Voyage of a musafeer - Railway Experience

This blog is about my journey as a Railwayman reaching out the world. It is about my career in Railway and how I reach this far. I also provides some tips for those who like to to follow my footstep

Sunday, November 30, 2008

Selamat Tinggal Taiwan -Kenangan Manis - pahit yang sukar dilupakan

Apa yang boleh di perkatakan lagi selain dari ucapan Selamat Tinggal kepada Taiwan, sebuah Pulau yang mengadap Tanah Besar China serta berhampiran dengan Negara Matahari terbit.

Taiwan seperti namanya sangat menawan. Walaupun disini tiada Tembok Besar Cina ataupun Istana Larangan namun, kecantikan panoramanya, ketulusan hati budi rakyat nya, Keaslian budayanya, Kebersihan Bandar dan Kotanya membuatkan hati saya akan terkenang dan merindui sampai bila-bila.

Tanah yang buat pertama kali saya jejak pada Julai 2006, kini akan saya tinggalkan. Sebagaimana darah Keturunan saya yang jauh merantau dari Pasir Laweh, Sumatera apabila Moyang saya berhijrah dari kekejaman Belanda ke Tanah Melayu yang berkampung di Beranang, Lenggeng Negeri Sembilan, saya juga memiliki naluri sama dengan berkelana di bumi asing demi mencari rezeki pemberian NYA. Dan pada tanggal 27 Disember 2008 saya akan pulang ke Malaysia selepas 2 tahun setengah berada di rantauan.

Alhamdulillah saya panjatkan kesyukuran kehadrat ALLAH yang tidak terhingga kerana dengan limpah kurnia NYA, saya dapat mencari rezeki dan juga menimba pengalaman di rantau orang.

Tidak lupa juga, ketika di Taiwan inilah saya menerima berita pemergian ABAH saya ke Rahmatullah pada 5.3.2007. Ia merupakan suatu kejutan buat saya kerana sebulan sebelum itu kami sama-sama bercuti di Cameron Highland buat pertama kalinya saya bercuti semenjak bekerja di Taiwan.

Tidak lupa juga kenangan manis, bila pertama kalinya Isteri saya dan anak saya menjejakkan kaki di bumi Taiwan ini. Mereka berasa begitu seronok sekali. Saya juga berpeluang membawa mereka berjalan2 dan bersiar-siar di kotaraya pelbagai fesyen ini.

Taiwan High Speed Rail Corporation akan menjadi suatu kenangan buat saya. Bekerja bersama-sama rakan Taiwanese di samping rakan-rakan expatriate lainnya yang berasal dari Australia, United Kingdom, Kanada, Hong Kong, Germany, France adalah seatu pengalaman berguna bagi saya dalam mengembangkan sayap kareer saya di arena antarabangsa.
Saya termenung sejenak bila mengenangkan bagaimana saya terjun ke profesion " Railway" secara tidak sengaja, kerana sebelumnya saya memang tidak sukakan KTM pada ketika itu dek kerana rumah-rumah kuarters yang tidak terurus bilamana ABAH membawa kereta melalui pekan Sentul bila hendak ke Sungai Way pada awal tahun 80an dahulu.
Hakikatnya, boleh jadi benda yang kita tidak suka pada awalnya itu merupakan yang terbaik buat kita. Alhamdulillah, akhirnya dari KTMB lah saya menimba ilmu perkeretapian. Terima Kasih KTMB. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Supervisor dan juga Executives saya di THSRC seperti OCC Director Alpha Lin, OCC Asst Director Harry Stuart, Rade Kranjc, TND Director Noel Laliberte dan lain-lain Expatriates seperti Cristoph Schwake, Niel Thomson, Bernd Saas, Ralf, Bernard Debier, William Abribat, Nadine Duoneis, John Philip Lavalle dan ramai lagi.
Tidak ketinggalan juga kepada OCC Local staff seperti Chief Controller, Ken, Luke Tham, Robert Lin, Hardway serta lain-lain controllers yang banyak membantu saya dalam tugasan seharian di OCC.
Begitu juga dengan support staff back office seperti Catherine Hsyl, Ben Huang, Tony dan ramai lagi.
Serta yang paling diingati ialah staff SYSTRA yang bertugas dalam menjaga kebajikan dan urusan Allowance saya iaitu Alexandra Hwang. Beliau banyak membantu menguruskan tiket penerbangan, ARC, Work Permit dan sebagainya. Beliau merupakan nadi dan tulang belakang setiap Expatriate yang bekerja untuk Canarail Inc. Saya ucapkan terima kasih tak terhingga kepada beliau.
Untuk perhatianya, walaupun tugasan saya telah tamat di Taiwan namun Laman Blog ini akan tetap saya kemas kinikan kerana masih banyak lagi post-post yang belum saya uploadkan yang disebabkan masalah gambar mahupun berita. InsyALLAH sekiranya perlu saya akan membuka lagi satu laman BLOG buat tatapan anda sekelian mengikut apa yang saya akan usahakan sekembalinya saya ke Malaysia nanti.
Akhir kata, semoga kita bertemu di lain kali dan saya menyusun 10 jari memohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa lantaran komen dan buah pandangan saya yang tidak sealiran dek minda pembaca. Semoga kalian tidak serik untuk mengunjungi lama BLOG ini lagi di masa hadapan.
Saya sudahi bicara akhir saya ini dengan serangkap pantun;
LEBAI BERLARI MEMBAWA BELANGA
NAK KAIL KELAH DI PINGGIR KALI
TERBILANG KITA TAK PERLU DIBANGGA
KEDALAM TANAH JUGA AKAN KEMBALI

Saturday, November 15, 2008

Vacation terakhir di Kaoshiung


Salam semua,
(Gambar hanya akan dimuatkan apabila saya pulang ke Malaysia nanti kerana internet line di hotel tidak stabil)


Pada 7hb November 2008 yang lalu, kami sekeluarga melancung ke Kaohsiung yang terletak di bahagian selatan Taiwan dengan jarak lebih kurang 345km.


Kami pergi kesana pada hari Jumaat selepas tamat tugas saya pada jam 1530ptg. Sebenarnya saya mengambil cuti 2 jam lebih awal iaitu baki cuti terakhir saya di Taiwan.


Yang kelakarnya, isteri saya dan Aina menunggu sejak pagi di stesen Taoyuan. Mereka mengikut saya ke pejabat kerana ianya memudahkan kami apabila hendak bertolak ke Kaohsiung nanti. Jadi mereka menunggu saya distesen hampir 7jam lamanya. Apa nak buat dah itu kehendak isteri saya.


Beberapa hari sebelum itu kami membuat tempahan hotel di Uni-Resort di Shizihwan, iaitu sebuah resort yang berada hampir di laluan sungai berhadapan dengan perlabuhan Kahosiung. Hajat kami sebenarnya hendak ke Kenting, sebuah pusat peranginan yang teletak 2 setengah jam perjalanan dengan bas dari Kahosiung. Oleh kerana masalah pengangkutan ini, menyebabkan kami hanya bercuti di Kahosiung sahaja.


Percutian kami di Kahosiung tidak mengecewakan. Sesampai sahaja kami di stesen THSRC Zuoying kami menaiki Kaoshiung MRT dibawah stesen THSRC Zuoying exit 2. Kami menuju stesen terakhir dalam line Orange di Shizihwan.


Agak pelik sedikit aturan di KMRT ini kerana tiada direct route pada line Merah ataupun Orange. Semua penumpang perlu membuat pertukaran tren di Stesen Formosa Boulevard yang merupakan interchange.


Sesampai kami di stesen Sihzihwan, kami menaiki teksi ke Uni-Resort Sihzihwan. Kami melalui kawasan jeti dengan kapal-kapal kecil berlabuh. Jeti tersebut bernama Fisherman's Wharf. Ia merupakan Jeti bagi pengangkutan ferry ke pulau Cijin.


Setiba di hotel kami melapurkan diri di Reception Counter, seperti biasa kami ada sedikit masalah komunikasi. Namun demikian masalah tersebut kami pendamkan bilamana receptionist tesebut menunjukkan kami bilik penginapan kami di tingkat 3. Wow pemandangan di luar mengadap Kaohsiung Habour sangat menarik hati kami. Di kejauhan kami melihat bangunan tertinggi di Kaohsiung iaitu The Splendor Kaohsiung Hotel yang bergemerlapan. Selain itu ferry ke pulau Cijin melintasi di bangunan hotel kami memberikan satu panorama indah yang jarang saya alami.


Didalam bilik tersebut disediakan sebuah binokular yang dipasangkan pada sebuah tiang menghadap keluar. Saya pun apalagi menikmati panorama malam yang indah disana.


Kami tiba jam 8.00malam dan kami selepas itu turun ke Restaurant untuk makan. Well, masalah berulang rupanya kerana kekangan komunikasi. Seperti biasa kami meminta menu dan mencari apa-apa hidangan yang boleh kami makan. Pulak tu menunya ditulis dalam Mandarin, lagi sekali kami pening kepala. Selepas membelek beberapa ketika kami memesan Nasi goreng vegetarian dan speggethi mushroom tanpa ayam.


Selepas pesanan tiba kami pun menjengok dan bertanya kepada waitress mengenai ingredients bagi hidangan kami. Mereka mengatakan semuanya vege dan dah inform cook tak masukkan ayam dalam hidangan. Bagi hidangan Spegetthi selepas tiga suap saya tolak tepi sebab rasa tak selesa. Saya lepas tu cuma makan lain2 dessert dan buah2an yang ada. Jadilah buat lapik perut.

Cuma apa yang dapat saya katakan, suasana di Kaohsiung tidak sama seperti Taipei dari aspek kesibukan mahupun amenity yang ada.

bersambung......

Saturday, November 01, 2008

Hari Raya 1429 Hijrah di Malaysia

Sebagaimana dijadualkan, Hari Raya Aidilfitri tahun 1429 hijrah bersamaan 2008, jatuh pada hari Rabu 1 shawal, 1hb Oktober 2008. Sambutan Raya kali disambut amat sederhana kerana kebetulan kami sibuk dengan urusan pembedahan dan rawatan susulan selepas itu.

http://picasaweb.google.com/lh/photo/Jy4HDXS16d5AHfFrQOVmhw?authkey=FDH2vWanzhM

Labels:

Kepulangan kami ke Malaysia 20 September 08

Assalamualaikum semua.
Agak lama kami tidak mengemas kinikan laman blog kami ini. Hakikatnya Kami cuma ada 60 hari sahaja untuk tinggal di Taiwan sebelum kembali ke Malaysia kerana tamat tempoh perkhidmatan saya bersama Taiwan High Speed Rail Corporation.
Raya tahun ini 1429 Hijrah kami rasakan disambut dengan amat sederhana. Ini kerana Masalah Kesihatan Isteri saya yang memyebabkan kami pulang ke Malaysia dengan lebih awal. Sedih dalam gembira. Gembira kerana dapat pulang beraya lebih awal di Malaysia. Sedih pula kerana isteri saya terpaksa menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Columbia Asia Puchong yang seterusnya membawa kepada pembedahan beliau.
Kami pulang ke Malaysia pada 20hb September 2008, hari sabtu menaiki pesawat China Airlines. Kami bertolak seawal pukul 5.00am dari Hotel GoodLife, Taipei.
Sebenarnya pada 8hb September 2008, Saya terpaksa mengambil cuti kecemasan menghantar isteri saya ke Mackay Memorial Hospital, ChungShan North Rd, Taipei kerana pendarahan berterusan. Dari pemeriksaan yang dilakukan doktor bahagian Sakit Puan mendapati terdapatnya Cyst di sebelah kiri Ovari beliau. Kami di minta untuk datang semula 2 bulan dari tarikh tersebut.
Kemudiannya pada 16hb September 2008 sekali lagi isteri saya dikejarkan ke Hospital kerana pendarahan masih lagi berlaku. Saya terpinga-pinga bila doktor melapurkan Cyst tersebut telah membesar kepada 10sm persegi. Saya meminta penjelasan doktor atas tindakan segera yang saya harus lakukan. Beliau berkata jalan terakhir ialah melalui pembedahan.
Saya terus menyatakan kepada doktor yang saya mahukan referal letter kerana pembedahan harus di lakukan di Malaysia. Tambahan pula kami akan pulang ke Malaysia untuk beraya. LAgipun sekiranya pembedahan dilakukan di Taiwan, pelbagai masalah timbul termasuk penjagaan Aina ketika isteri saya mendapat rawatan di Hospital.
Saya agak kelam kabut juga kerana, cuti telah pun habis dan saya terpaksa meminta cuti tanpa gaji selama 5 hari. Selepas mendapatkan keizinan Supervisor saya Harry Stuart dan berbincang dengan Noel Laliberte selaku TND Chief Director, saya menyerahkan borang permohonan cuti kecemasan tanpa gaji dan diluluskan serta-merta.
Sebaik sahaja memperolehi lapuran dari Doktor di Taiwan, saya terus mencari Hospital yang sesuai di Malaysia. Jawapannya ialah Hospital Columbia Asia cawangan Puchong. Kedudukannya yang hampir dengan rumah kami di Kampung Seri Puchong memudahkan urusan kami.
Saya terus sahaja menelefon Hospital Columbia Asia bertanyakan Pakar Obstetrician & Gynecologist serta membuat temu janji pada 20hb September 2008 jam 1630ptg. Kami dirujuk kepada Dr. Raja Juhaidah binti Raja Abdullah untuk mengendalikan kes isteri saya ini. Atas nasihat beliau, isteri saya akan menjalani pemeriksaan MRI scan pada hari Isnin, jam 8.30 pagi.
Selepas menjalani pemeriksaan MRI scan, Dr. Raja Juhaidah memaklumkan jenis ketumbuhan yang dimaksudkan itu masih tidak dapat dipastikan dengan lebih jelas lagi. Apa pun ketumbuhan tersebut perlu di buang.
Selesai appointment kami diminta datang pada hari Selasa 23hb September 2008 untuk pembedahan jam 8.30 pagi. Saya menghantar isteri saya awal pagi itu ke Hospital. Selepas melapur masuk kami, ke wad ditingkat satu. Kebetulan hanya 2 bedded room sahaja yang ada. Saya berpesan kepada staff Nurse supaya mencarikan single bedded kerana saya yang akan menjaga isteri saya. Mungkin pesakit wanita lain tidak rasa selesa dengan kehadiran saya di ward.
Selepas selesai urusan di Ward, isteri saya yang siap memakai pakaian bedah dibawa turun ke 'Operation Theather' di tingkat bawah. Selepas mengucup isteri saya, saya terus keluar untuk menyelesaikan tugas-tugas lainnya. Jangkaan pembedahan ialah lebih kurang 3 jam.
Tidak semena-mena hand phone saya berdering, saya diminta segera ke 'Operations Theather' dengan segera. Berderau darah saya memikirkan apa pula masalahnya kali ini. Dalam hati saya berdoa kepada ALLAH supaya melindungi isteri saya. Kebetulan emak dan ibu mertua saya bersama saya dalam perjalanan ke Hospital. Apa lagi saya memecut laju dan setibanya di Hospital, saya terus menuju 'Operations Theater' dan dimaklumkan saya perlu menanda tangani borang kebenaran pembedahan untuk membuang appendix yang kelihatan tidak normal pada pandangan Doktor.
Jam menunjukkan 13.00hrs, isteri saya masih belum lagi keluar dari wad pembedahan. Akhrnya troli katil beliau ditolak oleh Staff Nurse masuk ke ward. Isteri saya masih dalam keadaan lemah. Emak saya dan Ibu Mertua saya berada disis katil.
Di pendek kan cerita, saya lah yang menguruskan isteri saya di Wad. Aina di tinggalkan di rumah. Kesihan pula saya tengok Aina yang asyik kena tinggal. Keesokan hari selepas kami mendapat Wad Single Bedded, saya membawa Aina ke Ward dan Kami 3 beranak tidur di Ward.
Akhirnya Pada petang hari Khamis 25hb September 08, isteri saya keluar ward. Hakikatnya selepas menerima keputusan dari laporan Doktor, menyatakan bahawa isteri saya mengandung di luar Rahim semenjak dari Taiwan lagi. Rupanya dari pengamatan saya, isteri saya mula mengandung semenjak kami bercuti di Hualien pada bulan Ogos. Ohh...patutlah dalam gambar isteri saya nampak lebih cantik lagi. Rupanya beliau mengandung....So pada sang suami tu kalau tengok isteri tu lebih cantik dari biasa maknanya dia mengandunglah tu.
Bersambung....................

Labels: