Pada 30.4.2008 yang lalu, kebetulan hari Off day saya, kami kembali lagi ke Taipei Water meseum yang terletak berhampiran dengan Gongguan MRT station dalam laluan hijau. Kami kesana kerana dah lama kami tak ke kolam renang. Kebetulannya di Taiwan nie, amat kurang Kolam Renang Public. yang ada pun biasanya Kolam renang Swasta yang siap ada Gym lagi. So bayaran masuk tentunya mahal, lebih-lebih lagi kenan bayar untuk semua kelengkapan exercise tersebut dalam NT300 per head.
So mudahnya dengan bayaran NT30 seorang kami pun masuk ke Taipei Water Museum ini. Kalau dahuluinya kami hanya berada di dome, tempat mana Aina dapat mandi. tetapi kali ini kami dapat masuk ke kawasan water rectreation. Disini Aina dapat naik bot sambil paddle guna tangan nya sendiri.

Pic1: Lihat lah Aina kalau berposing...kemain lagi....
Pic 2: Aina dan umie dihadapan water museum. cantik bunga-bunga yang terdapat disitu
Pic3: Aina dalam pose istimewa. Tah apalah yang difikirkannya tu.....
Pic4: Aina dan ayah. memberikan satu ciuman yang "exclusive"
Pic 5: Umie juga mendapat ciuman exclusive dari Aina

Pic6: Posing Aina & Umie berhampiran Dome

Pic7: Aina takut-takut meredah air untuk mandi

Pic8: Ayah dan Aina...bermulalah aksi Chicakman....

Pic9: gaya Aina dalam air.

Pic10: Gaya santai Aina

Pic 11: Kami berada dikawasan air pancuran. kali ini Ayah dapat main air sekali

Pic12: Best tu dapat main air

Pic13: Aina dan Umie...nasib baik Umie tak basah...baju spare
tak bawak pulak tu

Pic14: Kami dihadapan paip besar JBA Taiwan

Pic15: Aina dalam Paip

Pic 16: Aina paddle gondola....kejap jer dah pandai kayuh

Pic 17: Aina dan Umie....

Pic 18: Aina dah pandai kayuh dan navigate sendiri gondola

Pic19: Emmm..sedapnya egg tart KFC

Pic 20: Aina dan Umie...kalau b0leh Aina nak datang selalu.
Tak ramai pun orang yang datang walau pun hari dah petang. Kebetulan terdapat beberapa pasangan pengantin baru yang buat posing istimewa untuk shots photographer. Ini merupakan antara venue pasangan pengantin baru mengabadikan gambar mereka untuk kenangan. Petang itu dalam pukul 4.00 kami bertolak pulang. Seperti biasa Aina akan kata, besok kita datang lagi yer umie.....
Labels: Jalan-Jalan di Taipei