk mereka berdua. Shii........tak leh lah cakap pe bendenya. Rahsia..............

Well pada 19hb August 2006 Sabtu, driver yang saya arrange melalui company SYSTRA/Canarail jemput di apartment jam 1930mlm dan kemudian terus ke Chiang Kai Shek Airport yang terletak lebih kurang 25km dari Zhong Li.

Pesawat EVA Air agak lewat sampai. Flight delay lebih kurang 25 minit. Suasana di Arrival Hall taklah terlampau sesak bebanding kedatangan ku dahulu.

Setelah menunggu disatu sudut memandang kearah pintu Masuk ke bahagian Imegresen kelihatan Isteri dan anak besama troli berjalan keluar. Saya melambai-lambai dah terus shot beberapa photo.

Kami berlambai tangan. Memang suatu saat yang amat mengembirakan. Apatah lagi ini merupakan kali pertama Aina menaiki aircraft. Isteriku pula kali pertama menaiki pesawat tanpa saya.

Aina kelihatan seperti tergamam dan kaku apabila saya cuba bercakap dengannya. Ini mungkin disebabkan oleh tekanan udara semasa didalam flight menyebabkan dia tak berapa stabil lagi.

Dalam perjalanan pulang ke apartment, isteri saya beritahu, alhamdullilah semua pesanan selamat sampai. Kastam tak check pun. So merasalah saya tuaian ikan keli ternak sendiri yang disalai oleh abah saya di puchong tu.

Agak-agak apelah activiti kami sesampai sahaja kat apartment???

Guest What.....Shopping kat Carrefour..........(Char...Ler...Foo) panggilan orang Taiwan coz it is just 5 minutes walk.

So nantikan aktiviti kami seterusnya dikeluaran yang akan datang....tunggu....Blog ini kembali aktiff....................

Sunday, August 13, 2006

Pindah ke Apartment - part 2























Assalamualaikum,

Bertemu kembali kepada saudara-saudari semua. Alhamdulillah pada 13.08.2006 sebagaimana yang dirancangkan saya akhirnya berpindah ke apartment sendiri. Sebelum ini saya menumpang apartment Manfred Haubitz selama 2 minggu.
Saya pun rasa tak sabar-sabar nak update Blog saya nie..ada juga beberapa topik menarik untuk tatapan anda sekeliannya. nantikan siarannya nanti. Harap bersabar..

Well....kalau anda nak tahu semasa saya berpindah dari ChungLi Business Hotel saya cuma bawa 2 beg pakaian besar, 1 sling bag ,1 lap top dan 3 kotak berisi manual dan procedures THSRC beserta stok makanan. (Sila lihat gambar bawah)

Macam tak percaya pula saya, sekarang nie. Lihatlah barang-barang yang saya pindahkan dari rumah Manfred ke Apartment saya sendiri. (gambar atas) Mak Datuk, kalau macam nie maka lepas habis contract kat Taiwan saya perlukan satu kontena kalau nak bawa semuanya balik ke Malaysia.

So jumpa lagi...selepas ini. Saya akan siarkan suasana di Apartment sendiri tak lama lagi....tunggu..........